Sehari sebelum umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan Al Mubarak , satu sesi fotografi yang dirancang dalam masa yang singkat telah berjaya diadakan . Pusat Perlancongan MATIC juga telah berbesar hati menaja lokasi untuk sesi photoshoot pada hari itu . Tak sangka MATIC mempunya kawasan dan persekitaran yang cantik untuk  sesi fotografi . Kawasan  pada hari itu juga dihias dengan sangat cantik kerana terdapatnya pameran dari Negeri Sabah .
Sesi Make Over
Pada hari itu seramai 34 orang blogger lelaki dan wanita Kelab Blogger Ben Ashaari telah melibatkan diri untuk sesi bergambar pada kali ini . Ada yang datang sewal jam 8:00 pagi bersama 19 orang MUA yang telah melapangkang masa untuk memberi khidmat kepada blogger untuk dicantikkan . Aku sendiri tak terkecuali untuk mendapatkan sentuhan MUA yang berbakat dan hebat . Padahal aku cuak sebab dah lebih 10 tahun kot muka aku ni tak bertampal mekap walau secalit gincu . Aku cuba mengelak tapi nampaknya aku tak berjaya .
Sebelum muka aku ditampal ngan mekap aku pesan pada MUA Rose yang aku nak mekap yang paling natural tapi pantas . Rata-rata aku tanya memang  semuanya mengambil masa 1 jam untuk siap . Ohhh my…panas kot punggung aku kalau kena duduk 1 jam sebab mekap . Akhirnya MUA Rose bersetuju untuk memberi sentuhan ajaib nya kepada aku . Asal MUA ikut kehendak pelanggan , aku rasa pelanggan pasti takkan ada masaalah .
Pada hari tu juga aku tengok blogger perempuan bertukar 360 darjah celcius terus . Yang tak cantik jadi cantik iaitu aku dan yang dah sedia cantik lagilah bertambah-tambah cantiknya  ….maka naiklah saham blogger-blogger perempuan pada hari itu . Masing-masing tak nak lepaskan peluang untuk bergaya dengan pakaian dan instant shawl dari DEEA BOUTIQUE . Tak lupa aksesori pin hijab comel dari VONAISH sebagai pelengkap gaya .
Manakala blogger lelaki pula tak ketinggalan menggayakan busana EMIN MADROSA dan tak kurang ada juga yang membawa koleksi baju dan jubah sendiri .
Ditaja Makanan Yang Enak
Sementara nak tunggu semua retis bersiap perut pun dah berkeroncong , untunglah ada penaja makanan yang enak dari Cafe Cerita Kambing dengan pantas menyiapkan 80 pax Nasi Beriyani bersama 2 lauk singnature mereka yang paling top iaitu Ayam Masak Merah dan Kambing Beriyani yang disertkan sekali bersama acar buah . Nasi Beriyani tu mula-mula aku tengok macam sikit jer..lalu dalam hati aku seorang gemok pun bekata “ehh cukup ker nih..” tapi bila dah mula makan awat tak habis-habis , rupanya berasa basmathi yang digunakan adalah punca perut aku kekenyangan .
Paling aku suka dengan Set Nasi Beriyani Cafe Cerita Kambing ni selain dari sedap , nasi ni pun boleh tahan lama . Mesti korang nak tahu tahan yang bagaimana aku maksudkan . Begini , masa semua dah siap berkemas nak balik aku ambik 2 set nasi yang belum berusik . Pukul 11 malam aku lapar dan aku nampka ada lagi 1 set nasi yang belum dimakan , aku bajet mesti dah tak elok nasi nih sebab dah lebih 12 jam kot dalam bekas . Rupanya masih elok dan masih sedap , maka habis licin aku makan sambil menjilat jari jemari .
So aku simpulkan yang kalau korang bercadang nak buat apa-apa program kat luar yang mengambil masa lama , elok korang tempah Set Nasi Beriyani dengan Cafe Cerita Kambing . Lambat makan pun takper sebab dijamin lambat basi .**ayam masak merah dia memang sedap ….haishh
Nahhh berita baik untuk korang …kebetulan Cafe Cerita Kambing tengah buat Buffet Ramadhan . Tunggu apa lagi bhai , poie lah sana dan nikmati sendiri .
Senarai Penuh PenajaÂ
Lokasi : MATIC
PhotoG : ABANG DINO & LALA HUSNA
Baju / Jubah / Instant Shawl Blogger Wanita
FB : DEEA BOUTIQUE
IG :Â DEEAÂ BOUTIQUE
Jubah Blogger Lelaki
IG :Â EMIN MADROSA
Pin Hijab
FB : VONAISH
IG : VONAISH
Makanan
FB : CAFE CERITA KAMBING
IG : CAFE CERITA KAMBING
Banner & Props
FB :Â DALIZ GRAFIK
IG : DALIZ GRAFIK
Make Up Artist ( MUA )
RITA RAHMAN & ARTISTIC TEAM
Senarai Penuh Instagram MUA ( Make Up Artist )
- Rita Rahman @ritarahmanmua
- Wiwin @makeupbywinwin
- Fetriany Laribe @fetriany
- Farizsha @farizsha_mua
- Nana@put3ratnasari
- Alkazam@alkazamdacute
- Mimie Zoll@makeup_mimiezoll
- Rai@raihana.basar
- Mojie @iamizuansani
- Aresue @aresue86
- Syud@syuhada_said
- Maryam@wearemarymary
- Erin Lokman@makeup_byel
- Hasliza @_violetgrape
- Farina@farinabasneemakeup
- Fida Ramli @byfidaramli
- Wanie @wanie_touch
- Rose @byrmroses
- Zana Zack @zanazack
Make Over Saidila by MUA Rose
Berbeza sungguh wajah seorang Saidila selepas kena mekap , tapi aku suka sebab MUA Rose mekap aku tak tebal jadi senang nak cuci dan yang penting aku tak rasa berat dan rimas . Sebenarnya nak make -up seorang Saidila agar kelihatan natural rupanya lebih susah dari nak make-up seorang untuk kelihatan diva. Tq MUA Rose …semoga berjaya dengan kerjaya yang disukainya .
Jom layan gambar-gambar yang tak seberapa dari aku , nanti ada masa aku topap lagi gambar . Kalau korang nak tahu tepon aku pun dah tak banyak gambar aku tapi penuh gambar dengan budak 2 ketul kat bawah ni . **huhuhuhu
Galeri
Dikesempatan yang ada ini juga , aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan blogger tersayang . Semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia hingga akhirat dan semoga Allah menerima amalan kita dengan sebaik-baik amalan .
Video Pre Official by Afiq Halid
https://www.youtube.com/watch?v=CU5dhPuKb2Y
Pic sy xde. Sobs. Hohoho
YB Shehan recently posted…HANNAH DAMIA & 1ST DAY PUASA
huishhhh bersepah kot gambo awok kat fb……
Wahh cun lah mekapnya…. kak dila mmg ratu
Shiqeen Sattar recently posted…Sekurang-kurangnya Sekali Seumur Hidup
yesss akhirnya…dapat gak gelaran ratu walaupun ratu steng….hahahaha
Puas bergambar, puas makan, puas berseronok. Hehe
kan kan…serba serbi seronok macam 1 keluarga
Memang enjoy hari tu…. semua best dan meninggalkan kenangan terindah sesama kita….
Nina Mirza recently posted…Bubur Lambuk | menu utama Juadah Berbuka Puasa. Jom try resepi mudah style Nina..
kan nina…nina pun gigih datang sebab tak nak lepaskan peluang yg sesekali kita dapat
bestnya.. dapat peluang jadi modelkan? inilah antara kelebihan menjadi seorang penulis blog.. ada peluang macam ni boleh share dgn kawan2..
anuar recently posted…Tutorial Download & Pasang Photoshop secara PERCUMA
yup….walaupun tak berapa fotogenik tapi sebab MUA dan photoG jadikan seorang saidila cam model plus size….ehehehe
yang penting peluang tu….
amboi…. tak agak2 posing… hahaha… nyampah la baca entry ni… jeles wooo..
rozita recently posted…Adik Hadi dan Sakit Telinga
yg posing over2 tu org lain..ai biasa2 jer……tapi tang catwalk jerlah ai win………….hahahahaa
Kaklong cantik !!
macehhh min yg cantik mata besar
cantiksangat muka akak..hehee
nadia johari recently posted…JOM LEMBUTKAN TUMIT KAKI YANG KERAS DAN DAPATKAN WAJAH YANG BERSERI DI HARI RAYA
ekekeke…MUA punya penangan gituuu…nad lagi comeii
Lawa dan kacak belaka bloggers KBBA9 ni yer hehe. Kak long make up lawa sgt, menaikkan seri natural beauty, suka!
berpeluh MUA ros nak mekapkan kak long ….biar nampak cantik tapi natural……sayang nani takder hari tu…huhuhu
Yang macam rumah kampung tu.. kt cafe tu ke?
nur yusuf recently posted…Puasa 19 jam – Ini alasan perbezaan waktu berpuasa
taklah nur…rumah tu baru buat sempena Pameran Sabah…tapi dekat dengan saloma bistro
amboi kakk .. gambor first tuu …
macam wanita melayu terakhir !!!! peewit !
hehehehe…..sesekali…itupun dah kontrol ayu tahap dewa dewi sukarno putri
cantik cantik belaka, mantop
ainul cantik…
pic saya pun tak der.. sobs gak