Assalamualaikum and hai gais ! Pejam cekik pejam celik rupanya dah masuk setengah bulan November aku tak kongsi apa-apa entry dengan korang.
No wonderlah earning adds aku sikit jer . Nanti kalau korang suka dengan entry ni tolonglah tekan mana-mana iklan yang ada kat blog ni selama seminit sebagai tanda sokongan korang kepada aku.
Hujung tahun ni nak kena bayar domain dah. Huwaaaa
Bukan apa gais, ikutkan banyak jer benda aku nak kongsi tapi semua jadi draft lepas tu lama-lama lupa terus tak publish.
So sempena aku ada masa dan rajin nak explore macam-macam moh kita try buat sushi/gimbab sendiri. Ni semua gara-gara aku craving nak makan sushi tapi susah nak dapat sebab aku malas keluar.
So aku google cara nak buat sushi termasuk bahan-bahan. Untuk bahan-bahan ada yang aku beli dekat Jaya Grocer dan ada yang dekat Aeon.
Bagi aku harga barang kat Jaya Grocer agak tinggi berbanding di Aeon. Tapi nak ke Aeon tu kau kena meredah tol pergi balik dan parking. Sudahnya sama dengan jer dengan pergi Jaya Grocer yang mana lagi dekat dengan rumah tanpa bayar tol dan bayar parking.
Oklah , membebel pulak aku yer. Tapi takper kalau tak nak baca boleh terua jer scroll down sampai jumpa cara dan bahan yang dicari .

BAHAN – BAHAN
Beras Jepun / Calrose – cari brand Sumo. Ini memang beras khas untuk sushi , memang orang kata guna jerlah beras apa2 tapi bagi aku if kita nak buat biar puas hati. Boleh beli di Jaya Grocer atau Aeon.

Sushi Shoyu Halal – yang ni kena pilih betul2 yang halal sebab katanya kalau yang tak halal ada campuran mirin.

Sushi Vinegar Halal – ni pun aku beli vinegar yang khas untuk sushi walaupun orang kata guna jer cuka biasa yang dicampur gula, macam aku kata nak buat biar yang enak bahannya harus yang benerr sihh

Wasabi – takder wasabi yang haram so apa2 brand pun boleh, aku beli tiub kecik jer sebab memang yang suka wasabi tu aku jer.

Seaweed – kena beli yang khas untuk gimbab macam dalam video. Boleh cari di Jaya Grocer atau Aeon. Jangan beli yang kat section tidak halal yer sebab memang ada seaweed yang TIDAK HALAL. Tak tahu tanya pada staff di kaunter.
Tips nak tahu produk makanan tu halal atau tak biasanya yang halal mereka akan letak di bahagian kaunter depan sebab ia laluan umum. Yang tidak HALAL mesti kat bahagian belakang atau di ruang NON HALAL.
Option lain untuk seaweed boleh guna brand Tao Kae Noi yang Bang Bang sebab memang seaweed tu sudah dijamin HALAL. Cuma tak berapa sesuai untuk jadikan gulungan sushi sebab senang koyak dan rapuh. Kalau nak guna juga hujung seaweed tu kena sapu air supaya dia lembab dan boleh melekat.

Tuna – semua jenis tuna pun boleh , nak guna crabstick , serunding ke floss ker sosej ker telur ker atau sayur semata pun boleh

Mayonis – ini pun option boleh guna brand Ladys Choice atau Kewpie

Sayur – apa sahaja jenis sayuran pun boleh. Aku hanya gunakan timun Jepun dan lobak merah yang disagat memanjang


Tikar – tikar menggulung khas untuk sushi ni boleh beli di Daiso. Beli jenis buluh sebab mudah lentur berbanding tikar plastik

CARA – CARA
1. Masak beras jepun mengikut sukatan cawan masing-masing. Nisbah dia 1:2 iaitu 1 cawan beras 2 cawan air memggunakan cawan yang sama. Air boleh dikurangkan sedikit atau dilebihkan sedikit mengikut selera masing2. Jika suka nasi lembikmlebihkan air dan jika nak nasi hard sikit kurangkan sedikit air dari yang dicadangkan.
2. Sejukkan nasi terlebih dahulu sebelum digunakan.
3. Letak cuka sushi secukupnya mengikut selera masing-masing. Sifat cuka ialah masam jadi pastikan tidak letak cuka lebih untuk mengelakkan nasi menjadi terlalu masam. Tapi jika suka apa salahnya.
4. Ambik sehelai seaweed
5. Ratakan nasi sushi diatasnya menggunakan tangan atau senduk

6. Susun sayuran dan pelbagai lauk pilihan seperti tuna , crabstick , telur dadar , sosej atau apa sahaja lauk kesukaan masing-masing




7. Gulungkan sushi sehingga padat



8. Potong menggunakan pisau yang tajam mengikut saiz yang di kehendaki
9. Siap dihidangkan bersama Shoyu dan Wasabi atau makan begitu sahaja

Buat pertama kali menggulung jangan terkejut sangat kalau rupanya agak buruk sebab masih tak pandai nak.
Macam gambar kat bawah nih, inilah hasil pertama aku menggulung sushi.

Yang bawah ni pula hasil kedua menggulung , nampaklah ada kemajuan sikit.

Kali kedua ok sikit dan kali ketiga dah macam profesional katanya.
Apapun bab rasa memang sedap sebab kita sendiri yang tentukan rasanya melalui bahan yang diguna.
Yang bawah ni aku gulung dengan serunding sahaja sebab mak yang nak. Macam pulut panggang pun ada cumanya yang ni daun dia boleh dimakan. Ehehehehe

(Video) Resepi Dan Cara Buat Sushi ( Halal Ingredients)
Selamat Mencuba !
sarah suka makan sushi & alangkah indahnya kalau diri ni sejenis yang rajin nak buat sushi sendiri hahaha
Oh wow!!!!!!!!! Fantastic! You made your own sushi. I pun nak carik la tikar role tu nanti. So that I can make my own sushi too. Rindu nak makan sushi. Thank you for sharing.
Elok nampak kejadiannya tu, sedapnyaa hehe! Qeela pernah jugak buat sendiri dengan family dan kawan dulu, tapi dah lama jugak ni tak buat sendiri, tak berapa nak rajin pulak haha.
Wah bagusnya buat sushi. Nak buat makanan Jepun ni perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi yg saya rasa takde dalam diri saya.
Puashati buat sendiri kan Kak, anak Lin rajin lee buat shushi ni, tu pun buat mana yang ada bahan je.. walau kurang enak, tapi jadi laa nampak gak gulungun shushi kata Lin, nanti nak try bahan macam akak tu..
I love sushi!!! Just made them with the same method a few days back. this is really one of the easiest and satisfying recipe!
Wahhh sedapnya, thanks untuk resipi ni… boleh belajar buat sendiri kat rumah.. so jimat taw boleh buat topping sendiri juga…
Kitkat Nelfei recently posted…Guardian Malaysia Exciting Month With The Global Beauty Sale (GBS)
Berbaloi buat sendiri sebab lebih puas makan kan. Ni yg rasa nak pergi aeon nak cr barang
wow your sushi halal so yummy! Can I have 1 please haha? I love to eat sushi with wasabi
Terima kasih for such an easy way of making sushi! For me is like … so bad in making one!
This will definitely helpful for Muslims!
gigih juga ya nak sediakan sushi ni. nasib baik la kita ni jenis bukan makan sushi sangat. Tp sekali sekala apa salahnya kan.
Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 🙂 Haha dah la tengah craving sushi ni. Lama dah nak buat tapi tak terbuat buat. Terimkasih atas perkongsiannya .
Teringin nak buat tapi macam banyak je bahan-bahan nak kena beli. Anak-anak suka sushi tapi nak beli byk² mmg parah kan.. boleh la nnt beli dan cuba resepin akak