Asalamulaikum and hai gaiss ! kalau biasanya orang buat reaction guna video tapi reaction kali ni aku nak buat dalam bentuk penulisan. Sampai tak sampai ke korang tu nasiblah yer, sebab perkataan tidak bernada dan berwajah. Nak rasa sampai tu pandai-pandailah korang berimaginasi.
So now aku nak react pada satu tweet mamat nih namanya A.Arif. Tapi aku tak stalk dia ok. Maklumlah orang tua katanya tak pandai main twitter. Benda ni pun dah tular kat page bacpakerz kalau tak silap aku dan jadi perbualan hangat dan panas..
Oleh kerana aku tak nak komen kat page tu sebab banyak komen yang ada aku tak setuju. Yunolah budak-budak muda zaman sekarang mana boleh cuit sikit. So aku buat pilihan untuk ulas sendiri kat wall FB aku dan seterusnya bagi reaction panjang lebar dekat blog.
INI ISUNYA DI TWITTER

INI ULASAN PERIBADI AKU DI FB

INI KOMEN PERIBADI KAWAN-KAWAN AKU DI FB


So dah jelas bukan ? isu dia simple jer. Jangan rasa annoying sebab apa yang member kepada member Arif cakap tu ada betulnya. And jangan pulak korang gi assume member tu dengki. Ko tuhan ker sampai boleh tahu isi hati orang lain ?
Aku sendiri kena benda yang sama semalam tu sebab tu aku ulas isu ni.
NAK BUAT APA PERGI NEGARA KAFIR ? BAIK PERGI MEKAH
Masa tu aku tengah busy packing barang-barang nak fly ke Melbourne. Then mak cakap, “kalau mak baik pergi Mekah , ni pergi jalan ke negara kafir buat apa..?
Bhaiii kalau ko tak kental memang ko akan sentap dan ko akan ambik jalan untuk berdiam sahaja. Tapi aku tak boleh buat macam tu. And kalau boleh jangan terus biar mereka terus salah faham dengan minat, atau kerja kita yang kena berjalan ke luar negara.
Bagi mak , negara Islam ni ada 2 jer , Malaysia dengan Mekah. Lain dari tu semua negara yang aku pergi dia kata negara kafir. Tapi betullah kot sebab aku memang belum sampai ke negara Islam yang lain macam Brunei , Turki , Mesir , Iraq , Iran , Bosnia dan lain2. Ehehehe
Mak tak tahu apa yang aku buat , kerja bawak orang melihat negara luar juga pun sebenarnya satu ibadah juga. Cuma ko kena bijaklah nak explain.
Bagi aku mereka tak faham sebab mereka dah tua, dan kena faham jugak tak semua orang suka berjalan melihat dunia luar. Bagi orang tua yang dah hilang minat berjalan melihat dunia luar maka dunia mereka ketika ini hanyalah dunia ibadah. Dunia yang sedang kita lalui pula adalah punca rezeki.
And so aku jawab mak balik dengan penuh nada lawak tapi berhemah. Aku cakap “aikk bukan dulu mak kata lepas orang dah pergi umrah pastu nak pergi mana2 pun pergilah …” then aku gelak2 supaya dalam kita menegur atau mengingatkan orang tua hati mereka tak terguris dengan jawapan kita.
Lepas aku jawab macam tu terus mak aku diam dan dia kata “yer ker mak ada cakap camtuu..? pastu aku gelak jerlah dan kata “ia mak ..kalaulah masa tu ada perakam kan senang…” then aku sambung gelak balik.
Pastu mak pun akur. Dia cuma pandang jer aku packing barang sambil baring sambil main phone. Ekekeke
Memang aku dah janji dan bertekad tak nak jejak kaki ke luar negara sebelum buat Umrah dulu sebab aku takut aku terleka takut merasa terlebih syoknya travel keluar negara sampai hilang rasa dan malas nak pergi Mekah.
Tak percaya cuba tanya mereka-mereka yang dah pergi banyak travel ke luar negara tapi belum sampai Mekah. Apa katanya ? walaupun tak semua tapi majoriti akan cakap “insyaallah ada rezekinya nanti pergilah..”
Punyalah banyak Allah dah kurniakan rezeki sampai boleh kemana-mana ke serata dunia tapi korang tetap tak sampai ke Mekah jugak.
Banyak komen aku baca , sapa tak teringin pergi Mekah tapi kalau Allah tak izin tak sampai juga , Allah tak seru tak sampai juga. Senang cerita semua kata belum masanya. Lemah betul alasan yang dibagi.
Tiap-tiap tahun Allah panggil kita datang ke rumahnya. “La baikallah humma la baik” tapi kita ni ? kita ni dah usaha sungguh-sungguh ker untuk datang bertemunya ?

Contoh terdekat Allah tak izin tu yang macam kejadian jemaah haji dah sampai Jeddah tapi di hantar pulang balik ke Malaysia, sekaligus mereka tak dapat meengerjakan Haji. Allahu hebat sungguh ujian mereka. Tapi manalah tahu mungkin asbab mereka semua redha, Allah dah berikan mereka ganjaran Haji Mabrur biarpun fizikal mereka tidak melaksanakannya.
Kalau kes macam tu yer memang Allah belum nak izinkan dengan sebab yang kita sendiri tak tahu apakah hikmah disebaliknya.
Once korang dah jejak kaki ke Mekah dan Madinah, masa tu korang akan lebih menghargai setiap langkah korang didunia yang fana ini.
Comments