Haah memanglah senang tapi bukan semua orang tahu kot . Yang dah tahu boleh main jauh-jauh . Ini untuk yang tak tahu jer .
Biasanya ambik masa lama nak empukkan kacang hijau . Tapi tengok gak , ada yang suka kacang hijau tu macam kacang lagi , ada yang suka dia pecah-pecah sikit . Macam mak aku dia suka yang macam nak hancur sebab itu tanda kacang hijau dah cukup empuk , lembut dan sesuai untuk orang tua-tua makan .
Kalau ikut petua mak aku , nak empukkan kacang hijau tu kena rebus ngan daun pisang sikit . Kalau buat memag yer jadi . Tapi buat tu semua sebelum wujudnya periuk tekanan bernama NOXXA .
Satu hari tu aku cubalah nak buat bubur kacang hijau guna periuk Noxxa , fuiyohhhh , menjadilah . Kacang jadi empuk dan dapat tekstur seperti yang mak suka dalam masa yang sangat-sangat singkat .
Ok jom baca resipi dan caranya .
Resipi Bubur Kacang Hijau Noxxa
Bahan-bahan
1/2 kg kacang hijau dibasuh
2 helai daun pandan
1 cawan sagu putih kecil dibasuh
2 kotak santan ayam brand
6 sudu besar gula merah
4 senduk kuah gula putih
1 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Masukkan kacang hijau dalam periuk noxxa dan masukkan 1 jug air atau secukupnya
2. Tekan “high pressure” 15 minit dan ON
3. Noxxa dah bunyi , keluarkan wap dan buka penutup
4. Tekan “stir fry”
5. Masukkan daun pandan , santan , garam , gula dan sagu
6. Sentiasa kacau supaya santan tak pecah dan meruap naik
7. Kacau lagi sehingga sagu menjadi jernih
7. Rasakan gula secukupnya , tambah jika perlu dan matikan periuk noxxa
8. Siap untuk dihidangkan
Untuk santan aku memang suka guna 2 kotak santan sebab aku suka bubur kacang yang pekat , kalau korang tak suka bubur yang pekat boleh guna 1 kotak santan sahaja .
Kalau ada baki bubur kacang tak habis tu jangan pulak dibuang , tapi korang tambahkan air bagi cair sikit dan tambah gula pastu masukkan dalam plastik King Kong iaitu jenama plastik terkenal untuk buat aiskrim Malaysia .
Selamat Mencuba !
Beruntung siapa ada periuk Noxxa ni..
Masukkan makanan yang nak dimasak, kemudian tinggal..
Boleh set masa berapa lama kita nak..
Nak rebus tulang pun senang.. Ada kawan saya rebus ikan nak buat laksa guna periuk Noxxa..
Dengan tulang-tulang ikan sekali habis lembut… Tulang ikan sekali boleh dibuat kuah laksa..
Anuar recently posted…Tak pandai SEO? Takper kita boleh belajar
yer betul , masak sup tulang ngan ekor pun cepat jer lembut …berbaloi beli
Noxxa beli memang Tak rugi. Nak kasak macam2 boleh. Puas hati sangat.
Ini kalau cikpuan juidayu baca.. mau tergoda kena ai beli NOXXA.. kenalah cari sponsor post untuk dapat noxxa .. kakakaka
Pencari Makan recently posted…Gulai Kampung Masak Lemak Negeri Sembilan Di Bandar Baru Bangi
ok nantinak tag beliau….hahahaha
ada rezeki belikanlah seketul sebagai hadiah kasih sayang
ok nanti nak tag beliau….hahahaha
ada rezeki belikanlah seketul sebagai hadiah kasih sayang
Patutlah ramai tergilakan periuk noxxa ni. Semua kerja renyah jadi macam senang je. Untunglaaaa… haha
masak nasi 7 minit , nasi impit 35 minit , ayam pencen 35 minit…mana tak senang sangattt…..ahahaha
Alamak….nak kena beli Noxxa ka camni? *Tergoda*
Mama Kembar Tiga recently posted…Si Fauzi Yang Sweet
Wah cepat dlm 20 minit dah siap.. teruja juga nak dapatkan 1 noxxa ni.eheheheh
umminani recently posted…The Musical Journey Of Zainal Abidin 35Th Anniversary Concert
hahaha ….
sila2…wajib ada satu setiap rumah….
Alahaiiii bln ni turn dpt periuk noxxa… x sabarnye… brcinta tol nak beli cash…. hehehe
saya pun beli bayar ansuran sikit….tapi memang berbaloi ada sebijik