Aku yakin ramai yang tunggu resepi sup kepala ikan merah ni sebab belum letak resepi pun dah banyak yang share gambar bahan dan video yang aku up di Facebook masa hari Jumaat bulan lepas . Maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu .

Aku amat berbesar hati dapat berkongsi resepi sup kepala ikan ni ngan korang semua terutamanya dengan kawan-kawan dan supporter Kak Laila atau taukeh kedai Mee Udang D’laila di Nilai .

resepi sup kepala ikan merah dlaila

Aku Dah Tak Pandai Masak

Nak dijadikan cerita hari tu aku ngan Kak Laila ada hal yang perlu dibuat bersama makanya Kak Laila kenalah datang rumah aku sekejap . Aku sejak kawan ngan Kak Laila memang macam dah kena sumpah tak pandai masak…. serius aku tak tau kenapa…..hahahaha

Sebelum pergi bersama….aku kenalah siap-siapkan makanan untuk anak-anak aku yang akan balik dari sekolah .

Mungkin sebab aku terhegeh-hegeh buat kijer maka kak Laila offer diri untuk masak ….Chef kan…..buat kijer cepat jerrrr….aku plak cepat-cepat ambik gambar dan video…bab tu aku pantas ok….sebab aku blogger kannnn…..hahahahaha

Ok…aku tahu…korang nak resepi jer kan…bukan nak baca aku punya blog sangat…kan kan kan….jap ehhh

Resepi Sup Kepala Ikan Merah 

Bahan-bahan

1 potong kepala ikan merah

5 biji bawang putih dihiris**

3 inci halia dihiris tebal**

1 biji bawang holland dihiris**

2 batang serai diketuk**

5 batang cili api vietnam diketuk

3 biji tomato belah 4

Daun Sup hiris kasar

Daun Bawang hiris kasar

Daun Ketumbar hiris kasar

5 biji limau kasturi diperah untuk ambik airnya sahaja

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

Bawang goreng

Air Secukupnya

Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan bertanda ** bermula dengan bawang putih , halia , bawang holland dan serai
  2. Masukkan air untuk jadikan kuah secukupnya
  3. Masukkan kepala ikan setelah air mendidih
  4. Tambah air lagi jika perlu
  5. Letak kayu manis , bunga lawang dan buah pelaga
  6. Masukkan cili dan tomato
  7. Tambah air limau
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  9. Masukkan daun sup , daun bawang dan daun ketumbar
  10. Taburkan bawang goreng
  11. Siap untuk dihidangkan

Boleh juga rujuk video yang disediakan….

Resepi Mudah Masak Daging Lada Hitam

Selamat mencuba……

( vide0 ) Sup Kepala Ikan Merah 

Galeri 

IMG_3208

 

IMG_3211

IMG_3212

IMG_3220

IMG_3227

IMG_3233

IMG_3235

IMG_3236

Categorized in: