Awal pagi dah bangun….semangat nak cuba indoor games baru yang dinamakan BREAKOUT … bagi korang yang sukakan aktiviti dalam bangunan yang mencabar minda kesedaran kita…dan ini adalah jawapannya….permainan ini boleh dikatakan permainan misteri….untuk selesaikan korang kena pikir diluar kotak sikit….sama amacam games2 misteri , escape , solve the case dan macam2 nama games yang boleh didapati dalam apps telefon pintar korang…
Tapi yang ini real punya games….korang kena guna tangan dan otak kiri korang sikit….macam csi pun yer , macam detektif conan pun ada dan macam macgyver ada….
Rasa macam complicated jer kan….tetapi percayalah…..once korang dah masuk dalam tu….korang punya fokus akan auto download mood detektif….korang akan rasa satu perasaan yang buat korang kena berfikir dengan cepat dan pantas ….macam mana nak lepaskan diri dari satu bilik ke satu bilik sehingga korang keluar dari bilik ….
Sememangnya games ni memerlukan kerjsama dari setiap ahli kumpulan….so jangan nak rasa kekwat dan acah2 hebat….tiap ahli ada dia punya kelebihan masing2…..
Kelebihan2 tu telah diagihkan mengikut persetujuan setiap ahli sebelum korang memasuki bilik yang pertama…..setiap ahli akan mendapat peranan atau watak masing2 dalam permainan ini….**masa dengar taklimat jer pun dah rasa best weihh….
Takder yang lepak saja tanpa berfikir…..semuanya perlukan bantuan setiap ahli…..dalam satu bilik tu aku sedar dan nampak…..kita tengok saja tak jadi apa…tak akan membawa kita ke level yang seterusnya…kita nak berlagak seolah kita mampu buat segalanya pun takkan jadi biar kau rasa diri kau hebat camner pun semasa diluar….bila dah duduk dalam bilik tu…kau baru tahu apa itu saling bantu membantu….jangan sombong dan sila mainkan peranan kita masing2….
Jadi kalau ada dikalangan bos2 yang mempunyai pekerja2 yang nak bercekau jer kat tempat kerja…elok himpunkan semua tu dalam bilik kurungan…masa tu baru tahu erti kerjasama……
Orang yang nampak pandai pada zahirnya belum tentu dia akan nampak pandai dalam semua hal…ada orang yang tak pandai dia lebih teliti dalam memerhati keadaan sekeliling…..kita akan lebih berjaya bila kita bersatu…..itulah objektif BREAKOUT….serius aku suka…..
Ok….paham semua….??? baguss…
Sekarang aku nak cerita apa yang berlaku antara aku dan team aku…..
Team kitorang ialah TEAM 1….ahli2nya ialah Aku , Helena , Mar , Kak Sue , Ayu Jean dan satu2nya hero dari pinoy hari itu ialah Razi
Apa watak kitorang…??
Aku sebagai —-> Lock Master
Razi sebagai —> The Oracle
Helena sebagai —> Gemini
Ayu Jean sebagai —> Time Bender
Kak Sue sebagai —> The Scholar
Mar sebagai —> The Light Bringer
Apa tugas kitorang dengan watak2 yang dibawa….??
Lock Master –> peranan dia ialah mengingati kod nombor yang diberi…hanya LOCK MASTER sahaja yang kena ingat kod nombor rahsia dan kod tersebut akan digunakan dalam situasi tertentu….
Oracle dan 2nd Oracle –> kena mengingati dan kena meramal jugak klu2 yang diberi…dan hanya diorang jer tahu artifak apa yang diperlukan untuk disimpan dan dibawa….
Time Bender —> penjaga masa untuk memastikan semua berjayakeluar dan selsaikan misi dalam masa yang ditetapkan …kalau penjaga masa tak alert ngan masa yg diberikan maka desakkan untuk bertindak pantas akan kurang dalam diri setiap pemain…agak cemas dan berpeluh jugak bila TIME BENDER bagitahu masa semakin suntuk…..
Scholar —> sangat diperlukan bila masa dan keadaan menjadi sangat cemas dan genting sehingga SCHOLAR terpaksa digunakan juga disaat-saat akhir..
Light Bringer —-> peranan macam ringan… tapi tanpa LIGHT BRINGER maka gelaplah jalan dihadapan yang sangat hitam dan suram……
Situasi kitorang hadapi bedasarkan tema…tiap bilik atau game tu ada tema2 dia yang tersendiri….Tema Bilik kitorang ialah THE WAR FOR REMBRANDT …cerita disebaliknya ialah begini…..
Once upon a time…..” In the year 1942, a war widely known as the War for Rembrandt broke out between the Nuevo Union and the Hetzel Republic, separating the world into two regions. One fights for the preservation of art and literacy materials while the latter regards them as manipulative material used by the other to usurp world nations. The Hetzel Republic had confiscated and stored away thousands of artifacts in a secret underground station known as the Train Graveyard. As a rebel group who believes in the importance of art and literature preservation, you have located the secret station and are prepared to infiltrate and transport the artifacts out of the station with the help of the Nuevo Union. “
Begitulah sedikit sebanyak jalan cerita dan kisahnya…..berat tugas kitorang nihhh…..ok…paham semua….so lets breakout bebehhh…..
Walaupun nama game ni BREAKOUT…tapi korang jangan sesekali BREAK THE RULES atau BREAK THE ROOM….nanti aku BREAK YOUR HEAD baru ada akaiii….
Korang akan di bagi taklimat mengenai bilik2 yang ada….dan taklimat keselamatan semasa bermain…..game ni sangat selamat kecuali korang sendiri menjadikan ianya tak selamat sebab tak ikut peraturan….ado pahemm…?? tak paham tanya diorang ok…..
Adapun diorang2 diatas ini sedia membantu….jangan risau….korang akan dijaga oleh pembantu2 breakout yang ensemmm , jambu , cute , sado dan yang terlatih serta pantas…..
![]() |
Perbincangan antara Oracle dan Gemini |
![]() |
Baca arahan betul2….. |
![]() |
Ini model paling serammmm |
Selepas penentuan bilik….pembahagian watak pula ditentukan…**rujuk atas untuk watak2 team 1…. takder makna nak megelat…takder tugas yang susah dan takder tugas yang senang…..sebab itu kerjasama amat diperlukan….
![]() |
Hanya pemenang sahaja yang layak mendapatkan badge button kejayaan…. |
Kurang 1 saat nak habis masa dari 45 yang diberikan …Team 1 berjaya breakout…..aku ngan mar ngam semangatnya lari …ala amazing race nak tuju checkpoint…sekali kena panggil balik….dia kata….pintu dah bukak…itu tanda kita dah beakout….dengar khabar ada beberapa team telah menggunakan masa tambahan 5 minit yang diperuntukkan untk selesaikan misi…..
Leave a Reply