(VIDEO) RESEPI NASI GORENG TELUR KOREAN STYLE : Asalamualaikum korang , haaaa ni aku dah updet Resepi Nasi Goreng Telur Korean Style , aku dapat resepi ni pun dari channel youtuber Korea.

Aku tengok wow simple’nya nasi goreng ni ? sedap ker rasanya nanti ? sebab resepi ni tak guna bawang2 dan tak guna cili. Garam pun tak letak weihhh. Tapi aku rasa nasi goreng cina lagi simple kan ? so ni kedua simple’lah selepas nasi goreng cina.

Nak tahu sedap ker tak, kenalah cuba sendiri kan ? tengok kat dapur bahan-bahan yang diperlukan semua ada kecuali daun bawang. So aku suruh dd pergi belikan daun bawang sikit jer tapi dia pergi beli seikat.

Daun bawang nak disimpan lama2 pun rosak , so aku lebur jer semua dalam nasi goreng.

Resepi ni tak ada sukatan yang tepat , ni aku masak nasi seperiuk. So telur aku guna dalam 6 biji. Kiranya telur tu kena cukup cover semua nasi yang ada. Sos tiram tu yang jadikan nasi tu ada rasa. So ikutlah nak taruk banyak mana yer. Lada sulah tu pun aku guna lada sudah Ajishio yang dah ada perasa. If korang nak guna serbuk lada sulah yang biasa pun boleh juga.

Tang butter tu pulak , mungkin kalau guna betul punya butter lagi sedap kot , tapi bukan buttercup eh sebab buttercup tu sebenarnya sejenis marjerin jugak. Aku takder butter so aku guna marjerin brand buttercup. Next time aku nak cuba guna marjerin Pelangi ker , Planta ker atau pure buuter yang salted punya.

RESEPI NASI GORENG TELUR KOREAN STYLE

Bahan2

Nasi
Telur
Daun Bawang
Butter / Marjerin
Sos Tiram
Lada Sulah

Cara2

  1. Gaul nasi dengan telur
  2. Tumis daun bawang sehingga wangi
  3. Masukkan nasi yang dah digaul dengan telur dan goreng sampai telur masak
  4. Masukkan sos tiram secukupnya
  5. Tambahkan lada sulah jika suka
  6. Siap dihidangkan

Alhamdulilah rasanya sedap cuma tak pedas. Nak pedas2 korang boleh buat cili potong dengan kicap cair. Nanti sedaplah macam makan nasi goreng cina. Tapi sebab ni nasi goreng telur so telur dia lebih terasa.

BACA : RESEPI MAGGI KARI TUMIS PALING SEDAP

Resepi apapun asalkan kita kreatif olahkan mesti rasa dia akan jadi berbeza. Mungkin lebih sedap dari resepi asal. Janji kena dengan tekak masing-masing sudah.

Kalau korang tak boleh nak imagine caranya camner, korang boleh rujuk video yang aku dah sediakan. Sorrylah kalau video agak gelap sebab masa tengah rekod pasang light tapi bateri phone pulak dah nak habis. Huhuhu

Nah bonus video resepi cara buat Korean Egg Roll. Resepinya nanti ada masa Insyallah aku tulis yer.

Selamat Mencuba.

Categorized in:

Tagged in: