Salam semua, entry kali ini aku nak berkongsi dengan korang satu pengalaman aku pergi melawat Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Manalah tahu mungkin ada antara orang yang kita kenal khasnya kaum wanita mempunyai masalah akhlak, moral, gejala sosial, hamil diluar nikah dan lain-lain. Dari mereka dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang bantuan sebaiknya halakan mereka ke tempat yang lebih baik dan selamat.

Sebelum sampai ke sana aku tertanya juga pada pegawai MAIS yang bertugas macamana mereka boleh ke sana ? Adakah kerana paksaan ataupun secara sukarela.

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA DIBAWAH MAIS

Mengikut pegawai MAIS tersebut, mereka yang dipanggil pelatih boleh ditempatkan di sana atas beberapa sebab. Sebab pertama atas perintah mahkamah.

Misal kata ada wanita yang dibicarakan atas kesalahan-kesalahan tertentu, jika mahkamah merasakan wanita itu perlu mendapatkan pemulihan akhlak maka nak tak nak mereka terpaksa juga pergi. Dan ada juga yang datang secara sukarela kerana mempunyai masalah-masalah peribadi yang memerlukan bantuan.

Baca : Cara Membayar Fidyah Melalui MAIS Dan LZS Secara Online

Pusat Perlindungan Bukan Penjara

Pusat Perlindungan ini bukanlah seperti penjara yer. Dia lebih kepada sekolah berasrama. Aku sendiri rasa tenang sewaktu menjejakkan kaki disana. Suasana sangat aman tenang dan damai. Paling penting jauh dari hiruk pikuk bandar.

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN

Dan boleh dikatakan dekat sana lengkap dengan kemudahan asas. Ada asrama, ada surau, ada pelbagai aktiviti pengisian ilmu, ada kelas-kelas kemahiran dan ada juga Hari Kecemerlangan Pelatih.

Tempoh minima pelatih berada di pusat pun hanya 3 – 6 bulan atau lebih bergantung pada kehendak diri sendiri, perintah mahkamah dan juga kelakuan pelatih tersebut yang akan dinilai oleh petugas-petugas disana.

Ubah Diri Untuk Jadi Lebih Baik

Tak perlu rasa malu pada diri sendiri atau orang lain jika kita perlukan bantuan. Yang penting niat kita untuk ubah diri jadi lebih baik. Setiap orang pasti ada keinginan untuk jadi baik tapi tetaplah kita perlukan bantuan dan bimbingan dari mereka yang lebih tahu.

Aku ada kenal beberapa orang kawan perempuan yang masuk ke pusat tersebut secara sukarela. Dan memang nampak perubahan positif dalam kehidupan mereka. Yang mana sebelum ini jauh dari solat dan Al-Quran pun dah semakin faham yang hidup ini jika kita jauh dengan perintah Allah maka jauhlah juga kita dari rahmat Allah. Tapi jika kita sedar setiap ujian dalam kehidupan kita itu tanda Allah sayang, sesusah dan sesukar mana pun perjalanan hidup ini pasti kita akan dapat terima dan lalui dengan hati yang reda.

Objektif Penubuhan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan

Setiap wanita dilahirkan dengan takdir dan jalan cerita yang tersendiri. Terdapat mereka yang telah ditakdirkan hidup sempurna dengan penuh kasih sayang keluarga serta didikan agama namun ada juga yang hidup dalam serba kekurangan.

Jangan buntu jangan keliru, insyaAllah kami cuba bantu. Baitul Ehsan menguruskan perkhidmatan perlindungan, pemulihan dan kaunseling kepada kumpulan wanita dan gadis yang terjebak dengan gejala sosial dan akidah.

Kemudahan Yang Disediakan

  • Asrama
  • Taska
  • Bilik Perubatan
  • Bilik Kuliah
  • Perpustakaan
  • Bilik Lawatan Keluarga
  • Bilik Seminar
  • Musolla (Surau)
  • Kantin
  • Bilik Dobi
  • Dewan Terbuka
  • Tempat Riadah

Syarat Kemasukan Secara Perintah Mahkamah

  • Waran / perintah daripada Mahkamah Syariah
  • Tiada had umur
  • Tempoh kemasukan mengikut arahan yang telah ditentukan aoleh Mahkamah Syariah

Syarat Kemasukan Secara Sukarela

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaganya dilahirkan di Negeri Selangor atau
  • Masalah sosial atau masalah aqidah yang dihadapi oleh pemohon berlaku di dalam Negeri Selangor
  • Pemohon telah mencapai umur 13 tahun atau pemohon telah tamat pendidikan sekolah rendah selaras dengan Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Sekolah Rendah 2003
  • Membuat laporan polis yang memaklumkan hasratnya untuk menjalani pemulihan di rumah Pemulihan Majlis secara sukarela
  • Pemohon hendaklah membuat Akuan Sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah
  • Mengemukakan laporan perubatan terkini daripada mana-mana Pegawai Perubatan kerajaan atau Swasta
  • Tidak mental atau mempunyai rekod kesihatan mental (Psikitrik).

Program Yang Dijalankan Di Baitul Ehsan

  • Kelas Fardu Ain (Adab, Akidah, fiq wanita, ibadah, tahsin solat dan tajwid)
  • Kelas kemahiran (Jahitan / Kraftangan / Masakan)
  • Kelas Pengajian Al-Quran / Kuliah Maghrib
  • Usrah
  • Kawad Kaki / Smart Agro
  • Sesi Kaunseling (Individu/Kelompok)
  • Tuisyen PT3 / SPM
  • Ceramah Agensi
  • Kursus / Kem / Seminar Jati Diri

Hubungi pusat bantuan 03-3216 1286 dan dapatkan bantuan yang sewajarnya. Info lanjut layari https://www.mais.gov.my/bahagian-pemulihan-ar-riqab/ atau emailkan kepada pro@mais.gov.my

Facebook : Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan

Categorized in: