Sabtu ni macam rajin jer nak masak-masak , tapi sebenarnya memang kena masak pun sebab keluarga aku kan suka buat makan-makan nih . Lagipun elok kalau kita buat makan-makan berjemaah macam ni selalu supaya hubungan kekeluargaan sentiasa rapat dan erat .

Paling tidak pun sebulan sekali , time itulah kita semua berkumpul dan berborak macam-macam hal kehidupan , kadang siap throwback balik kisah-kisah lama yang lucu …cerita yang tak pernah basi .

Bila buat makan-makan tu tak semestinya makanan tu kena menu yang mewah-mewah . Sekadar keropok dan teh o pun kadang dah boleh buat hubungan kita semakin mesra . Yang penting niat ikhlas kerana Allah Taala . Apa barang kau nak sombong menyombong dengan ahli keluarga ? yer dak …?

Resepi semur ni boleh dikatakan menu wajib jugak untuk orang jawa . Walaupun sesama jawa , cara memasak tetap berbeza . Ikutlah camner tok nenek korang ajar itu lebih baik .

Tak kisahlah kau buat semur daging ker semur ayam ker yang penting masak semur . Semur tu korang tau apa tak ?

Apa Itu Semur ?

Mak aku kata kalau nak tahu SEMUR tu maknanya MASAK KICAP . Menu ada kicap semuanya dipanggil semur . Bukan sumur ok…sumur tu lain dah maknanya .So kalau korang dengar orang suruh “ayam tu buat semur “ maknanya ayam tu masak jangan lupa letak kicap…jangan kau jemur atau bagi semut plak yer…kang tak memasal ada yang arwah…..**ekekekeke

Alkisahnya masa raya haji hari tu aku kena masak . Mak aku suh masak daging semur supaya orang yang tengah pantang bersalin pun boleh makan sama . Aku pun ikut jerlah arahan mak aku , selain aku seorang menantu yang solehah aku pikir gak , yerlah’kan kesian ngan orang yang tengah pantang , nanti diorang nak makan apa .

Cuma aku tak guna cili kering blend tapi aku gantikan dengan lada hitam supaya ada rasa pedas . Ayam pulak aku dah buat masak merah delima , opkos resipi ada cili-cili diorang tak leh makan .

Tapi masa raya haji tu aku tak sempat nak ambik gambar sebab aku fokus nak rilek-rilek tak nak tengok tepon . Ini gambar yang aku masak tapi ada letak cili . Itu jer bezanya .

Jom save resipi ni .

img_6557

Resipi Daging Semur ( Masak Kicap )

Bahan-bahan

2 kilo daging – rebus hingga empuk dan potong kecil
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu besar lada hitam – kisar kasar
2 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
1 labu bawang holland/bawang kuning
1 sudu besar sos lada hitam
kicap lemak manis kipas udang – secukupnya
kicap pekat manis  ABC -secukupnya
garam dan gula – secukupnya
2 batang cili hijau
sedikit air jika perlu

Cara-caranya

1. Tumis bahan kisar bersama kayu manis , bunga lawang , buah pelaga dan lada hitam .
2. Masukkan daging dan sedikit air .
3. Masukkan kicap manis kipas udang , kicap manis ABC dan sos lada hitam .
4. Gaul sebati semua bahan biar mesra dengan daging .
5. Masukkan garam dan gula secukupnya .
6. Masukkan bawang holland yang dah dihiris atau dipotong bulat dan cili hijau yang dipotong serong .
7. Siap

**Nota tambahan : kalau nak bagi orang pantang makan jangan letak cili hijau tapi gantikan dengan capsicum warna warni …nak tambah kentang pun boleh , nak tambah sayur lain cam kacang panjang pun boleh  . Orang pantang jer tak boleh makan kacang panjang yer .

Selamat mencuba !!

Categorized in: