Wahhh kecoh sudah pasal isu Popcorn brand Garret katanya tak HALAL. paling kelakar bila ada netizen up “nasib tak pernah rasa nak beli..” atau “ohh patutlah tak terbuka hati nak rasa , rupanya benda haram ..” tu takper lagi , ni siap komen macam2 tu yang aku rasa nak bagi penampar. Bagi akulah kan , yang suka deny itu ini secara umum itulah yang suka melahap tapi buat kenyataan nak sedapkan hati.

Menurut perkongsian di FB juga ramai yang dah mula menolak untuk membeli popcorn tersebut selepas pihak Garret menjawab soalan netizen ianya tidak halal telah tular dilaman sosial. ( dah kenapa ayat aku cam skema sangat weihh !! )
Oleh kerana aku tak tidur lagi so dengan rajinnya aku meng’google pasal cert halal Garret di Malaysia selepas aku perasan yang soalan dan jawapan yang tular tu datang dari negara jiran kita iaitu Indonesia.

Apa kata korang refer artikel ni yang dikeluarkan oleh detikfood.com
Yang pasti popcorn Garret di Indonesia tiada sijil Halal. Tapi bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan popcorn Garret yang sedap namateyy tuuu tidak ada menggunakan bahan yang tidak halal katanya.
Kadang kena faham jugak, mampu ker benda yang nak dipasarkan diseluruh dunia guna bahan yang sama untuk mengekalkan rasa ? Tapi biasanyalah, bila dah worldwide mesti ada perubahan bahan. Tak banyak sedikit tu mesti ada. Kadang diorang gantikan dengan bahan yang hampir sama.

Tapi bagi aku juga tak salah pun untuk kita menjauhinya kalau ragu-ragu. Benar masih banyak lagi makanan halal yang ada diluar sana.
BACA : NASI LEMAK SAMBAL UDANG PETAI HALAL DI KOREA

STATUS HALAL POPCORN GARRET MALAYSIA
Berbalik pula pada status popcorn Garret di Malaysia pulak yer guyzz.
So, Halal ker tak ? baca kat bawah ni dan nilaikan sendiri. Tapi bagi yang masih was2 better stop makan. Yang yakin boleh teruskan makan sampai kenyang.
Kalau tanya pendapat peribadi aku , aku yakin jert pasal bahan dan pembuatan popcorn Garret nih cuma aku tak berpeluang untuk beli jer. Paling tidak beli popcorn time nak tengok wayang jer. Yang tu pun aku rasa kita tanya gak ada halal ker tak , nama popcorn pun ikut nama tempat wayang yang jual. Lagi haruuuu !!!


Tq for sharing! Meh singgah artikel ni pulak, Pakej Katering Selangor,brain booster, Kereta Sewa Shah Alam, Cara Kempiskan Perut Dengan Cepat dan Perut Buncit
Mencari rezeki pergi ke hutan,
Turun ke laut menahan jaring.
Jaga santap dalam hidangan.
Menjadi ia darah dan daging.
Wan recently posted…Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan permohonan PTPTN?