Hai korang….lama tak masak benau’nya aku nih….dia punya lama sangat sampai ada sesetengah resepi aku dah lupa langsung dari bahan sampailah ke cara-caranya….nak-nak masak kurma…bertahun gak aku rasa tak masak apa2 guna rempah kurma….huhuhu *parahhh

Satu hari tu aku terasa nak masak kurma itupun lepas aku baca dari blog kawan-kawan pasal masak kurma guna Rempah Kurma Tanjong …..so aku pun naklah cuba…hari-hari kari pun boring gak..kan kan

Mujurlah kat belakang paket rempah yang aku guna tu ada cara-caranya …. kalau tak bikin malu oooooo sebab nanti kena google atau tanya kawan-kawan yang biasa masak kurma….

Penjenamaan Semula Rempah Tanjong

Rupanya rempah-rempah ni dah lama dah ada kat pasaran…patutlah macam biasa dengar nama Peladang Food …..cuma tak pasti dulu guna nama apa sebelum bagi nama Tanjong….dalam banyak-banyak rempah yang ada aku pilih untuk cuba rempah kurma…lama tak masak kurma yer lama tak makan masak kurma pun yer….

FireShot Screen Capture #583 - '(87) WhatsApp Web' - web_whatsapp_co

Untuk pengetahuan korang jugak…2 April 2016 yang lepas di program MIHAS yang baru jer tamat telah diadakan demo memasak menggunakan rempah Tanjong dan yang masaknya pulak ialah Chef Liza….memang terbaik kalau gitu…

rempah tanjong

Jadi tunggu apa lagi….jom kita memasak bersama Chef Saidila

Resepi Kurma Ayam Tanjong

Bahan-bahan

6 ketul ayam

1 paket rempah kurma tanjong – bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

1 biji bawang besar – dihiris

3 ulas bawang putih – dihiris

1 biji bawang besar – belah 4

2 biji kentang – potong wedges

1/2 kotak kecil santan

2 batang cili hijau – sebagai hiasan

air secukupnya

garam dan gula secukup rasa

Cara masak

  1. Tumis pes rempah kurma Tanjong bersama kayu manis , bunga lawang , bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau
  2. Tuangkan sedikit air dan biarkan medidih
  3. Masukkan ketulan ayam , kentang , bawang belah 4 dan biarkan mereneh sehingga ayam dan kentang cukup masak
  4. Masukkan santan dan kecilkan api biarkan kuah mendidih
  5. Masukkan cili hijau dan garam secukup rasa
  6. Siap untuk dihidangkan

**Resepi ni sepatutnya kena ada halia…tapi kebetulan rumah akau takder halia jadi aku guna sahaja apa yanga ada …korang boleh campur lobak jika nak…semua terpulang pada bahan dan kreativiti sendiri ..Bagi aku rempah tu dah cukup lengkap walaupun tanpa halia dan lobak .

resepi masak kurma ayam tanjong

Lain Jenama Lain Rasa

Bagi aku rempah kurma ni sedap sebab tak terlalu berempah yang menyengat….anak-anak aku pun suka….walhal sebelum ni tak berapa suka masak kurma sebab terlalu berempah….ada orang suka yer suka…ada yang tak suka yer tak suka…tekak lidah dan citarasa kita nyata berbeza-beza…so tak payah nak heran sangat

rempah kurma tanjong

Selamat mencuba semua….

( Video ) Rempah Kurma Tanjong

 

Categorized in: