Pernah tak korang rasa macam lecehnya nak kena bawak pencuci muka bila pergi mana-mana terutamanya bila pergi bercuti jauh dari rumah.
Aku ada rasa macam tu, sebabnya kalau pencuci muka jenis cecair kita kena simpan dan packing betul-betul supaya selamat dari tumpah.
Aku sendiri pernah kena macam tu banyak kali. Walhal aku rasa dah tutup elok, tapi mungkin sebab aku lasak pastu tertekan tiub pencuci muka tanpa sedar. Raba-raba dalam beg nak ambik pencuci muka sudahnya satu beg melekit dengan sabun. Sejak tu aku serik nak bawak pencuci muka pergi mana-mana. Ada tidak pun aku pakai tisu basah jer kalau nak bersihkan muka.
PEMBERSIH MUKA DALAM BENTUK KEPINGAN DAN MESRA TRAVEL
Pernah jugak aku terpikir kenapalah takder orang nak cipta pencuci muka yang bukan cecair, yang mesra travel supaya mudah dibawa ke sana sini dalam handbag tanpa risau pencuci muka tumpah.
Persoalannya, ada ker ??
Haaaa !!! inilah yang aku tak sabar nak bagitahu kat korang dari hari tu lagi. Finally wujud jugak produk seperti yang aku harapkan, dan kini sudah pun berada dalam pasaran.

kepingan pembersih Radian dalam bekas kompak yang mudah dibawa
Taraaaa….!!! amacam ?? canggih tak pencuci muka zaman sekarang ? mula aku ingat bedak kompak, sekali rupanya pembersih muka dalam bentuk kepingan. Apa lagi, aku terus test sekeping Radian yang berwarna pink.
Yang kepingan pink ni bau dia wangi macam bunga rose. Sesuai untuk perempuan dan yang warna putih pulak untuk lelaki so tak ada bau. Lepas pakai memang muka rasa segar dan sedikit tegang dan anjal. Terus aku rasa aku bakal awet muda kalau guna Radian setiap hari.

saiz poket yang mudah dibawa kemana sahaja
FILEM PEMBERSIH 3 DALAM 1 UNTUK WAJAH DAN BADAN
Kalau korang nak tahu ini bukanlah produk sabun kepingan pertama dikeluarkan oleh syarikat ZING+. Sebelum Radian, aku juga pengguna sabun basuh Detergent Film ZING+ yang memang memudahkan untuk mencuci baju ke mana-mana sahaja.
1 -2 keping Radian cukup untuk membersih keseluruhan wajah. Yang bestnya Radian juga kurang buih tapi masih efektif untuk membersihkan wajah.
Radian Cleasing Film juga bukan sahaja dapat membersih muka tapi boleh juga dijadikan sebagai make-up remover disamping dapat memberi kesegaran kepada kulit wajah selepas menggunakannya.
ZING+ Radian juga disediakan dalam bentuk yang mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai untuk semua jenis kulit.
- Rumusan yang tidak memedihkan mata
- Rumusan untuk kulit selembut bayi sesuai untuk semua peringkat umur
- Solusi penjagaan kulit, semua dalam satu yang mudah dibawa ke mana-mana
BAHAN KANDUNGAN DAN KELEBIHAN YANG ADA PADA KEPINGAN PEMBERSIH MUKA RADIAN
Filem pembersih muka yang inovatif bertindak sebagai penanggal solekan disamping menjaga kelembapan dan kesihatan kulit.
Royal Jelly tulen yang dihasilkan dari madu lebah asli Australia. Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa royal jelly dapat membantu dalam pembaharuan sel-sel kulit dan meningkatkan pengeluaran kolagen.
Aloe Barbadensis tidak menyebabkan kerengsaan dan alahan kulit dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia juga anti-radang, anti-mikroba, antioksidan, dan mampu melindungi kelembapan kulit .
Minyak Pati Mawar terkenal sebagai pelembab dan pemutih kulit yang dapat mengurangkan kedutan, jeragat, dan pigmentasi disamping memelihara keanjalan kulit .
Asid Sitrik mempunyai kesan luar biasa dalam memperbaiki tekstur kulit. Selain itu, ia juga membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang telah mati, mengurangkan pigmentasi dan melembutkan epidermis, agar kulit tampak lebih putih dan cerah.
Witch Hazel Plum adalah pembersih dan toner muka dari alam yang tidak mengakibatkan kerengsaan kulit. Ia mampu menghasilkan kulit yang lembut, licin dan bersinar. Kandungan astringen semulajadi dalam witch hazel plum dapat mengurangkan bengkak dibahagian bawah mata, mengecilkan dan mengetatkan liang pori-pori, serta membasmi masalah jerawat.
Radian Cleansing Film juga buka sahaja sesuai untuk kulit wajah tapi boleh digunakan sebagai sabun untuk mencerah kulit badan.
CARA MENGGUNAKAN RADIAN CLEANSING FILM
- Keluarkan 1 – 3 keping filem pembersih muka ZING+ Radian dengan perlahan. Pastikan tangan anda kering apabila mengeluarkan filem tersebut.
- Cairkan filem pembersih muka secara lembut dengan air selama 3 saat
- Sapukan buih yang terhasil ke seluruh wajah dengan gerakan membulat
- Bilas seluruh wajah dengan air suam atau bersihkan dengan kapas muka
Dalam masa 1 minit muka akan bersih dan terasa sangat segar.

hasil muka guna Radian sebelum raya…
HARGA PENGENALAN RADIAN CLEANSING FILM
Untuk harganya pulak mungkin korang rasa eh macam mahal jer, tapi sebenarnya ada cara untuk korang beli dengan harga yang murah, kalau korang beli 1 box , korang juga yang akan dapat 3 box refill yang korang beli secara berkongsi atau beli dan kemudian jual pada kawan-kawan yang berminat. Nak lebih jimat beli kongsi sekali 3 box terus.

kepingan RADIAN bewarna pink dengan bau’an rose dalam kotak merah untuk wanita
Jujur aku katakan memang tak rugi beli sebab sangat berbaloi untuk digunakan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Contact Person : CJ Winners 019-7503887 / Adrisha Affendi 012-6821248
1 Box Radian – 200films : RM 199 including postage to West/East Msia (Newly Launched)
3 Box Radian – 600films : RM 471 including postage to West Msia +RM 25 postage to East Msia
Selamat Mencuba !!
bagusnya inovasi dari pencuci muka sedia ada. awat bijak sgt nih? hehehe.. bes baca..
bila manusia semakin bijak untuk hasilkan keperluan manusia zaman moden….terima kasih singgah baca
Menarik, tak payah pening kepala bila sabun tumpah dah
Letak je dlm handbag..bila2 masa pun senang nak guna. Terbaiklah!!
Bagus ni.. mudah di bawak travel .. tak risau sabun tertumpah n kotorkan baju2..
bestnya.. Ina pun dah guna radian ni.Memang betul nampak perubahan pada wajah.
Yup sgt handy! Senang bwk especially travel
Laa.. kalau tak baca article ni mati-mati ingatkan compact powder..