Asalamualaiukum ! Annyeaonghaseyo !

Haa sampainya tidak lagi tapi dah berabuk cakap Korea. Entry kali ni sajalah nak bagitahu kat korang yang ini adalah kali pertama aku musafir ke Korea pada musim Autumn. Musim yang banyak orang gilakan sebab dedaun maple dan ginko bertukar warna dari hijau ke merah , oren kuning dan kemudian jatuh berguguran.

Dan kali ni aku tidak ke Seoul tetapi aku akan ke Pulau Jeju. First time aku dengar nama Pulau Jeju ni dalam Kdrama “Jewel In The Palace”.

Ala cerita pasal pembantu dapur nama Dae Jang Geum yang akhirnya menjadi satu-satunya tabib wanita untuk raja pada zaman tersebut. Ia bukan sekadar kisah rekaan tapi adatapsi dari kisah sebenar.

Salah satu tempat penggambaran dalam cerita tersebut ada di Pulau Jeju dimana masa tu Dae Jang Geum dibuang dari istana dan dipindahkan ke Pulau Jeju untuk berkhidmat kepada askar-askar dan penduduk di Pulau Jeju.

Masa aku tengok scene-scene di Pulau Jeju aku memang terpegun melihat pemandangan indah yang Subhanllah indah sungguh. Sambil tengok tu dalam hati aku memasang impian ingin ke sana satu hari nanti.

Alhamdulillah selepas 16 tahun kisah tersebut ditayangkan akhirnya aku berpeluang menjejakkan kaki di Pulau Jeju walaupun atas urusan kerja.

Serius aku memang tak sabar nak menghirup udara segar di Pulau Jeju dan menjelajah sambil menikmati segala keindahan pemandangan di pulau tersebut.

InsyaAllah aku akan memandu disana. Walaupun aku nervous tapi demi impian besar aku dan duit jajan anak-anak, aku akan usaha buat yang terbaik.

So gais ini sedikit antara perisapan yang telah aku lakukan.

Check List Document

  1. Pasport ✅
  2. IDP (International Driving Permit) ✅
  3. Simkad Travel ✅
  4. Kwon ✅
  5. Arrival & Declaration Form ✅
  6. Itinerary ✅

Dalam itenerary tu ada senarai tempat lawatan serta aktiviti , alamat hotel dan senarai restaurant halal di sekitar Pulau Jeju.

Last but not least, sentiasa pesan pada diri jangan pernah berhenti untuk berimpian tinggi kerana berimpian juga satu cara kita berdoa kepada illahi.

Dalam masa yang sama juga kita haruslah berusaha. Tak rugi pun kalau kita berusaha lebih tapi lebih rugi kalau kita hanya berdiri disatu tempat untuk melihat sahaja.

So gaiss nantikan updet-updet aku pasal Pulau Jeju di Facebook aku yer. InsyaAllah kalau ada kelapangan juga aku akan memuat naik video-video di channel Youtube aku. Tapi jangan lupa subscribes yer kerana subscribe tu geratis sahaja gaiss !!

Jumpa Lagi !

Facebook : @saidila79

Youtube : Saidila Lifetstyle

Categorized in: