Assalamualaikum and hai gais ! Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu resepi mudah ringkas tapi sedap. Tak tahulah korang pernah dengar atau tidak menu nasi impit goreng nih. Tapi kalau orang Johor dia mesti tahu. Menu pemes nih.
Kalau korang google korang akan jumpa macam-macam versi resepi nasi impit goreng ni. Aku sendiri pernah tulis kat blog masak lama aku. So kalau korang jumpa ayat lebih kurang sama macam yang dalam ni , aku sebenarnya cnp jer dari blog lama aku. Jangan kata aku mencuri karya orang lain pulak yer.

Lama dulu masa aku pi melawat abang aku kat Johor , abang akan bawak kitorang kat satu tempat makan kat area Pontian. Lokasi tepat dia maaf aku tak tahu dan tak ingat, sebab kitorang follow jer kereta abang kitorang sampai kedai tu.
Cuma nama kedai dia aku tahulah, Soto Sri Bunian. Kat situ selain killer menu dia Soto dia ada jugak jual hidangkan menu Nasi Impit Goreng tapi kat situ rasanya diorang panggil lontong goreng dan lontong goreng dia punya bumbu merah sebab tu rasa lebih pedas dan banyak bahan yang dia letak. Jujur cakap memang sedap. Puas hati aku dapat makan
Aku kenal nasi impit goreng ni dari akak ipar aku , dia yang rajin buat kalau ada nasi impit lebih. Memula aku pelik sebab tak tahu yang nasi impit boelh digoreng , tapi sekali dah rasa aku terus jatuh suka.
Resepi ni kita boleh buat bilamana ada nasi himpit yang berlebih . Lagi-lagi time raya nanti. Tapi tahun ni kita boleh raya ker ? Ekekekee
Mesti ada yang sedap merebus nasi impit kemahen banyak. Tapi bila lauk regu dia dah habis tak sapa dah nak makan nasi impit tu kan. Akhirnya menunggu basi dan dibuang begitu sahaja.
Jadi apa kata lepas ni sebab korang dah tahu resepi nasi impit goreng ni kita jadikan dia satu menu makanan yang sedap dan mudah untuk di sediakan.
RESEPI NASI IMPIT GORENG
Bahan-bahan
Nasi Impit
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Padi
Ikan Bilis
Telur
Cara2nya
- Potong dadu nasi impit
- Kisar bawang merah , bawang putih , cili api dan ikan bilis.
- Panaskan minyak secukupnya untuk menumis
- Masukkan garam secukup rasa
- Masukkan nasi impit dan kacau rata
- Masukkan telur dan kacau dengan cara kaup balik sehingga semua bahan sebati dan telur juga masak
- Siap untuk dihidangkan
- Boleh taburkan dengan bawang goreng jika suka
Nota
- Sukatan bahan semua mengikut berapa banyak nasi himpit yang nak di goreng.
- Ikan bilis juga boleh digantikan dengan udang kering atau boleh juga guna daging atau ayam yang dikisar.
- Rasa pun boleh di ubah mengikut citarasa sendiri. Kalau nak lebih pedas maka lebihkan cili.
Nak lebih faham cara masak korang boleh rujuk video kat bawah ni. Lagi cun kalau korang sudi subscribe komen , like dan share video ini sekali. Tq gaiss.
(Video) Nasi Impit Goreng
Selamat Mencuba !
Leave a Reply