Time nak masak kari time tulahhh santan kotak habis stok . Memang tak biasa masak kari tanpa santan . Rasa macam tak sedap dan kurang lemak jer . Tapi sebab dah niat nak masak kari jugak maka aku ikutlah resipi kat paket kari yang ada .
Kebetulan pulak yer , resipi yang di tulis pun tak pakai santan . Hoyeahhhh !!
Bahan-bahan pun senang jer , kebetulan semua ada kat dapur kecuali kentang dan tomato . Hasil dia tak pasti nanti camner sebab selama ni dah terbiasa masak kari letak santan jadi bila nak masak kari tanpa santan bagi aku agak janggal sedikit .
Selesai masak semua aku suh anak-anak makan , perghhhhh bertambah rupanya siap kata nak lagi nak lagi .
“sedaplah kari mama ni..” kata anak-anak aku .
Alhamdulillah , lega rasanya . So next time kalau santan habis aku dah tak risau lagi . Kuah kari pun tak cepat basi kalau takder santan . Pastu belen kuah kari tu boleh buat cicah roti putih ker , roti canai ker atau lempeng banggali gitu .
Ok jom baca resipi’nya .
Resipi Kari Ayam Tanpa Santan
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam potong kecik
**1 sudu teh jintan manis
**1 sudu teh jintan putih
**4 biji buah pelaga
**1 batang kulit kayu manis
**2 kuntum bunga lawang
**2 lurut daun kari
**2 inci halia dikisar
**6 ulas bawang putih dikisar
**2 biji bawang besar dihiris
7 sudu besar serbuk kari daging bancuh dengan sedikit air
1/2 sudu besar pes asam jawa adabi
1 cawan minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya
air secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda ( ** ) dahulu sehinga naik bau
2. Masukkan air , biarkan mendidih dan masukkan ayam dan renih sehingga 3 hingga ke 5 minit
3. Masukkan bancuhan serbuk kari daging dan tutup periuk selama 5 minit
4. Masukkan pes asam jawa , garam dan gula secukupnya
5. Tambahkan air lagi sekiranya perlu
6 . Renihkan dengan api kecil sehingga kuah agak memekat
Nota tambahan : kepekatan kuah kari tu bergantung pada citrasa kita , nak cair tambahlah air , nak pekat kurangkan air . Boleh juga tambah kentang pada step ke 2 .
Selamat Mencuba !
wahh.. boleh cuba ni.
KakNa recently posted…Minyak Yu Yee Cap Limau Penawar Masalah Kembung Perut Bayi
silakan mencuba yer kak na
terus rasa nak buat ayam kari tanpa santan..tapi kita ada ayam kampung je dalam fridge
Suria Amanda recently posted…Minyak Yu Yee Cap Limau Penawar Masalah Kembung Perut Bayi
SA lagi terer masak…ayam kampung aaa sedapppp
Tak pernah masak kari tanpa santan gak. Kak long pakai rempah brand apa?
Mama Kembar 3 recently posted…Dear Zindagi Bukan Untuk Kanak Kanak
itulah kannn …pakai rempah kari babas
menarik kari tu lagi2 tanpa santan…