Hurmm ..perlu ker tak yer ? mari bincangkan .

Tertengok satu video kat facebook sorang budak kena langgar tapi tak nampak luka fizikal , aku cuma risau budak tu dapat kecederaan dalaman jer . Kalau tengok pada rakaman kamera kereta tu budak tu yang bersalah sebab keluar berlari dengan melulu tak toleh kiri kanan langsung . Tapi aku rasa budak tu pun tengah kelam kabut , mungkin dah lambat pastu nak kejar bas . Kereta tu pun kalau ikut tak berapa laju sebab kalau laju budak tu dah melambung jauh dan kemungkinan kena langgar lagi pun besar .

Perghh…tingginya imaginasi aku , tapi apa yang korang nampak mesti sama dengan apa yang aku pikir kan ? Dalam komen-komen yang aku baca ada yang menyalahkan driver sebab tak tolong membantu .

Saksikan….

Tapi aku faham kenapa driver tu tak turun . Pertama sebab dia pun terperanjat tetiba ada budak lari melintas dengan laju dan dia terlanggar . Kau ingat tak trauma ker lepas langgar orang walaupun kau tak salah . Keduanya kemungkinan besar dia akan dipukul oleh orang ramai yang melihat juga sangat besar .

Dalam keadaan macam tu orang ramai pasti akan jatuhkan simpati pada budak sekolah tu dan macam dah menjadi tabiat orang ramai suka pukul dulu baru tanya . Tak kurang yang nak jadi reporter tak bergaji …apa dia punya caption pun aku tak tahulah .

Teringat aku cerita Mat Moto arahan Pekin . Camtulah si Spark kawan si AL mati sebab kena pukul oleh orang ramai yang tak siasat dulu apa yang terjadi . Padahal kereta yang dipandu Shika dan pakcik tu yang bersalah sebab langgar lampu isyarat .

Hanya sebab pakcik tu tua maka si Spark sebagai orang muda yang cuma suka motor tu juga dipersalahkan dan akhirnya mati kerana sikap orang ramai yang memukul beliau tanpa usul periksa .

Video ni juga pengajaran untuk aku juga supaya sentiasa ingatkan anak-anak agar berhati-hati ketika melintas jalan . Malang memang tak berbau .

Mujur kereta ni ada kamera video . Kalau tak mahu 7 keturunan orang salahkan dia . Aku pun ada pakai dalam kereta . Tak semestinya kena pakai yang mahal-mahal . Asal dapat merakam bukti jadilah . Faham-fahamlah yer zaman sekarang ni , apa-apa hal mesti mau bukti , so pendapat aku dalam hal ini atau apa-apa hal yang bakal berlaku aku rasa kamera video dalam kereta adalah benda yang sangat perlu walaupun nampak macam tak penting .

Nota : video ni bukan bertujuan untuk mengaibkan , fahamkan betul-betul baru komen . Video ni perlu untuk kita semua jadikan pengajaran . Namapun manusia , sering terlupa dan leka kalau tak ada yang mengingatkan.

Categorized in: