Asalamaulaikum gaisss , masih duduk dirumah ker tu atau tengah merancang nak pergi bersiar-siar. Kalau ada rasa nak merayap tu janganlah yer kang kena tangkap sesia jer. Dahlah kena tangkap pastu kena saman pulak.
Tapi kalau nak pergi kedai sebab nak beli bahan buat kek tak apalah cuma pastikan ikut langkah-langkah keselamatan yang telah digariskan demi keselamatan korang dan juga keluarga korang. Paling penting lepas balik dari kedai terus mandi bersih-bersih ok.
Ok tanpa buang masa korang yang memang tengah banyak tu meh kita cek apakah bahan-bahan yang diperlukan. Asalnya aku nak buat kek minyak. Tapi malas pulak aku nak hidupkan oven dan warna-warnakan kek. So aku cari kek yang paling mudah yang anak-anak aku pun boleh buat juga.
So gais , inilah dia resepi kek milo kukus yang mudah dan sedap. Paling best sebab dia cuma guna 4 bahan sahaja. Sampai 7 generasi pun boleh ingat resepinya.
Tapi agak kelakar sikit hasil kek nih tau. Masa mula-mula aku bukak kat periuk kukus macam wowww naik gebu kau. Sekali aku biarkan sejuk terus kek tu jadi kempot peot. Tapi rasa dia memang mebeles. Tak sampai 5 minit langsai dikerjakan anak-anak.
Paling best bila pakar kek iaitu Abam Mat Gebu komen , katanya kek milo aku tu dah rupa kek belacan yang popular kat Sarawak nun. Aku pun tak tahu kek belacan tu rupa dia camner. Bila google memang ada iras-iras tapi bahan kek belacan lain tau dari kek milo kuikus nih.
Tapi tak apalah yang penting ianya mudah nak buat dan rasanya sedap. Cuma itulah , kalau keluarga besar macam aku nih 1 adunan memang celah gigi jerlah. Nak buat lebih harga sepeket milo tu boleh tahan kot.
Sos sesekali bikin bolehlah yer. Nak selalu tak bolehlah yer nak.
4 BAHAN KEK MILO KUKUS
BAHAN2
2 CAWAN PENUH MILO
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
4 BIJI TELUR
1/2 SUDU BESAR ESEN VANILLA

CARA2
- PANASKAN PERIUK KUKUS
- MASUKKAN KESEMUA BAHAN DALAM BEKAS YANG SESUAI DAN PUKUL MENGGUNAKAN WHISK , BLENDER ATAU MIXER LEBIH KURANG 5 MINIT
- MASUKKAN KE DLAM BEKAS TAHAN KUKUS DAN KUKUS SEHINGGA 30 MINIT
- SELEPAS 30 MINIT ANGKAT DAN SEJUKKAN KEK SEDIKIT SEBELUM POTONG UNTUK DIMAKAN
CARA-CARA BERGAMBAR
Oleh sebab aku gunakan blender so aku masukkan telur dulu supaya milo tak melekat kat dinding blender.

Gunakana sahaja apa-apa cawan sebagai sukatan

Masukkan susu pekat 2 sudu besar. Tapi aku saja tuang terlebih sudu.

Masukkan juga esen vanilla , tapi kalau nak rare masukkan esen orange ker , mesti kek korang rasa milo tapi bau orange.

Tuangkan dalam bekas yang tahan dikukus, kalau tak…..

Panasakan periuk kukus dulu tau gais. Then baru kukuis 30 minit sahaja jangan lebih jangan kurang.

Masa tengok ni hati aku macam wahhhh gebussnyaa.

Dah sejuk kok macam kek bantat. Walhal memang beginilah rupanya. Cuma aku perasan bekas yang kau guna tu agak besar dan api pun kuat. Next time bekas kasi kecik tapi tinggi then api sederhana kuat sudah.

Dah potong jadi macam kek belacan pulak. Tapi yang penting sedap sebab tak manis sangat pun yer. Sedap makan suam denganteh o panas.

Tak paham jugak ??? korang tengok jer video nih.
(Video) https://www.youtube.com/watch?v=WKG2RBGMvJo
Selamat Mencuba !
Leave a Reply