“Ramadhan tiba Ramadhan tiba , marhaban ya Ramadhan mahaban ya Ramadhan”
Makin lama makin hot pulak promosi Buffet Ramadhan disana-sini . Tak terkecuali juga RESTORAN ME’NATE STEAKHUB yang pada tahun ini cuba membawa kelainan dalam penyajian pakej buffet berbuka puasa yang berbeza daripada tahun -tahun yang sebelumnya.

Me’nate Steakhub di Shah Alam
Nak tahu apa yang lain, kenalah baca entry ni sampai habis yer kawan-kawan.
WESTERN & LOCAL DELICACIES BUFFET
Bertemakan “Western & Local Delicacies Buffet” yang pastinya Buffet Ramadhan di Restoran Me’nate Steakhub dapat memberikan keunikan tersendiri dengan menyediakan 3 set menu yang menyediakan hidangan buffet barat dan tempatan yang berbeza dan bersilih ganti setiap hari kepada pelanggan untuk dinikmati.

its pudding….
Restoran Me’nate Steakhub juga turut mengetengahkan konsep gerai untuk menampilkan kalainan dan pilihan mengikut kategori hidangan . Setiap gerai mempunyai menunya yang tersendiri.
Dengan hampir 40 jenis hidangan setiap hari yang terdiri daripada seksyen pembuka selera , salad dan sup, gerai daging dan ayam panggang, seksyen mee, pencuci mulut dan juga seksyen minuman sejuk dan panas tururt disediakan untuk para pelanggan.

mee goreng ni tambah ngan cili ker sambal ker lagi umphhh rasa dia

aneka kuih muih Melayu

kentang herba…sesuai untuk orang yang nak diet

pasta dia memang berkrim, ayam goreng rangup dan sosej tu pun sos dia sedap
Selain menghidangkan menu ala barat, Restoran Meneate Steakhub juga turut menghidangkan set-set nasi seperti Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Beriyani, Nasi Arab yang bagi aku memang set nasi terbaik aku pernah makan setakat ini dan juga pelbagai lagi juadah bagi memenuhi kehendak para pelanggan yang ingin menjamu selera di Restoran Me’nate Stekhub.

memang gabungan yang sedap

Nasi Beriyani Arab

Ayam Kabsah
LOKASI , PARKING & SURAU
Untuk pengetahuan korang, Restoran Me’nate Steakhub mempunyai 4 cawangan restoran di lokasi yang berbeza. Kesemua cawangan ini menyediakan menu dan konsep yang sama.
Shah Alam
Shah Alam, Malaysia 40000
Ampang Jaya
Kuala Lumpur, Malaysia 43650
Bandar Baru Bangi
Kuala Lumpur, Malaysia 43650
Setapak
Kuala Lumpur, Malaysia 53300
Ok ! jangan lupa starkan page ni tau , senang korang nak buat rujukan balik.
Parking : Bab parking korang jangan risau, so far lokasi yang Restoran Me’nate Steakhub pilih semua yang mempunyai kawasan yang mudah nak parking dan banyak petak parking.
Kemudahan Surau : Kalau ikut pengalaman aku yang agak rajin berkunjung ke Restoran Me’nate bila ada lebih rezeki, pihak restoran memang ada menyediakan ruang solat ditingkat atas restoran. So korang tak payah kalut pening nanti nak solat kat mana.
Tips Berbuka Puasa Di Luar : antara tips yang aku sentiasa praktikkan bila nak berbuka diluar ialah dengan berwuduk awal , jamah sikit makanan untuk berbuka kemudian solat, lepas solat baru aku sambung makan balik.

kaunter air….air jagung tu memang diorang blend jagung oiiii

aaaaaaaaaaaaa…….

Sup Brokoli, sesuai untuk pelanggan yang ada anak kecil
HIDANGAN RUSA GOLEK SEBAGAI SATU KELAINAN
Jika kebiasaannya kita dihidangkan dengan kambing golek sebagai tarikan utama di mana-mana Buffet Ramadhan , tapi di Restoran Me’nate Steakhub yang memang terkenal dengan hidangan panggangnya telah membuat kelainan dengan menjadikan Rusa Golek yang segar sebagai menu istimewa yang unik pada setiap hari sebagai tarikan utama sempena menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini.

cuba teka yang mana satu daging rusa yang mana satu daging lembu
Dan bagi korang yang tak berkesempatan untuk menyertai hidangan berbuka puasa secara buffet, korang yang nak makan steak atau hidangan barat ala carte yang lain masih boleh datang ke restoran selepas jam 8:30 malam sehingga jam 11 malam.

Lamb Syabu namanya

nak acah-acah diet , tapi semuanya sedap….
HARGA PAKEJ BUFFET RAMADHAN ME’NATE STEAKHUB
For sure korang akan terkejut dengan harga yang diperkenalkan oleh pihak Me’nate. Bagi aku dengan hidangan buffet yang agak mewah, dimana korang boleh menikmati makanan barat dan makanan Melayu pada satu masa yang sama, Restora Me’nate Steakhub telah meletak harga seperti ini :
Dewasa – Rm79.90 ( 12 tahun dan keatas )
Kanak-kanak – Rm39.90 ( 5 tahun hingga 11 tahun )
Pembelian pakej Buffet Ramadhan bermula jam 6:30 petang sehingga 8:30 malam.
Penerangan sedikit tentang masa, Ada yang kata rugilah bayar harga sebegitu tapi cuma dapat makan sekejap jer. Dia macam ni, bermula jam 6:30 hingga 8:30 tu waktu untuk booking buffet sahaja, tapi korang yang dah beli pakej buffet ramadhan tu boleh makan sampai pukul 9:30malam. Selepas jam 8:30, barulah pelanggan yang datang dicaj harga ala carte.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi : Cik Aidah 012-2944425 atau Encik Farid 011-27058455

ada 3 set menu berlainan

bersama Haji Nabil yang sangat sporting

semoga Haji Nabil berjaya dunia akhirat
Selamat Menjamu Selera dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan !
Rusa Golek tu sedap, lembut ja
best. moga ada peluang ke sana lg
Rusa golek tu… Rusa golek tuh…!!
Oh my oh my.. RARE!
Ada rezeki nak bawak family berbuka kat sini
Tingin nak rasa rusa golek tu!
Teringinnya makan kat Me’nate ni. Tengok harga bufet terus wooowww, murah tu. Bolehlah pergi buka puasa nanti.
best baca entry akk.. terliur yanie dbuatnya tau.. lama dah teringin nak ke sini tp slalu je termiss huhuh.. amboi gambar kaknani makan.. walaupn dkaburkan nmpk siapa org nye hihih…terliur ai dbuatnya…
Menate ni hj nabil punya ke? Dgn hrga yg dterkn tu memang berbaloi giler dh. Tk penah singgah sini bila dtg kl.
Aduuhhh,,,.. Jadi ingin cuba Rusa Golek tu sedap. Teringinnya makan banyak-banyak.
Bestlah resepi yang sedap-sedap semua ada kat Me’nate.
semuanya sedap sebab chef yang masak kat me’nate semua yang terbaik
Terima kasih kak informasinya, ingin aku makan semua tu.
Semua pasti sedap tu, I like it.