Asalamualaikum korang , tengah pening nak masak yer ? ni aku ada satu resipi guna ayam . Kali ni bukan resipi ayam masak kicap atau resipi ayam masak merah delima , tapi masak resipi butter chicken yang lemak berkrim dan ada rasa pedas-pedas gitu .

Masa tumis bahan-bahan dengan butter pun anak-anak aku dah berlari ke dapur tanya mama masak apa hari ni ? sekali lagi dah macam bunyi page yang susah benau nak dapat like dan disukai ramai . **hahahahaha…sesuatu sangat

makan dengan nasi panas dan korean egg roll kekdahnya

Punya gigih aku siap buat video lagi . Teringin nak dapat reach view beribu tapi entahlah . Nak kata tak best , best jer video aku tu . Tapi mungkin sebab tak menarik pada pandangan orang lain . Mungkinlah . Tapi apapun sis dah cuba .

Buat untuk orang lain memang tak ke mana , sakit hati pun dapat . Baik aku buat demi aku dan demi aku sahaja . Tapi sebenarnya aku ok jer . Sedar diri namun aku bangga dengan apa yang aku dah buat selama nih .

Mula-mula kita layan video dulu .

Nampak ? senang jer kan ? kalau buat sos jer tanpa ayam atau apa-apa dah boleh jadi sos dipping . Makan pulak dengan mantou bun yang digoreng , fulamakk rasa dia memang terangkat weihhh .

buat dipping makan dengan mantou bun yang digoreng

Yang aku buat ni pedas jugaklah kata anak aku tapi sedap . Makan dengan nasi panas . Korang rasa ?

Hahahaha ok ok aku bagi resipi dia . Kalau korang tak nak guna ayam korang boleh guna sotong atau udang atau ketam .

creamy and spicy ….mabelesssss

Resipi Mudah Butter Chicken Creamy & Spicy

Bahan Ayam

ketulan isi ayam
tepung gandum
kunyit
garam

Cara-cara

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit
2. Gaulkan pula dengan tepung
3. Goreng sehingga masak

Bahan Butter Sos

2 sudu besar butter
1 tangkai daun kari
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cawan susu cair
4 tangkai cili api
3 sudu besar cooking cream
garam gula secukupnya

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan cairkan butter
2. Tumis bawang merah , bawang putih , cili dan daun kari sehingga naik bau
3. Masukkan susu cair dan cooking cream dan biarkan sehingga mendidih dan sedikit memekat
4. Masukkan ayam dan gaulkan ayam sehingga sebati
5. Tambah garam dan gula jika perlu
6. Siap dihidangkan

Selamat Mencuba !

Categorized in: