Asalamualaikum dan hai korang.Kali ni aku nak share resipi kek tiramisu.Cuma sebenarnya aku tak pasti apakah tiramisu ni sejenis cake atau sejenis manisan ? entahlahh…yang penting sedap sudahlah .**ehehehee

Kalau korang nak tahu, ini adalah resipi kek tiramisu semasa zaman rajin aku.Asalnya aku terliur ngan kawan aku yang merangkap cikgu forex inchik dd dan juga coach swimming anak-anak aku.Masa tu beliau memang rajin sangat buat kek tiramisu dan jamu kawan-kawan beliau.Beliau juga ada buat demo dan sedikit sebanyak resipi kek tiramisu yang aku gunakan ini pun adalah dari beliau .

Maklumlah dulu , masa tu nak beli kek tiramisu tu pun rasa mahal,ini disebabkan harga cheese dia pun dah memang mahal,nak-nak kalau kita guna Mascarpone Cheese yakni sejenis cheese khas untuk buat tiramisu . Rasa dia memang beza berbanding cheese biasa . Dan aku bagi 2 resipi kek tiramisu yang ada guna cheese mascarpone dan cheese biasa . So korang boleh pilih ikut bajet yang sesuai .

Bahan-bahan resipi untuk kek tiramisu ni korang boleh cari kat kedai bakeri sebab jarang ada pasaraya jual Mascarpone Cheese dan Biskut Tiramisu , kalau tak jumpa gak korang guna jer option yang aku bagi .

resipi dan bahan kek tiramisu

Untuk memudahkan korang,aku dengan baik hatinya bagi 2 resipi kek tiramisu yang paling mudah sedap dan cepat untuk disediakan terus.Satu resipi tiramisu yang ada telur dan satu lagi yang takder telur.Kadang-kadang ada yang elergik ngan telur tapi teringin jugak nak makan tiramisu.Kalau resipi original orang putih diorang campur wine untuk hilangkan hanyir telur,tapi kita orang islam boleh gantikan campuran wain tu dengan esen vanilla.

Senang buat tiramisu ni sebab tak perlu,bakar cuma chill’kan dalam peti ais . Lagi lama lagi sedap sebab rasa nescafe dan keju macarpone tu dah menyerap ke biskut lady finger.Aku sendiri pun dah terliur seba teringat-ingat rasa tiramisu yang ada rasa manis , sedikit rasa pahit kopi dan lemak berkrim.

Sambil-sambil mikir nak buat ker tak kek tiramisu ni untuk esok , jom kita buat dulu roti gulung sosej untuk berbuka puasa .

Nota : Kualiti gambar agak teruk sebab masa tu guna hp biasa2 jer , teknik mengambil pun takder .

Resipi Kek Tiramisu ( Dengan Telur )

resipi tiramisu mudahBahan-bahan
36 batang – lady finger
450grm – mascarpone
5 biji – telur kuning gred A
5 biji – telur putih gred A
150grm – gula
2 sudu kecil – esen vanilla
Nescafe Pekat
Garam – secubit

Cara-cara
1. Pukul putih telur dengan secubit garam hingga bertanduk .
2. Dalam bekas lain pukul kuning telur dan gula separuh gebu , masukkan pula mascarpone dan pukul sebentar .
3. Masukkan putih telur yang sudah dipukul tadi kedalam adunan kuning telur dan pukul lagi sehingga gebu dan berkrim , jangan lupa masukkan sekali esen vanilla .
4. Bancuh nescafe tanpa gula dengan sedikit air suam celup cepat kedua belah biskut lady finger kedalam bancuhan nescafe kemudian susun kedalam bekas.
5. Lapiskan dengan adunan krim dan lapiskan secara berselang seli sehingga biskut dan krim habis
6. Akhiri lapisan dengan krim , tabur serbuk koko ke atas krim dan taburkan dwi coklat cip keatasnya .
7. Simpan dalam peti ais semalaman untuk rasa yang lebih sedap dimakan…

Tips Tambahan
-Kalau takder lady finger atau biskut khas untuk tiramisu,boleh gantikan dengan kuih bahulu ataupun kek span perasa kopi.
-Kalau taknak letak cip coklat boleh juga digantikan dengan hirisan buah-buahan.

Resipi Kek Tiramisu ( Tanpa Telur )

resipi tiramisu tanpa telur mudahBahan-bahan
250ml atau 1 kotak kecil – whipping cream
250gm atau 1 buku – krim keju/cream cheese
1 cawan – gula pasir
1 sudu kecil – esen vanilla
1 sudu besar – esen kopi
1 cawan – air
secukupnya – lady finger “bonomi”
secukupnya – serbuk koko

Cara-cara
1.Satukan whipping cream,cream cheese,gula dan esen vanilla dalam satu bekas besar yang sesuai.
2.Pukul guna mixer dengan kelajuan perlahan pada permulaan dan seterusnya laju sehingga krim kembang.
3.Bancuh esen kopi dengan air,celup cepat satu persatu biskut bonomi dalam bancuhan kopi dan susun rata untuk lapisan pertama.
4.Lapiskan dengan krim yang dah dipukul terlebih dahulu tadi sehingga rata tapi tidak tebal.
5.Lapiskan lagi ats krim dengan biskut bonomi yang dah dicelup cepat dengan bancuhan esen kopi.
6.Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan krim.
7.Pastikan lapisan akhir paling atas ialah krim.
8.Akhir sekali tabur serbuk koko atas lapisan krim.
9.Siap dan sejukkan dalam peti ais bawah.
10.Biarkan semalaman sebelum dimakan untuk rasa yang lebih sebati

Tips Tambahan
-boleh gantikan esen kopi dengan nescafe
-boleh kurangkan atau tambahkan gula ikut kesesuaian tekak masing
-boleh tabur chipckolat juga lepas tabur serbuk koko

Selamat Mencuba…..!!!

Categorized in: