Semalam aku , dd dan kakak keluar makan kat satu restoran nih . Memang restoran pilihan dari zaman single mingle , kapel dan dah khawin anak 4 .
Aku minta air suam 2 cawan , tahu tak apa yang aku dapat ?
2 gelas plastik berisi ai suam tapi dia punya mulut gelas tu mak aihhhh , punyalah kotor .
Terbeliak biji mata aku ngan dd tengok rupa keadaan gelas plastik dia , macam stok gelas baru keluar dari stor sampah kau .
Mujur aku ni respek tuan kedai dia dan tak buat kecoh tegur depan-depan . Dahlah masa tu pelanggan dia tengah ramai .
Respon kawan-kawan kat facebook yang tengok pun semua geli geleman .
Namun camtu memang taklah weihh aku nak minum dari gelas yang memang terang dan jelas kotor camtu .
Dalam aku ngan dd berkira-kira nanti nak tegur tauke dia time bayar nanti , dia pulak nampak kitorang dan dia datang ke meja kitorang untuk betegur sapa .
Elok sangatlah tu , pas salam2 tanya khabar aku ngan dd bagitahu pasal gelas yang kotor tu .
Dia pun terperanjat sebab tak sangka pekerjanya akan bagi gelas kotor macam tu . Dia minta maaf dan tukar bagi air lain yang di letak dalam gelas kaca pulak .
Kadang camnilah nasib seorang tauke , bila pekerja buat hal nama tauke jugak yang busuk .
Oleh kerana masih trauma dengan rupa gelas tadi aku nak minum air suam pun pakai straw .
Isunya apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini ialah , kalau kita pergi kedai makan pastu ada yang tak kena cam cawan kotor ker apa ker tegurlah dengan berhemah dulu .
Tak perlu sampai nak viralkan dan boikot perkara boleh settle secara mengkhinzir buta .
Yup memang aku upload gambar ni kat media sosial tapi aku tak mention nama kedai mana pun kan ?
Aku sekadar nak tahu apa tindakan korang jika ada situasi camni berlaku kat korang .
Tapi kalau kita tegur dia pulak langsi , bagi jer seketul dua baru nanti dia ada akai . Sebab aku pernah gak aku pergi kat satu restoran kat Lumut , bukan jug air dia yang kotor tapi air yang dia bagi tu yang kotor .
Bila disiasat rupanya air kosong yang dia bagi tu dia memang taruk air paip . Memang celaka betul .
Aku tahu kotor sebab bila aku tuang air dalam gelas aku tenung air tu …
Sekali tu diaaa ada keladak tapi aku tahu tu datang dari batang besi karat .
Dan2 tu abang aku ngan dd sound pekerja air kat belakang tu . Itupun masa gi kat belakang tempat buat air tu abang aku ngan dd nampak dia ambik straw yang dipakai dari cawan-cawan yang ada dia celup jer dalam air besen dan letak kat tempat straw balik .
Demmm …rupanya dia recyle balik straw yang dah diguna . Paling kesal dari pekerja sampai ke tauke pun kuanghajo boleh buat derk jer pas kita tegur jangan buat camtu , tak elok .
Kedai camtu bukan patut pangkah tapi wajib di boikot .
Aku terus kelaparan sebab tak lalu nak makan minum kat restoran tu . Minta perlindungan Allah SWT sahaja supaya yang dah terlajak makan nak minum kat situ dilindungi kesihatan’nya dari penyediaan bahan makanan yang memudaratkan .
Mak hai..tak lalu nak minum kalau Kak Sue.. tapi tegur dengan berhemah tu Kak Sue setuju..kalau tak dengar juga lain kali tak payah datang dah..
Geli betul SA…ish x leh terima dek akal la…
Tak patut laa berniaga camtu, boleh menyebabkan pelanggan jatuh sakit kalau kebersihan tak dijaga
Mama Kembar 3 recently posted…Si Kembar Teruja di Disney Junior Mickey and the Roadster Racers Carnival
aiyakkk…. geli nyaaa
azni recently posted…5 minggu dengan kisah Sakit Jantung