Tengah malam semalam, ada kawan post dalam group pasal satu video nih. Aku pun tengoklah.
Rakaman dari jauh tu pada mulanya just nampak asap tebal berkepul-kepul naik ke udara. Tiba-tiba masa dia zoom in kebabommmmm !!! MasyaAllah aku rasa macam depan mata aku jer bila satu ledakan teramat besar jadi sampai yang tukang rakam pun macam tak keruan kena impak gegaran dari letupan tu.


Apa yang terjadi sebenarnya ?
Rupanya 2750 tan baja Ammonia Nitrat telah meletup hanya disebabkan kerja-kerja mengimpal pintu baja dilakukan berhampiran. So percikan api dari mengimpal tulah punca letusan tersebut berlaku.


Lebih mengerikan bila ada yang zoom dalam letusan besar tu terakam susuk tubuh badan manusia yang terbang kerana letupan itu.
Yang pasti disebabkan itu kira-kira 100 orang dipercayai telah terbunuh. Kawasan letupan pula penuh dengan darah. Yang cedera tak tahulah pula berapa ramai.


Allahuakbar !!
Aku hanya mampu terbayangkan agaknya kalau kiamat nanti entah macamanalah keadaannya yer , mesti lagi maha dasyat. Bukan sahaja bumi hancur tapi langit pun turut runtuh.


Bila dah tahu pasal punca ni , aku teringat pada kes letupan tangki najis yang pernah terjadi dekat makcik aku sampai keluar muka depan suratkhabar dan jadi perbincangan serta jenaka dalam forum-forum online.
BACA : CERITA DI SEBALIK TANGKI NAJIS MELETUP
Bukan mereka fikir nak kasihan atau doakan kesembuhan pada yang menanggung akibatnya tapi lagi dicerca dan dikata-kata.
Waktu tu kalaulah aku tak memikirkan nama baik keluarga, gaduh pun gaduhlah.
Sekarang ni aku lagilah banyak ignore segala macam cacian dan kata-kata hinaan orang dekat aku hanya sebab diorang tak suka dengan apa yang aku buat.
Aku pun tak tahu apa yang salah sangat aku jadi Admin group FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Harga minyak naik ker ? ekonomi jadi meleset ker ? beras rumah dia habis ker ? bini dia lari ker ? laki dia khawin lain ker sejak group ni wujud kat FB ?
Sungguh aku tak faham ! Bagi aku group ni sama jer macam group MAHN , Siakap Keli , Oh Bulan , BBM , dan lain-lain group FB yang terlebih dahulu femes.
Tapi itulah kan manusia bila rasa dialah paling bagus dan hebat sampai dia rasa, kalau dia buat takper tapi kalau orang lain buat semua salah dan tak betul.
Apapun sekarang ni kita sama-sama doakan semoga warga Lebanon kembali kuat dan bersabar menghadapi ujian.
#PrayforBeirut #PrayforLebanon
kesian kat mereka semua.. dugaan buat dorg.. semoga mereka tabah hadapi dugaan.. harap klong pun tabah hadapi segala dugaan.. abaikan je apa org ckp.. dengki ada di mana2
Memamg seram tengok.. Nad tengk banyak sudut, dekat jalan raya, laut.. Menakutkan..
Ai tengok video dari atas kapal. Gegaran tu, takut nak tengok.