Belum hilang penat balik dari Sanctuary Resort Cherating hari ahad semalam , esoknya hari Isnin masa cuti ganti Xmas sekali lagi aku merambu sampai ke Bangi pulak .

Bangi mana ? mana lagi kalau bukan ker Bangi Wonderland Theme Park And Resort . Taman tema air yang terbaru di Bangi . Dekat pun dekat , murah pun murah .

Nak tahu kenapa murah ? jeng jeng jeng …tengok promosi yang diadakan ini, tapi hanya untuk entrance pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja selama cuti sekolah .

Dan kalau korang nak pergi jugak Sabtu atau Ahad ni aku rasa masih sempat untuk korang beli secara online di 11street .

Harga kat online ni lebih 50sen jer . Tapi untungnya kalau beli online korang dah tak perlu nak beratur panjang berjela . Di sebelah kaunter kanan sekali ada kaunter khas untuk collect tiket dari online .

Kali ni aku pergi dengan second family aku iaitu geng Kelab Blogger Ben Ashaari . Paling penting , hari itu aku dapat sampaikan hajat anak-anak yang nak main air .

Budak-budak tak pandai menipu , kalau diorang kata best tu memang bestlah . Walaupun muka masing2 dah gelap tapi senyuman kepuasan tetap nampak terpancar dari muka diorang .

Ada yang bertanya pada aku pengalaman di Bangi Wonderland . Jujur aku katakan , secara keseluruhan’nya aku sangat berpuas hati dengan ke semua yang ada di Bangi Wonderland .

Air cukup banyak dan semua permainan pun jalan dan berfungsi dengan baik . Confirm datang lagi di lain masa .

Bagi aku sesuai harga dengan apa yang ada di situ .

Tips Sebelum Masuk Ke Bangi Wonderland

Antara perkara penting korang kena ingat sebelum nak masuk ke Bangi Wonderland ni ialah , pastikan korang dah makan siap-siap dan yang lain’nya pulak

  • jangan beli / bawak apa-apa makanan dari luar
  • jangan beli / bawak air tin / air manis dari luar
  • bawa air mineral lebih untuk minum kerana hanya air mineral sahaja dibenarkan untuk dibawa masuk
  • pakai selipar getah bukan selipar plastik
  • bawak duit tunai secukupnya untuk sewa pelampung , lokar dan membeli makanan

Safety First 

Kata dd yang paling aktif turun naik semua permainan kat situ dia cukup respek dengan lifeguard Bangi Wonderland yang begitu tegas dengan aspek keselamatan pengunjung . Diorang takkan lepaskan jika pengunjung enggan mematuhi peraturan bermain .

Teringat pulak aku kat Legoland . Diorang memang ikut syarat-syarat menaiki permainan . Kiranya safety Bangi Wonderland hampir ke tahap international gitu .

Sebab tu bab keselamatan anak-anak aku tak berapa risau sangat . Tempat rehat yang di bina pun betul-betul strategik . Jarak antara satu park ke satu park pun tak jauh . Anak-anak pasti akan melalui depan khemah rehat yang disediakan jika mereka ingin pergi dari satu kolam ke kolam yang lain .

Cinta yang darjah 1 pun mampu lepas main Insane Race

Sepanjang hari dari pukul 11:00 pagi hingga ker pukul 5:30 petang anak-anak tak merungut terlalu lapar disebabkan diorang tak perlu berjalan jauh untuk pergi ke setiap permainan yang ada .

Kemudahan Surau di Bangi Wonderland

Berhibur pun jangan sampai tak solat yer , kat Bangi Wonderland ada menyediakan surau yang bersih dan besar dan kemudahan telekung untuk solat .

Cuma aku harap management dapat ubah surau perempuan menjadi surau lelaki dan sebaliknya sebab tempat wuduk wanita betul-betul berhadapan dengan pintu masuk .

Setiap kali ada yang bukak pintu nak masuk surau wanita pasti nampak orang lelaki dan orang lelaki pun mesti akan ternampak orang perempuan yang terbuka auratnya . Sementelah ada segelintir pengguna tak reti nak tutup pintu selepas masuk . Jika surau perempuan di ubah ke bahagian surau lelaki pastinya masaalah seperti itu tidak akan timbul .

Kalau bawa orang tua dan bayi sila gunakan lif yang disediakan Bangi Wonderland . Lepas mandi manda sampai kulit jadi macam nigga korang boleh cuci muka kat Biopearl Bangi Gateway . Pastu bila lapar plak korang gi makan kat MMA Santai Corner Nilai makan mee udang , nasi lemak ayam goreng panas yang sedap atau laksa sarang dari kedai Kak Laila a.k.a ahkak viral .

Lets Get Wet !

Nikmati 16 Permainan Air Yang di Sediakan

Gelongsor Air
1. Body Slide
2. Spiralax
3. The Fall
4. Anaconda Trail
5. Insane Racer
6. Wonder Loop
7. Magic Funnel
8. Green Pearl
9. Boomeriang
10. Water Cannon
11. Surf Rider
Kolam
12. Pirate’ Bay
Sungai
13. Meander River
14. Typhoon River
Spa
15. Pirate’s Spa
Kanak – kanak
16. Kid’s Adventure

Harga Tiket Untuk Hari Bekerja , Hari Minggu , Cuti Umum & Cuti Sekolah ( Normal Price )

Warganegara

  • Dewasa – Rm58
  • Kanak-Kanak – Rm48
  • Warga Emas & OKU – Diskaun 50%
  • Baby & Kanak-Kanak bawah 90cm – FREE

Bukan Warganegara

  • Dewasa – Rm70
  • Kanak-Kanak – Rm60
  • Warga Emas & OKU – Diskaun 50%
  • Baby & Kanak-kanak bawah 90cm – FREE

**tips nak beli tiket murah tunggu ada offer menarik dari Official Bangi Wonderland  sewaktu perayaan dan cuti sekolah .

**sila rujuk website untuk harga sewa locker dan pelampung .

Waktu Operasi :

Isnin , Rabu , Khamis & Jumaat : 10.00 am – 6.00 pm

Sabtu , Ahad , Cuti sekolah & cuti Umum : 10.00 am – 6.00pm

TUTUP setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah , cuti umum dan cuti sekolah Singapura

Website : http://bangiwonderland.com.my/

Instagram : @officialbangiwonderland

Facebook : Bangi Wonderland Water Park

Selamat mencuba !

Galeri 

Categorized in: