Assalamualaikum gaiss . Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Aku doakan semoga Allah SWt menerima amal ibadah kita dan pada yang sedang menghadapi apa juga kesukaran dalam hidup aku doakan semoga korang redha dengan ujian dan dipermudahkan segala urusan olehNya.
Ok , tak nak cerita panjang-panjang sangat sebab nanti aku risau entry ni hanya jadi draft jer.
Kalau nak ikutkan banyak jer persiapan kita kena buat. Nak tahu senarai lengkap korang boleh rujuk entry kat bawah ni.

BACA : 10 TIPS DAN PERSEDIAAN RINGKAS JIKA INGIN TRAVEL KE LUAR NEGARA BUAT KALI PERTAMA
Before aku pinjam jer baju winter orang sebab cadangnya nak pergi tempat bersalji sekali seumur hidup kononya. Tapi, oleh kerana aku dah plan nak pergi lagi dan lagi. So nak tak nak aku kena ada sendiri punya. Bundle pun bundle’lah janji sendiri punya.
Awal tahun hari tu aku ada beli jugak 2 helai winter coat tapi aku terpaksa tinggalkan kat Airport Incheon sebab terlebih muatan. Tu aku kena beli lagi kali ni sebab Melbourne sekarang tengah musim sejuk.
So kat Sasuke aku dapat grab satu winter jacket yang labuh dengan harga Rm40 sahaja. And sehelai seluar jeans bersaiz aku beharga Rm15. Good bargain kan.
Untuk makanan aku beli , Tuna Chilli , Maggi Goreng , Maggi Kari Letup dan biskut-biskut tu semua kat Mydin.

Ubat pulak aku cuma bawak Panadol ActiFast sepapan dan bawak minyak fresh care untuk elak pening kepala dan sakit perut. Tapi harapnya aku sihat sejahteralah kat sana yer.
BACA : BELI SIMKAD TRAVEL UNLIMITED DATA UNTUK KE LUAR NEGARA
DECATHLON SHAH ALAM MEMANG BEST
Dan lepas Zohor semalam aku ajak dd pergi ke Decathlon Shah Alam , padahal Decathlon Subang lagi dekat dengan aku. Saja jer aku nak tengok Decathlon tempat lain.
So far aku lagi suka Decathlon Shah Alam sebab lagi luas. Staff pun nampak lebih peramah. Tak panggil datang pun diorang sendiri datang dekat dan offer diri nak bantu.

So jom tengok apa aku beli kat Decathlon, manalah tahu korang pun buntu nak pilih barang travel masa musim sejuk bolehlah kongsi-kongsi pengalaman.
KASUT WATERPROOF – kali ni aku terpaksa beli kasut jenis hiking yang waterproof , last time masa kat Korea aku pakai spray waterproof tapi sekejap jerlah tahannya. Sudahnya bila hujan kena hujan kasut dan stokin pun basah sama. Kasut ni aku dah test memang selesa dan grip. Harga Rm129

STOKIN – tiap kali ada trip aku kena dapatkan stokin baru untuk keselesaan plus stokin wool aku ada yang hilang sebelah. Harga Rm19

GLOVE – ni antara glove yang aku suka guna sebab sangat fit kat jari dan mudah nak guna untuk touch screen phone. Masa kat korea aku guna ni sampai tahap maksimum atau bahasa kasarnya guna sampai jahanam.Untuk tangan aku sesuai guna saiz S. Harga Rm39
BACA : GUNA KAD BIG PAY DI LUAR NEGARA ?

SNOW CAP – macam biasa tiap kali trip winter memang aku beli baru sebab yang lama anak aku buat main sudahnya benang tertarik dan jahanam. time winter aku memang suka pakai snow cap sebab boleh lindungi telinga dari sejuk dan sekaligus boleh buat tutup mata masa nak tidur. Harga Rm15

HOT PAD – aku beli jenis yang boleh pegang kat tangan bukan jenis sticker. sebab senang nak letak kat mana-mana body part untuk kasi perangat badan. Harga Rm12

SARUNG BEG – teringat kat Korea habis barang aku dalam beg basah sebab hujan. So kali ni kat Melbourne aku buat persediaan lebih sedikit. Harga Rm19

So itu sahaja serba sedikit persediaan ringkas aku kali ni untuk ke Melbourne. Jangan lupa untuk tunggu next story mengenai perjalanan aku ke Melbourne yer gaiss.
Jumpa lagi !
Hi Assalamualaikum, nak tanya panadol actifast tu kene declare kan masa dekat Melbourne Airport?
panadol kalau setakat sepapn dua tak perlu declare, letak dalam hand carry pun ok
[…] BACA : PERSIAPAN AWAL & RINGKAS UNTUK BERCUTI KE MELBOURNE […]