Hai korang …..minggu ni kan aku kan adalah rajin nak masak-masak….lagipun mak ada kat rumah…takkan nak beli jer…..tak molek gitu walaupun aku sebenarnya takder idea nak masak lauk apa….masa tengah mikir tu lah aku terpandang Rempah Kari Ikan Tanjong…kebetulan gak aku dah rendam ikan kembung siap-siap cuma tak tahu nak masak apa .
Biasanya aku kalau masak kari ikan mesti guna ikan bawal hitam…tapi dah kerana ada ikan kembung jadi kita gunalah ikan kembung untuk masak kari .Resepinya pun cukup senang dan mudah…oleh kerana blender aku rosak jadi semua bahan aku hiris sahaja….dan mak aku memang tak gemar sangat makan kari pekat-pekat . Satu paket tu aku guna semua untuk 5 ekor ikan kembung .
Resepi Kari Ikan Kembung Tanjong
Bahan-bahan
5 ekor ikan kembung
1 paket Rempah Kari Ikan Tanjong*
1 biji bawang besar – hiris*
3 ulas bawang putih – hiris*
3 sudu besar – cili boh*
3 sudu besar air asam jawa*
1 batang kayu manis
1 kuntun bunga lawang
1/2 kotak Santan Ayam Brand
10 batang kacang bendi
air secukupnya ikut kepekatan dan kecairan kuah yang kita nak
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Campur dan gaulkan mesra bahan bertanda ( * ) 1 paket rempah kari ikan Tanjong , cili giling , asam jawa , bawang merah dan bawang putih yang dihiris .
- Tumis kayu manis dan bungan lawang kemudian masukkan bahan yang telah digaul bersama sehingga naik bau
- Masukkan sedikit air biarkan mendidih kemudian baru masukkan kacang bendi
- Kacang dah empuk masukkan ikan dan santan separuh kotak
- Tambah garam dan gula serta air secukupnya
- Siap dihidangkan
Aku dah mula suka guna rempah kari brand tanjong ni sebab rempah karinya yang tak kuat macam rempah-rempah lain yang ada dipasaran tapi rasa kari tu tetap ada .
Selamat mencuba semua….
Samalah kita…. Nina pun tak gemar rempah Kari yang pekat sangat tuu
Nina Mirza recently posted…Resepi Heavenly Carrots Cake | Jom buat sendiri, senang aje buatnya…
kannn….lagipun kalau rajin perangat lama2 memekat jugak….
Harap2…dengan resepi ni…dpt membuatkan saya menang pertandingan tuuu…Aamiin..
Thanks a lot girl
Baru jer buat …mmg sedap wpun
x der santan.
Rempah kari pe yg best
kena cuba macam2 brand baru tahu yg mana sesuai ngan selera kita