Diam tak diam dah sebulan anak bersekolah…..dan dalam menempuh sebulan tu aku sampai sakit terperanjat kerana menguruskan anak2 gi sekolah…..perghhh memang mencabar minda dan kesihatan….namun demi anak yang kusayang demi anak2 nak pergi menuntut ilmu….kugagahkan juga walaupun sakit…..
Dalam sakit namun aku juga bahagia….dalam letih aku masih senyum….anak2 umpama nyawa….anak2 aku umpama semangat yang tak pernah suram…..benarlah kata orang…anak2 ni boleh jadi racun dan mereka juga boleh jadi penawarnya…..sewaktu aku keletihan anak2 seakan memahami …..walaupun kecil2….tetapi tanpa disuruh ada yang menanya…”mama sakit ker….??? pastu mesti ada yang menawarkan diri untuk memicit kepala….kadang sampai bergaduh kerana berebut nak memicitkan kepala mamanya….walaupun picitannya tak sekuat mana….tapi dengan jari jemari yang kecik dan halus begitu terasa amat melegakan….serius cakap memang hilang segala pening dan hilang segala masaalah…..
Ada juga yang cuba berusaha menyelimutkan mamanya apabila dilihat mamanya semacam kesejukkan…..walaupun dia kecil tapi dia cuba berusaha untuk membentangkan selimut supaya menyelimuti badan mamanya….ciuman penuh kasih dan sayang dari anak2 juga selalu menjadi penguat semangat dan penghilang segala kepenatan…..
Aku bersyukur kerana meiliki mereka sebagai anak2 ku…..gelak tawa mereka….jerit pekik tangisan mereka…semuanya ibarat lagu di hatiku……penat lelah….segala sakit aku akan hilang serta merta bila melihat anak2 tidur kepenatan selepas seharian bermain bergaduh sesama sendiri membuat sepah dan macam lagi….suci dan tenang betul wajah mereka…..kadang membuat aku rindu untuk mendengar suara mereka….serasa ingin ku suruh mereka membuka mata untuk ku tatap buat seketika…..
Ketika ini anak2 sedang bermain bersama….sambil ada yang memanggil…”mama…nak itu….mama dah pukul berapa….??? mama nak makan….
Tiba2….”mama….cinta ni busuk lah…..”aku pun check pempes cinta…..adoiii berak lah pulak…..ok aku nak cebok kan cinta dulu……
Babai…..
anak yang baik..
bila besar nanti ingat jasa mak dan ayah ye..:)
Seronoknya tengok org ada anak…
@LiFe KaMi
mudah2an….amin…
anak2 kadang menjadi racun kadang juga jadi penawarnya….
@DeCrewz
takkan seronok jer…tak teringin nak ada sendiri ker…?? hehehehe