Hari ni mama masak asam pedas ayam…!!! yeahhhhh
Tiap kali aku ambik anak-anak balik sekolah diorang mesti akan tanya “mama masak apa..? kalau aku masak aku cakaplah…“mama masak biasa-biasa jerr…” tapi diorang kata “takper mama…mama masak biasa-biasa pun kitorang suka sebab mama masak sedap walaupun ringkas …” **nangisssss
Hari tu anak-anak aku makan asam pedas ayam dengan cukup berselera biarpun kurang bahan dan rencahnya . Apa yang penting masa masak tu aku tambah sejenis bahan perasa yang paling kaw-kaw , nama bahan perasa tu ialah perasa kasih dan sayang…*ehehehehe
Maka jangan sesekali jadikan alasan kurang bahan untuk tidak memasak yer . Bahan takder langsung tu lainlah ceritanya . Sekalipun malas tapi janganlah malas sangat . Bodoh boleh diajar tapi malas tak boleh diubah jika diri sendiri tidak mengubahnya .**jeling diri sendiri
Sumber Resipi Asam Pedas Ayam
Jangan nak pelik sangatlah yer…ingat aku ni tak pandai masak ker ..? bukan susah pun … tak tau resepi bukak jer blog abam Mat Gebu .
Semasa kebuntuan idea nak masak lauk , aku teringat satu resepi yang abam Mat Gebu pernah share kat blog Dapur Tanpa Sempadan
Aku mudahkan resepi yang ada sebab banyak bahan yang diperlukan aku tak ada ketika tu , nak merempit ke kedai memang sangat-sangat mim aliff lam sim … jadi aku guna sahaja bahan yang ada .
Tapi kalau korang nak resepi asam pedas ayam yang full macam abam Mat Gebu masak , yang resepinya memang teratur sila rujuk blog abam Mat Gebu ….sebab resepi asam pedas ayam aku sangat mudah dan sangat minimalis gitu….dan oleh kerana terlalu banyak resepi asam pedas dari abamm mat kau , maka aku bagi korang 4 sahaja yang paling top dalam carian google .
Sila rujuk link resipi abam mat gebu yang aku letak kat bawah …
Resipi Asam Pedas Ayam
Bahan-bahan
6 ketul ayam potong sederhana kecil
3 sudu besar cili boh*
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 sudu kecil belacan*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
2 inchi halia*
2 batang serai diketuk
1 mangkuk air asam jawa
air secukupnya
garam dan gula secukupnya
Cara-caranya
- Kisar bahan bertanda ( * )
- Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau
- Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih baru masukkan ketulan ayam
- Tambah air dan air asam jawa secukupnya
- Tambahkan garam dan gula
Resipi Asam Pedas Blog Tiffin Biru
- Asam Pedas Ayam Daun Kesom
- Asam Pedas Ayam Ala Johor
- Asam Pedas Ayam Ala Nyonya
- Asam Pedas Ayam Pulak
Selamat Mencuba
Asam pedas ayam? 1st time dengar resepi nih.
Nak rasa masakan kak long juga…
kalau Mat Gebu baca ni, tentu dia terharu.. 😉
anuar recently posted…Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.
Delivery kat saya semangkuk.. plsss
Hafiz Rahim recently posted…Salam Browser Melindungi Diri Anda Daripada Aktiviti Melalaikan
SA x pernah lagi masak asam pedas ayam…boleh cuba nanti ni
Suriaamanda recently posted…Paedophilia Spesies Manusia Rare..