Ramadhan bakal menjelang tiba kurang lebih 30 hari sahaja lagi dari sekarang. Inilah masa dimana semua umat Islam digalakkan untuk berlumba-lumba menyemai benih-benih pahala yang akan dituai diakhirat kelak. InsyaAllah
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Kita sedia maklum yang waktu pandemik ni agak susah untuk kita sendiri keluar mencari atau datang membuat lawatan ke rumah-rumah kebajikan untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya sumbangan makanan di bulan Ramadhan bagi menjaga kemasalahatan semua.
Mana tahu mungkin inilah peluang terakhir untuk kita berinfaq di bulan Ramadhan kerana segala amal kebaikkan yang kita lakukan pada bulan yang mulia ini akan diberi ganjaran pahala berlipat ganda oleh-Nya.
Alhamdulillah , pada tahun ini aku dan rakan-rakan blogger yang lain bersepakat untuk bersama-sama dengan pihak Lapowey menjalankan misi Projek Infaq Ramadhan 2021 sekaligus menyeru kepada semua badan korporat , individu yang berkemampuan untuk membuat sedekah infaq makanan kepada rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua, pusat perlindungan , pusat gelandangan dan pusat tahfiz . Tak lupa juga kepada frontliners seperti pihak polis, bomba, hospital dan lain-lain lagi yang bertugas demi agama, bangsa dan negara.
KENAPA INFAQ DAN BUKAN SEDEKAH
Ada juga yang tanya aku kenapa kena infaq dan bukan sedekah ?
Infaq bermaksud membelanjakan harta ke jalan yang diredhai Allah SWT, manakala sedekah pula tidak semestinya dalam bentuk harta. Melemparkan senyuman juga satu sedekah.
Orang kata kalau kita dah ada niat untuk berinfaq teruskan sahaja dan jangan bertangguh. Lagi-lagi yang baru keluarkan segala macam simpanan harta seperti i-Sinar. Biar lebih berkat.
Aku sendiri dah plan dengan keluarga aku untuk sama-sama berinfaq makanan kepada mereka yang memerlukan pada Ramadhan tahun ini. Senang cerita kita yang dah tahu ni ajaklah juga orang lain untuk sama-sama membuat amal kebajikan dan sama-sama berkongsi pahala.
PILIHAN BAHAN BERKUALITI DAN PEMBUNGKUSAN YANG SELAMAT
Kita ni kalau nak sedekah makanan mestilah kena beri yang terbaik bukan setakat ala kadar atau asal boleh. Bayangkan perasaan orang yang terima makanan yang sedap, dah tentu hatinya gembira dan automatik mereka yang terima juga akan mendoakan yang terbaik untuk kita.
Mesti korang pernah terbaca ada rumah anak yatim dan pusat tahfiz dapat makanan yang dah basi . Sebab tu kali ni aku betul-betul kena pastikan pihak mana yang benar-benar bagus dalam menjaga kualiti bahan masakan mereka.
Selepas aku buat beberapa ujian rasa makanan dari dapur Lapowey, selain dari sedap aku dapati pihak pengurusan dapur Lapowey sangat menjaga kualiti bahan masakan dan juga cara pembungkusan yang korang sendiri boleh tengok gambar dibawah ini.

CARA UNTUK BERINFAQ BERSAMA LAPOWEY
Ok , now kita pergi ke cara bagaimana untuk membuat infaq makanan dengan pihak Lapowey.
Pihak peng’Infaq atau penderma hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang ada beserta kuantiti pax yang diperlukan.
– Terdapat 6 menu pilihan yang sangat sedap.
– Minima tempahan adalah sebanyak 100 pax
– Setiap set menu datang dengan sebotol air mineral dan kurma yang berkualiti.
– Harga set bermula dari serendah Rm8.
– Tempahan awal adalah digalakkan.

Kurma pun berkualiti. Anak aku yang kurang gemar makan kurma pun sampai kata “sedapnya kurma ni mama..”
Selepas tempahan disahkan, pihak dapur Lapowey pula akan masak dan seterusnya membuat penghantaran secara kepada rumah-rumah kebajikan terpilih atau yang di pilih oleh para peninfaq atau penderma itu sendiri.
Penghantaran mkanan adalah PERCUMA untuk kawasan sekitar Lembah Klang Sahaja. Untuk urusan penghantaran di luar Lembah Klang pula pihak peng’infaq atau penderma boleh berbincang lanjut dengan pihak pengurusan Lapowey.
Pihak Lapowey juga akan memuat naik bukti kepada pihak penderma dan media sosial (tanpa mendedahkan maklumat penderma) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.
Amacam semua ? senang jerkan nak buat pahala. Justeru itu buat kali penghabisan aku ingin menyeru kepada semua para individu yang dermawan dan berkemampuan termasuklah syarikat korporat yang sedang mencari peluang untuk berinfaq waktu Ramadhan nanti supaya menyerahkan tugasan ini kepada mereka yang sesuai dan amanah menjalankan tugas.
Yang bos-bos nak infaq makanan berbuka puasa untuk staff sendiri pun boleh. Infaqlah juadah berbuka puasa untuk 10 hari ker 20 hari ker atau nak infaq untuk 30 hari terus pun bagus.
Bukan selepas rezeki bos sahaja bertambah banyak malahan pahala pun dapat berlipat kali ganda. InsyaAllah, amin amin.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Infaq Ramadhan Lapowey sila hubungi nombor-nombr yang tertera dibawah.
Website : https://www.lapowey.com/
Facebook : Lapo Wey
Instagram : https://instagram.com/lapo_wey
Office : 03-77341278
Call/Wasap Person Incharge :
http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)
http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)
http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)
http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)
MENU PILIHAN UNTUK INFAQ
Untuk pengetahuan , kesemua menu dibawah ini telah aku nikmati masa meraikan harijadi aku yang ke 21 #ehh. Serius kata memang sedap dan sangat berbaloi dengan harganya. Lauk pauk seperti daging dan kambing pula mempunyai tekstur yang sangat-sangat lembut, bak kata Che Mat Gebu “mesra gusi..” .
So jangan risau kalau nak beri set lauk daging kepada orang-orang tua. Menu lain seperti Ayam Percik Merecik dan Ikan Masam Manis pula sesuai untuk kanak-kanak yang kurang makan pedas.
Setiap set datang dengan kurma dan minuman secara PERCUMA.
Kawan aku pun sampai kata “kalau macam inilah rasa makanannya, nak berinfaq pun taklah rasa malu…”
Set A – Briyani Kambing Tok Cu
RM14Set B – Ayam Percik Merecik
Rm8Set C- Briyani Daging Klate
Rm13Set D – Daging Salai Gomoncheh
Rm9Set E – Briyani Ayam Merah
Rm10Set F – Ikan Masam Manis
Rm8
#LapoweyXkbba9
#ProjekInfaqRamadhan2021
#JalanKeSyurga
#MurahMeriah
#SaidilaLifestyle
#kbba9
#kelabbloggerbenashaari
Boleh share nie, sebab Ramadhan pun makin dekat, pasti ramai yang nak buat amal dengan sedekah infaq
Nina dah rasa air tangan Dapur LapoWey ni memang sedap! Yang sedap laaa kita infaq kannn? Puashati menderma
Sedap-sedap pulak nampak seleksi masakan dari Lapowey ni. Nama pun catchy sungguh. Pembungkusan pun nampak kemas.
Teringin plak nk rasa daging salai masak lemak tu…
Tertanya-tanya juga apa beza infaq dan sedekah. Dah dapat pun jawapannya.
Bagus juga infaq ni sebab kita kurang didedahkan dan selalu bersedekah je kan. Atau kita dah biasa infaq cuma tak tau kita sedang infaq. Terima kasih share ilmu dan info
This is a good project. I’m happy that Ramadhan is near. Thank you for sharing this information with me.
Dah rasa makanan dari Lapo wey ni.. Memang sedap. Bagus nak berinfaq macam ni.. Semua pihak Lapowey uruskan
InsyaAllah. Nanti nak join la projek macam ni. Mudah la semua Lapowey uruskan. Bella kena cari tahu lagi tntang “menginfakkan harta ke jalan Allah” dan beza dgn “sedekah” . Semoga harta kita berkat.
Terima kasih sebab share pasal peluang menambah pahala sebegini. InsyaAllah akan ramai yang join kelak sebab orang Malaysia nie banyak yang pemurah.
Banyak pilihan menu dia laa.. kalau time puasa, mesti blur nak pilih mana satu.. alhamdulilah bersama mengajak semua untuk infaq saham akhirat.. moga mendapat keberkatan dari Allah swt..
Sis Lin recently posted…WAGYU TEPPANYAKI SET LUNCH DI RESTORAN AWAGYU, HANYA SERENDAH RM58 SAHAJA!
Bagusnye Lapowey buat program macam ni. Terliur dah tengok menu dia.semoga program gini dapat membantu mereka yang memerlukan
Bagus bila ada saluran yg kita boleh infaq pd mereka yg memerlukan. Dan makanan pun nampak sedap sangat
menarik ada perkhidmatan macam ni, nak berinfaq menu makanan time bulan puasa nanti tak perlu susah-susahkan? takde alasan tak infaq. semua hujung jari jer
huda halid recently posted…Juara #AJL35 – Gila Nyanyian Kaka Azraff Penuh dengan Mesej
Bagusnya. Harap ada banyak lagi la company yang ada inisiatif sebegini, dan bukan di bulan Ramadan saja.
Ummi | Ummi Goes Where? recently posted…Visiting Lake Baikal – The Deepest Lake in the World
New word learned today, infaq. Kind of first time dengar juga perkataan ni.. sebelum ni selalunya guna ‘sedekah” jer.. Boleh share dengan rakan2 yang ingin beramal time puasa nanti la.. good initiative and memudahkan mereka yang ingin berinfaq juga dengan adanya package macam ni..
Cara LapirWey sgt menarik lglah klu betamal pd bln puasa nti tentu ramai yv nak brrinfaq terutamanya company besat
Seronok berinfaq kalau menu macamni, sedap2 semuanya
Marianna recently posted…Projek Infaq Ramadan Melalui Dapur LapoWey Memudahkan Penderma
Lebih memudahkan mereka yg ingin berinfaq kan. Alhamdulilah. Terasa mcm nk join infaq ramadhan tahun ni… Moga ada rezki hendaknya