Woohooo !!! rasa macam dah lama sangat tak share resipi kat blog. Mesti ada yang ingat aku pemalas masak kan ? Tapi nak buat camner, boleh kata tepatlah jugak tuduhan tu untuk aku. (ahahahahaha). Cumanya semalas-malas aku masak untuk aku jer, untuk tetamu aku masih rajin dan sedia masak bila ada yang nak makan.
Petang raya ke 4 aku hidangkan tetamu dengan mee kari. Itupun lepas Kak Laila call kata nak datang raya. Kalau tak memang makan nasik jerlah jawabnya. Mee Kari ni adalah mee kari paling simple aku pernah buat untuk tetamu.
Bahan hiasan lain macam sawi , taugeh dan cili merah semua aku tak hidang sebab semua rumah takder stok baik kat rumah masing-masing dan pasar. Tapi sebab gigih jugak nak hidang kat tetamu sekali teringin nak makan mee kari sendiri masak , maka guna jerlah apa yang ada.
Selalunya aku suka buat mee kari letak kaki ayam atau leher ayam, tapi itu pun takder , yang ada isi ayam, jadilah yer.
Alhamdulillah, semua puji sedap siap makan bertambah. Menu ni juga memang sesuai untuk open house hari raya kecil-kecilan.
Bahan hiasan tu tak penting sangat (ayat sedapkan hati ..), kalau semua nak tunggu complete alamatnya apapun takder. Janji kuah mee kari rasa dia tip top !!!
RESIPI MEE KARI PALING CEPAT DAN MUDAH DISEDIAKAN MASA HARI HARI RAYA
Bahan2
Mee Kuning – dicelur sebentar
bawang merah *kisar
bawang putih *kisar
serbuk kari daging babas
cili giling
kayu manis
bunga lawang
2 kiub pati ayam maggi
fishcake
fishball
isi ayam / kaki ayam / leher ayam
santan kotak
gula & garam secukupnya
Bahan2 Lain
Telur Rebus – belah 4
Cili merah – hiris
Sawi – celur dan potong pendek
Taugeh – celur
Limau kasturi – belah dua
Cara2
1. Tumis bahan kisar , kayu manis , bunga lawang , cili kisar dan serbuk kari
2. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau
3. Masukkan isi ayam , fishball dan fishcake
4. Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat jangan letak air banyak sangat
5. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya
6. Siap dan hidangkan dengan telur rebus belah 4, sawi dan taugeh yang sudah dicelur jika ada.
Selamat Mencuba !
Nota : Untuk sukatan semua aku main agak-agak sebab aku masak dalam kuantiti yang banyak. Cumanya sebagai guide, macam cili aku pakai 1 senduk kuah, serbuk kari pun aku guna satu senduk kuah. Bawang merah mesti lagi banyak dari bawang putih. Santan kotak pulak aku guna 2 jenis iaitu Kara dan Ayam Brand.
Selain mee rebus, mee kari pun di antara makanan kegemaran saya.
Wah nampak sedap lah
I suka makan kuah kari yang cukup pedas baru seronok. Selalu I pergi makan mee kari mesti tengok sup nya pedas atau tidak.
Bawang merah brapa biji.. bawang putih brapa ulas.. cili kisar berapa sudu makan?
thnx a lot..i made it !!! sedap sngt..thnx ya
seyes nampak terliur teruk..nyum
Ciken Chop recently posted…Resepi Sup Ayam (kuah sup rare – size 4 pax)
My favret ni, telur tu nampak sedap sangat, menggoda sungguh
Nurul recently posted…Resepi Mee Kolok Warisan Sarawak
Takpe ke xltak daun kari
Boleh jer , kalau ada letak kalau takder tak payah letak …janji ada serbuk kari