Resepi Mudah Brokoli Goreng Tepung
Asalamualaikum….lama tak bagi resepi kat blog…tapi boleh ker ini dikatakan resepi…?? entahlah….hahaha
Tengahari tadi aku dah siap masak Sup Cendawan Enoki…..Ikan Kembung Goreng dan Ikan Bilis Goreng Asam Jawa…mak aku plak masuk dapur pastu bukak esbok , dia nampak brokoli…mak cakap ngan aku….dila ko goreng nih….mak nak makan …tapi yang mak makan tu lembut jer…..aku jawab baik mak ….mula-mula aku ingat mak suh goreng cam tumis tu….siap aku hogah inchik dd gi kedai beli sos tiram…pastu nak bagi lembut brokoli tu biasanya kena tutup …bila tutup maka akan berlaku pengewapan dalam kuali dan dengan itu sayur akan menjadi lembut…
Tengah syok-syok potong brokoli…mak pun tanya aku….”ko nak masak apa….” ?? aku jawab ” nak tumis lahh mak….letak sos tiram…” pastu mak kata…mak nak yang macam makan kat cameron highland tu….aku pun…..oooooo….
Mujur aku ada stok tepung tempura jenama Bestari dalam laci…..tenggek kuali …tuang minyak baru yang banyak…panaskan minyak ….pastu aku bancuh tepung tempura dengan air sejuk dari peti ais….pastu aku gaul tepung tu sebati…..minyak dah panas kita celupkan brokoli dengan tepung dan goreng hingga dapat warna keemasan …..dah siap boleh makan begitu sahaja atau cicah ngan sos kegemaran .
Cara Dan Resepi Brokoli Goreng Tepung Tempura
Bahan-bahan
- Brokoli
- Air Sejuk Dari Peti Ais
- Tepung Tempura
Cara-cara
- potong dan bersihkan brokoli atau sayur yang disukai
- bancuh tepung dengan air dari peti ais secukupnya
- gaulkan tepung dengan sebati
- masukkan brokoli/sayur pilihan masing
- goreng dengan minyak yang banyak ( deep fry)
- biar sampai tepung bewarna keemasan
- siap dihidangkan dan makan bersama sos pilihan
Tips
- jangan campur garam dalam tepung kerana tepung tempura dah cukup masin dan rasa
- sedap dimakan sementara masih panas
Selamat Mencuba
****gambar bungkusan Bestari Tepung Tempura
Blog Resepi —> http://tong-gas79.blogspot.my/
Mmm… Sedap ni makan panas-panas..!!
dap dapppp……cuba buat nanti……