SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEK. AGAMA MEN. (SAM/ SAMT) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TAHUN 2017

Sekolah Agama Menengah (SAM/ SAMT) Negeri Selangor yang berkonsepkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah merupakan Sekolah Kawalan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SAM/ SAMT Negeri Selangor adalah berdasarkan Syarat Kelayakan yang telah ditetapkan oleh JAIS seperti berikut ;

1. Pemohon , ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia.

2. Berumur dua belas (12) / tiga belas (13) tahun.

3. Pencapaian Akademik :

  • 3.1. Lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2016 – minima Maqbul.
  • 3.2. Lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 – lulus semua mata pelajaran minima C.

4. Lulus Praktikal Pemantapan Amali Fardhu Ain (PAFA) JAIS.

5. Pemohon adalah murid lepasan Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor dan rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, serta bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/ SJKT) negeri Selangor dan mempunyai Sijil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun semasa.

6. Boleh membaca al – Quran dengan lancar dan fasih.

7. Borang permohonan online yang diisi mestilah lengkap. Jabatan berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang diberi tidak benar, termasuk membatalkan surat tawaran yang telah dikeluarkan jika didapati maklumat yang diberi tidak benar.

8. Pemohon mestilah telah membuat permohonan secara atas talian (online) dan menyerahkan borang permohonan yang telah dicetak beserta semua salinan dokumen sokongan yang telah disahkan kepada pihak sekolah.

Nota : Pemilihan dibuat berdasarkan kepada permohonan yang memenuhi syarat . Calon disenaraikan mengikut pencapaian tertinggi/ terbaik dalam peperiksaan PSRA dan UPSR. Calon yang berjaya akan ditawarkan mengikut zon SAM yang telah ditetapkan

MAKLUMAN KEPADA CALON YANG MEMBUAT RAYUAN

1. Rayuan hanya diterima daripada calon yang telah membuat permohonan Tingkatan Satu (1) di SAM/ SAMT Negeri Selangor tetapi tidak mendapat tawaran. Calon yang tidak membuat permohonan Tingkatan Satu (1) di SAM/ SAMT Negeri Selangor juga boleh membuat rayuan.

2. Rayuan dibuka kepada murid lepasan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Agama (SRA/ SRAI/ KAFAI/ SRI/ SRII dan SRI Tahfiz) Negeri Selangor sahaja. Murid yang bersekolah di SK Luar Negeri Selangor tetapi bersekolah di Sekolah Agama Negeri Selangor juga boleh memohon.

3. Kelulusan rayuan adalah tertakluk kepada pencapaian terbaik murid dalam peperiksaan PSRA dan UPSR dan keperluan tempat di sekolah yang dipohon.

4. Rayuan hendaklah diserah sebelum atau pada 06 JANUARI 2017. Rayuan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

5. Borang permohonan online yang diisi mestilah lengkap. Jabatan berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang diberi tidak benar.

6. Borang pemohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak dan dihantar/ diserah ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah (UPI, PAID) yang berhampiran dengan disertakan dengan salinan surat beranak dan K/P murid, salinan K/P ibu dan bapa serta salinan keputusan PSRA dan UPSR.

7. Jabatan hanya meluluskan permohonan dan menawarkan tempat belajar sahaja. Urusan berkaitan penempatan asrama di sesebuah sekolah yang dipohon, ibu bapa hendaklah berurusan langsung dengan pihak sekolah.

8. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan selepas bulan Mac 2017.

CARA MEMOHON 

a. Sila layari http://semakan.jais.gov.my/ atau Rayuan Kemasukan Murid mulai 28 DISEMBER 2016 – 06 JANUARI 2017. Rayuan yang dibuat sebelum 28 DISEMBER 2016 tidak akan diproses.

b. Sila baca dan ikut arahan yang dipaparkan.

c. Tarikh tutup permohonan ialah pada 06 JANUARI 2017 (Jumaat).

d. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah (UPI, PAID).

e. Status permohonan boleh disemak di http://semakan.jais.gov.my/ selepas 15 JANUARI 2017.

Nota : Pemilihan dibuat berdasarkan kepada permohonan yang memenuhi syarat . Calon dipilih berdasarkan pencapaian terbaik/ tertinggi dalam peperiksaan PSRA dan UPSR serta memenuhi keperluan penempatan di sekolah yang dipohon. Rayuan yang dibuat untuk pertukaran ke SAM/ SAMT yang lain adalah tidak dipertimbangkan/ tidak diproses.

Categorized in: