Korang dah beli rumah belum ? Kalau belum inilah masanya korang nak beli rumah pertama korang melalui Skim “SMART SELANGOR FIRST HOME BUYERS” dengan pinjaman pembiayaan sehingga 100%.

10% dari Kerajaan Negeri dan 90% lagi daripada Maybank.
Tak cukup dengan tu korang akan dapat lagi diskaun tambahan sebanyak Rm5,500 (untuk 55 orang pembeli terawal sahaja) sempena simbolik ulang tahun PKNS yang ke 55 tahun.

Ada lagi , korang juga akan dapat 20% diskaun dan kos guaman SPA dan duti setem MOT secara percuma kepada pembeli.
Pada yang nak buat pembelian rumah kedua ketiga dibawah PKNS dan anak syarikat PKNS pun korang akan dapat diskaun istimewa dan boleh buat pinjaman dari mana-mana bank.
Tapi korang kena cepatlah sebab tempoh promosi ni hanya berjalan selama 10hari sahaja bermula dari 26 Julai sehingga 4 Ogos 2019.

Untuk pengetahuan korang , pada 27 Julai 2019 , PKNS telah mengadakan Pelancaran Koleksi Hartanah PKNS 2019 yang dirasmikan oleh YBhg Dato’ Mohd Azizi Bin Mohd Zain iaitu Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.





RUMAH PERTAMA PILIHAN AKU
Since aku memang belum pernah beli rumah , jadi berdasarkan pendapatan terkini, ini sahaja rumah ( Type A ) yang aku layak pohon untuk beli.Nak tengok jenis rumah A korang boleh klik link kat bawah ni.
Link Projek : https://bit.ly/30UQG4i

Memang berkenan sungguh aihh. Walaupun agak jauh tapi aku rasa aku akan suka sebab lokasinya dikawasan yang agak terpencil jauh dari bandaraya. Buat rilek-rilek gitu.
Harga rumah ni pun Rm42’000 sahaja guyzzz. Mana yang belum khawin atau baru khawin dan nak beli rumah sendiri bolehlah mulakan langkah pertama dengan membeli rumah mampu milik ini.

Buat masa ni memang aku berkenan rumah dari 2 pemaju ni jer. Isnin InsyaAllah lepas dd kumpulkan dokumen aku nak terus pergi PKNS dan submit permohonan. Sapa nak berjiran ngan aku kat sini jomlahh mohon sama. Aku tak nak pikir panjang lagi bab ni sebab aku nak kejar pinjaman 100% tu jer.
PEMBELIAAN RUMAH TYPE A, B, C, D MENGIKUT KEUTAMAAN GAJI PEMBELI
Masa tengok pameran model-model rumah kat PKNS hari tu pun aku dah berangan, bestnya kalau dapat beli sebijik 2 rumah idaman. Tapi takper, kita belilah ikut kemampuan kita dulu iaitu rumah type A yer.
Ada rezeki akan datang kita beli pula rumah type B, C ataupun D. Amin aminn.






LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN
Link Permohonan : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php
Sebelum korang klik link tersebut baca dulu syarat-syarat permohonan. Kalau boleh siapkan atau upload segala dokumen siap2 dalam komputer. Kalau tak korang just walk ini jer ke PKNS atau ke kiosk pemaju rumah yang korang berkenan.

KELAYAKAN PEMBIAYAAN
- Pembiayaan 100% diperuntukkan pada kadar faedah rendah untuk 8 tahun pertama
- tambahan 5% pembiayaan untuk insurans MRTA/MRTT
- hanya untuk hartanah PKNS dan anak syarikat PKNS sahaja
- permohonan persendirian/perkongsian boleh dilakukan
Pemohon yang layak untuk Skim ini mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memiliki Rumah selangorku eperti berikut :
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia 18 Tahun Ke Atas
2. Pendapatan Suami Isteri
– Perumahan Jenis A Rm3000
– Perumahan Jenis B,C,D Rm3001 – Rm10’000
3. Pemohon Dan Pasangan Tidak Pernah Memiliki Rumah Di Negeri Selangor
4. Pemohonan Pindahmilik Hanya Dibenarkan Selepas 5 Tahun Dengan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri
5. Pembelian Rumah Hanya Untuk Didiami Dan Bukan Untuk Disewa
6. Tempoh Sah Laku Bagi Setiap Permohonan Adalah Selama Dua (2) Tahun Dan Sekiranya Tiada Tawaran Diterima Dalam Tempoh Tersebut, Maka Permohonan Baru Perlu Dibuat Semula Di Atas Talian (Online)
PROSES TUNTUTAN SKIM “SMART SELANGOR FIRST HOME BUYERS”
- MENDAPAT KELULUSAN LEMBAGA PERUMAHAN & HARTANAH SELANGOR (LPHS)
- PKNS MENGELUARKAN SURAT TAWARAN KEPADA PEMBELI
- PEMBELI PERLU MEMOHON PEMBIAYAAN SKIM SMART SELANGOR FIRST HOME BUYRS HANYA MELALUI MAYBANK
- PEMBELI DIBERIKAN KELULUSAN PEMBIAYAAN

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN “ONLINE”
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon Dan Pasangan
– Salinan 1 BULAN PENYATA GAKI TERKINI Pemohon Dan Pasangan
DOKUMEN SOKONGAN YANG WAJIB DIKEMUKAKAN SELEPAS PRA KELAYAKAN TAWARAN
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon Dan Pasangan
- Salinan Surat Nikah / Sijil Daftar Perkhawinan / Surat Cerai / Surat Kematian
- Surat Pengesahan Bujang Daripada Majikan ( Menggunakan Kepala Surat Jabatan/Syarikat/Cop Syarikat ATAU Suaray Akuan Sumpah Asala Daripada Pesuruh jaya Sumpah
MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Perumahan , Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Tingkat 5, Podium Selatan, 40503 Shah Alam
Website : Rumah Selangorku
Link Pendaftaran LPHS : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php
Phone : 03-55102177 / 03-55102122
Whatsapp :
http://www.wasap.my/60122361154
http://www.wasap.my/60133917634
http://www.wasap.my/60182436285
http://www.wasap.my/60176724923
http://www.wassap.my/60132504380
Facebook : PKNS Property
Instagram : @pkns_property
Rugi tak rebut peluang ni. Rumah adalah aset yang tinggi nilainya. PKNS lak pemaju yang diyakini. Nina pun nak pujuk geng beli rumah lagi… Doakan berjaya. Aamiin
Nina Mirza recently posted…Part 2 – Habis tu tak de duit camner nak bayar?!
Bestnya.. Insya Allah nak ada rumah sendiri nanti..
Kena rebut peluang ni siapa yang berkelayakkan.
Mudahnya. Beli rumah tanpa tunai. Thanks sharing knowledge
teringin nak rumah sendiri. tapi gaji tak capai piawaian lagi .. sedihhnya
Syokla kalau dapat rumah sebiji dengan nama sendiri.. Tengh usha..tengah kumpul duit.. Harap adalah satu.. Ehhee..tengok rumah ni cantik.. Murah pun ye
Wahhh banyak diskaun tu!