Assalamualaikum korang semua . Salam Jumaat !
Korang , aku nak tanya sikit boleh tak ? korang nak tak baca pengalaman pertama aku menunaikan umrah ? kalau korang nak baca insyaAllah aku akan berusaha tulis sampai ke akhirnya .
Tapi kalau takder yang sudi baca pun aku akan tetap tulis jugak sebab aku risau lama-lama simpan aku jadi hilang ingatan .
Rasa sayang pulak kalau aku tak tulis segala pengalaman yang aku lalui sebagai tanda ingatan dan kenangan menunaikan umrahku yang pertama .
Menyebutnya sahaja pun hati dah berputik rasa rindu .
Ku mulai kisah ini dengan Bismillahirahmanirohim .
Selepas melalui 2 hari perjalan pertama yang penuh dengan cubaan dan dugaan , tepat jam 1:15pagi waktu Dubai , aku dan dd pun berlepas ke Madinah . Penerbangan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke lapangan terbang Madinah .

gate flight menuju ke Madinah
Sebelum aku kehilangan signal internet , segala maklumat perjalanan telah aku maklumkan kepada pihak travel EPL . Disana nanti aku akan disambut oleh muasasah dan Ustaz Syaiful .
Alhamdulillah lebih kurang jam 3:30 pagi waktu Madinah aku dan dd serta jemaah dari travel lain selamat mendarat di lapangan terbang Madinah . Pada waktu itu Airport Madinah juga kelihatan lernggang dan sunyi . Banyaknya kaunter banyak jugaklah manusia . Aku ambik masa duduk dan memerhati lorong kaunter imigresen mana yang lebih cepat .
Mulanya aku berbaris dengan jemaah dari Turki dan Pakistan . Tapi bila aku nampak barisan diorang agak kecoh sikit , aku beralih pandangan dan perasan kaunter barisan jemaah Indonesia lebih lengang dan cepat . Alhamdulillah memang betul . Aku dan dd berbaris dilorong kaunter yang betul .
Turun dari esklator terus aku ke bahagian luggage . Melilau aku dan dd perhati dimana luggage kami berada . Oleh kerana dah lewat sehari mungkin sahaja luggage aku berada di kaunter luggage yang tak dituntut . Tapi sekali lagi rezeki menyebelahi aku dan dd . Elok jer terletak luggage aku di bahagian tepi conveyor dan dalam keadaan baik .
Segala proses melalui kastam semua berjalan dengan lancar . Keluar dari balai ketibaan , ternampak aku dengan Ustaz Syaiful iaitu mutawwif dan seorang muasassah yang akan membimbing dan mengurus keperluan dan perjalanan group kitorang untuk mengerjakan umrah .
Pagi Yang Dingin Menyambut Ketibaan Aku Di Kota Madinah
Keluar dari airport Madinah , udara sejuk mula dirasai . Mujurnya aku sentiasa pakai hoodies kelab kesayangan aku . Waktu itu suhu di Madinah mencecah 16 darjah celcius . Sempat dalam hati aku mengucap salam kepada rasulullah “assalamualaikum ya rasulullah , aku datang …terimalah kunjungan ku ini “

di luar airport Madinah
Memang sebelum jejak Madinah lagi dari KLIA dari hari dan minggu-minggu sebelumnya , mulut aku asik sebut “assalamualaika ya rasulallah , assalamualaika ya habibi ya nabi allah”
Semakin dekat dengan tempat penginapan, semakin rasa rindu dan tak sabar aku nak ziarah Rasulullah .
Sampai hotel masuk bilik , bersihkan diri tukar baju yang bersih dari dalam luggage . Pastu aku dan dd dah ready nak ke masjid memandangkan dah nak masuk waktu subuh . Oleh kerana 15 tahun yang dulu dd pun dah pernah ke Madinah maka takderlah aku minta izin atau beritahu mutawiff yang kitorang akan ke masjid subuh tu .
Jadi aku ni ikut jerlah dd jalan yang mana dia nak bawak . Kalau ikutkan jarak hotel aku dengan Masjid Nabawi memang tak jauh . Adalah dalam 100meter jer jaraknya .
Allahu seronok tengok keluar pintu hotel orang dah berpusu-pusu jalan kaki menuju ke masjid . Aku konfiden jalan sambil perhatikan suasana yang masih gelap disekeliling bangunan .

nebes pertama kali nampak Masjid Nabawi depan mata sampai tangan naik menggeletar
Jejak je kaki ke perkarangan Masjid Nabawi hati aku melonjak dengan gembira bercampur baur dengan rasa syukur , aku di buai rasa khayal dengan keindahan cahaya putih melimpah ke seluruh Masjid Nabawi .

payung Masjid Nabawi yang sebelum ni hanya tengok gambar dan di TV
Sejuknya lantai masjid masih boleh dirasa walaupun 2 lapis stokin aku pakai .
Hari pertama solat di Masjid Nabawi aku cuma mampu mendapat tempat bersolat di bahagian letaknya air Zam-zam . Tapi tak apalah , yang penting dapat solat Subuh pertama berjemaah di Masjid Nabawi . Kain putih yang mak bekalkan kepada aku untuk dijadikan sejadah pun aku bawa kemana sahaja aku pergi .

terus rasa haus tengok tong zam-zam
Alhamdulillah dengan sedikit research yang aku dah lakukan melalui pembacaan , pagi tu juga aku dah bersedia untuk memasuki ke ruang Raudah ( dimana terletaknya makam Rasulullah ) secara solo .
Kata orang bukan senang nak masuk Raudah , tapi entah kenapa aku disana tak pernah aku rasa diri sedang berseorangan , dan tidak timbul sedikit langsung perasaan cuak pada tempat pertama kali aku jejak bersama dengan ribuan manusiayang lain dari pelbagai negara .

i’am not alone
Walaupun zahirnya orang nampak aku berseorangan hakikatnya Allah sentiasa ada bersama aku , terlalu dekat dan terlalu hampir dengan aku . Seriusnya hanya itu yang aku rasakan .
Disana hati aku temui ketenangan yang tak pernah aku rasakan sebelum ni . Perasaan yang hadir dalam diri sewaktu aku bersujud dilantai Masjid Nabawi yang sejuk bagaikan menghilangkan segala masaalah keduniaan aku .

bila payung ditutup
Mak kata , bila kita kat sana automatik kita akan menangis tersedu-sedu .Tapi tak pulak rasa tu datang pada aku .Bagitu terukkah aku sehingga tidak merasa sedih seperti yang diberitahu mak ?
Aku andaikan rasa itu belum sampai lagi kepada aku sebab waktu tu aku lebih rasa teruja sebab dapat menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi yang selama ni aku hanya mampu tengok di gambar dan melihat di tv .
Kali ni bukan sahaja aku dapat sampai tapi dapat solat dan beriktikaf didalamnya .
Dan apa yang mampu aku lakukan ketika itu hanyalah memohon keampunan dari Allah SWT dan memohon diberikan syafaat oleh baginda Rasulullah di akhirat kelak . Hanya rasa syukur dan syukur dan syukur sahaja atas nikmat dan rahmat dariNya kerana menjadikan aku insan terpilih untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan bersolat di Masjid Nabawi .

terus masuk ke ruang solat wanita
Sungguh ianya satu perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata dan percayalah hingga ke saat ini , aku masih rasa rindu pada Madinah .
Boleh dikatakan jejak sahaja kaki ke Madinah rasa tenang tu akan hadir menyelinap ke dalam hati .
Kecuali pada orang-orang yang tidak membetulkan niat dan tujuan datang ke Madinah kerana apa dan untuk apa .
So next entry aku akan cerita tentang misi solo aku menziarahi makam Nabi Muhammad SAW di Raudhah .
Doakan moga I pun akan dapat kesana nanti naaa
Seronok dan sebak baca, moga ai pun ada rezeki ke sana nanti.
moga suatu hari dapat jejak ke sini
sebak plak huda baca. doakan huda sampai ke Tanah Suci juga satu hari nanti.
Seronoknya tengok akak dapat beribadah di Masjid Nabawi. Saya selalu nampak masjid ni dalam tv je.