Sekarang ni tengah hangat bincang pasal ambil gambar “Saya Sudah” di booth PPV menjadi punca kes positif covid19 setiap hari meningkat.
Emm tak tahu nak kata apa. Bukan sebab nak kata ianya tak benar tapi ianya juga tak mustahil terjadi.
Masa aku pergi ke PPV di Setia Alam (SCCC) Rabu hari tu , memang macam nak masuk pasar borong gayanya. Memang ada segelintir orang langsung tak jaga jarak dan buat macam nak datang kenduri. Adakah sebab tempat itu PPV so takder risiko jangkitan covid boleh berlaku ?

Aku tak risaulah sangat pasal diri aku sebab aku masih imun terhadap serangan covid19, tapi aku risaukan mereka yang lain-lain yang masih belum dijangkiti, yang antibodi lemah, yang ada pelbagai penyakit berisiko, yang baru nak ambik dos pertama, yang baru nak lengkapkan dos kedua dan yang masih belum imun terhadap serangan covid pulak macamana?
Aku sendiri tanya dekat petugas PPV berapakah jumlah kehadiran sehari untuk vaksin? Dia jawab 10ribu orang sehari. Aku tanya lagi, 10 ribu sehari tu untuk satu Malaysia ker ? diorang kata tak, 10 ribu sehari tu untuk satu PPV.
Mungkin tak semua tempat sampai sasaran 10 ribu kehadiran sebab bergantung pada kawasan dan juga fasiliti yang ada di PPV.
Lepas Vaksin Terus Balik
Berbalik pada tajuk asal pasal ambik gambar dekat booth “Saya Sudah Divaksinasi”.
Biasalah kan , mungkin masing-masing teruja nak ambil gambar kenangan dekat booth “Saya Sudah” . Lagi-lagi bila dah lama tak keluar rumah. Dah dress up cun-cun takkan tak nak bergambar langsung kan ?
Bagi aku tak salah pun, tapi mungkin ramai yang tak sedar ataupun terlupa bahawa covid19 tu ada dimana-mana termasuklah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Tapi masalahnya yang PPV ni pun pergi sediakan tempat untuk masyarakat bergambar dah kenapa ? Tak tahu ke yang orang Malaysia ni kaki bergambar ? termasuklah aku. *ehehehehe
Kalau takder disediakan tempat bergambar tapi hanya ada pintu keluar mungkin takder yang gigih beratur panjang-panjang semata nak bergambar dekat booth. Percayalah ada jer yang sanggup merisikokan diri sendiri hanya untuk sekeping gambar.
Adalah lebih baik buat macam pergi klinik dan hospital , lepas dapat rawatan terus keluar dan balik. Takder pun nak bergambar bagai.
Untuk diri aku sendiri yang dah jadi bekas pesakit covid19 pun aku tetap buat self reminder, if nanti lepas vaksin aku nak terus balik jer. Tak naklah aku beratur panjang-panjang dan minta tolong stranger ambikkan gambar aku semata untuk updet “Saya Sudah”
Bimbang aku terbawa balik dan menjangkiti anak aku yang belum kena virus covid19.
Yang dah buat tu bersyukurlah jika masih selamat, tidak dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Pada yang belum minta fikir-fikirkan kembali. Lebih selamat untuk terus pulang ke rumah tanpa singgah kemana-mana. Its ok takder gambar kat botth yang penting kita sudahpun divaksin.
Virus Covid19 Masih Belum Jinak
Sedarlah yang virus covid19 sentiasa menanti peluang untuk menjangkiti kita. If kita selamat Alhamdulillah , jika tidak innalillah.
Sebab tu aku tak hairan bila baca berita ada lebih 200 petugas PPV disahkan positif covid19. Tak memasal mereka yang hadir ke pusat PPV hari itu juga diminta untuk menjalani swab test untuk tindakan lanjut.
Ikutkan sekarang virus covid19 yang ada ni masih dalam kategori virus liar dan masih belum dapat dijinakkan lagi oleh mana-mana perubatan termasuklah vaksin. Vaksin yang masuk ke tubuh kita hanya sebagai perisai sahaja. Bertambah lagi dengan varian-varian baru yang telah bermutasi menjadikan ianya semakin sukar untuk dirawat tapi semakin lebih mudah untuk dijangkiti.
Suka atau tidak, virus Covid19 ni ibarat satu kelahiran baru yang akan hidup bersama kita sehingga ke akhir hayat. Nak minta ianya hilang terus dari muka bumi ni memang mustahil. Ia hanya akan menjadi satu penyakit global yang baru dan pasti ada penawarnya, cuma lambat atau cepat sahaja ia akan ditemui.

So gais please ambik nasihat ini sebagai teguran sebab sayang. Bukan sebab jeles or what yer. Nasihatkan juga kawan-kawan dan ahli keluarga agar terus pulang ke rumah selepas mengambil vaksin.
Virus Covid19 tu masih belum faham bahasa kita lagi walaupun kita dah ambik vaksin dan ambik gambar bukti yang kita dah divaksin.
Ok gais, jaga diri selalu supaya kita semua boleh kembali kepada kehidupan normal kita.
Tu lah masalah nyer……org ambil gambar sambil pegang board tu. Ada juga yg pegi peluk board tu. Musim pandemic nie….mana lah boleh nak pegang2…….
Rawlins bertugas di PPV UKM setiap hujung minggu, insyaAllah. Kami bekalkan petugas yang jaga bahagian booth gambar dengan sanitiser dan wajib sanitise tangan setiap kali ambil gambar. Booth juga di sanitise insyaAllah.
Moga dipermudahkaan urusan kita semua.
Rawlins GLAM recently posted…Fear Street Part One: 1994 [Movie Review]
THis is sary right? For those who really want to take a photo of you at the booth make sure you bring along a spray with you.
Tekkaus recently posted…Dyson Omni-Glide Cordless Vacuum Review
ada betul dan ada yang kurang tepat. mcm khai , khairul aming tak patut bagi statment camtu sebab kebanyakan tempat sanitize. tapi apa pun betul juga selagi boleh avoid kita avoid.
kalau kita boleh elak.. elak kan saja.. tak dapat ambik gambar penuh.. selfie jer pun boleh.. simpan jadi kenangan..
Mus recently posted…8 Jenis Kopi Tenom Yit Foh Di Negeri Sabah Yang Popular
Aritu sebenarnya ada juga ambil gambar kat situ tapi cepat2 sembur hand sanitizer. Nt 2nd dose tak nak dah. Cukuplah selfie je.
Marshaliza recently posted…Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature| Water Based Moisturizer Bantu Masalah Kulit Kering dan Kemerahan
Bagi saya, nak ambik gambar tu tak jadi masalah pun. Kalau nak kata bahaya sebab dah ramai org pegang board tu, macam la kita takde pegang apa2 yg lain kat PPV tu. Kerusi, meja, tombol pintu, rel eskalator, butang lif tu semua pun ramai org pegang jugak. Yg penting, jaga SOP dan kerap basuh tangan la. Mcm yg biasa kita buat selama 2 tahun ni.
Ummi | Ummi Goes Where? recently posted…Visiting the Crazy House – Dalat’s Most Unique Attraction
Ada juga terfikir kak.. tapi konon ada kata ianya tak berjangkit sebab sentuhan, tapi kalau dah ko pegang muka, pagang handphone menajang tangan kering dan basah, mestilah ada jangkitan kan.. ermmmm
Sis Lin recently posted…ZIKIR DAN DOA HARI ARAFAH
Mungkin kena amik extra precautions dlm hal3 spt ini.. jom sama2 putuskan rantaian covid
Betul tu, kalau nak sangat gambar tapi tiada orang tlg gambar…selfie je la. Kita tak tahu pun stranger tu pembawa virus atau sihat kan.
Make sense juga kan apa yang cuba disampaikan.. lagipun takde sanitizer disediakan kat tempat bergambar ni.. even for para petugas kat situ.. if nak buat juga, kena la cepat2 sanitize our hands and phone la after bergambar..
I rasa ambil gambar kat booth memang no prob punya, cuma jangan sentuh anything, kalau ya pun kena sanitize after that plu time kat booth tu kena ada limit.
Sunshine Kelly recently posted…ASICS Celebration of Sport Collection
nasihat yang baik, tapi un hari tu minta je org ambilkan 🙂