Assalamualaikum and hai gais ! Entry kali ni aku nak kongsi dengan korang aktiviti fitness terbaru aku iaitu lompat tali/jump rope atau rope skipping.
Masa kecik-kecik kat sekolah dulu mesti semua merasa buat skipping kan sebab itu antara aktiviti kecergasan wajib yang kita semua kena buat. Aktiviti ni bukan sekadar senaman tapi bila ada masa lebih dan lapang kitorang akan jadikan ianya sebagai satu aktiviti cabaran.
Siapa boleh lompat paling lama tanpa henti. Siapa boleh buat gaya silang tali dan lompat tali pusing ke belakang. Itu jer kot gaya yang aku tahu selain dari guna 2 orang untuk pusing tali.
Masuk tahun 2021 ni barulah aku dapat hidayah balik nak mulakan aktiviti jump rope. Tapi itulah baru nak mulakan kembali lompatan pertama pun dah rasa hazab. Baru masuk kiraan tiga pun tali dan sangkut kat kaki. Kira satu dua sangkut , satu dua tiga sangkut, satu dua tiga lagi sangkut. Kalau tak ada semangat memang aku dah give up dan campak jer tali ketepi.

Dan macam biasalah pasti ada suara-suara sumbang mengusik bila aku mula melompat.
“patutlah bumi rasa begegar…”
Dan macam-macam lagilah. Aku hanya anggap usikan tu sebagai gurauan kasar jer tapi taklah sampai simpan dalam hati.
Sebab itulah , kalau boleh bila ada kawan-kawan atau ahli keluarga mula nak buat aktiviti yang sihat macam jump rope tu berilah kata-kata semangat dan sokongan bukan menganjing dan menyindir.
Jadi sebagai pemula apa yang korang perlukan ? Kat bawah ni aku kongsi apa yang aku buat masa aku mula-mula nak mulakan jump rope.
KNOW YOUR BODY
Jump rope ni bagus untuk kesihatan. Tapi kalau korang ada masalah kesihatan yang kukuh dan tak boleh buat aktiviti lasak macam melompat maka janganlah buat. Kang tak memasal bertambah kecederaan.
Senang cerita sebelum memulakan apa-apa aktiviti fizikal kita sendiri kena tahu keadaan diri sendiri macamana. Dan jangan buat sebab ikut trend.
KELEBIHAN AKTIVITI JUMP ROPE
Nak bercakap pasal kebaikkan jump rope ni aku taklah pandai tapi apa yang yang aku tahu jump rope merupakan senaman kardio dan boleh burn kalori dengan cepat.

Jump rope juga elok untuk kesihatan jantung , bagus untuk menguatkan otot dan boleh turunkan berat badan dengan cepat jika berdisiplin.

Ia juga aktiviti yang tidak perlukan modal yang tinggi dan boleh buat dimana sahaja.
MEMILIH TALI SKIPPING
Lepas tu baru beli dan pilih tali skipping yang sesuai dengan keselesaan diri dan juga bajet. Ikutkan aktiviti jump rope ni salah satu aktiviti yang sangat murah belanjanya. Tapi kalau kau punya taste agak tinggi nak jump pun mesti guna rope yang ada brand memang the end jadi mahal jugaklah.
Kalau dulu hanya ada jump rope jenis handle kayu dan tali fabrik. Tapi kini macam-macam jenis ada antaranya PVC, wire dan beaded.
Aku kat rumah guna tali yang aku beli dekat Decathlon dalam harga Rm19. Padahal ada jer tali harga Rm5. Tapi ikutlah bajet masing-masing yer.

Tali berkualiti pun memang memainkan peranan juga. Bagi akulah , tapi kalau kau dah pro , guna tali Rm5 pun jalan jer. Now aku tengah kumpul duit nak beli tali skipping brand Terajump dan Rush Athletics.
KASUT YANG SESUAI
Oleh sebab aku lompat kat kawasan beranda rumah jadi ada ketikanya aku lompat pun tak pakai kasut. Sudahnya lama-lama jadi sakit kat buku lali dan sakit kat tapak kaki. Padan muka !
Ikutkan tak adalah masalah sangat nak lompat tanpa kasut tapi sebaiknya pakailah kasut sukan yang sesuai untuk elakkan kecederaan.
PILIHAN KAWASAN
If korang nak lompat carilah tempat yang selamat, landai dan permukaan jalan dia tak kasar.
Kalau takder pilihan beli jer jump rope mat yang memang dibuat khas untuk aktiviti melompat. Mat ni akan menyerap hentak/lompatan dan tali skipping pun tak mudah rosak.


GAYA MELOMPAT UNTUK PEMULA
Sekarang ni macam-macam teknik dan gaya melompat ada gais. Nak buat gaya boxing , double under , gaya orang main ski , gaya berlari dan macam-macam gaya lagilah.
Paling penting semua gaya tu aku belum master. Buat single bounce pun kaki masih sangkut kat tali. Kuikuikuikui
Korang pun boleh jer belajar bila korang punya lompatan pemula dan stabil.
Tapi slow-slow aku akan belajar juga satu dua gaya melompat supaya aku nampak lebih cool. Ehek !
JANGAN HILANG SEMANGAT
Bila kondisi tubuh badan semua sihat tapi semangat pulak tak ada pun tak boleh jadi jugak. Nanti dah beli peralatan lepas tu simpan sahaja. So kalau boleh setiap hari mesti kena ada semangat nak sihat.
Tak kisahlah korang punya matlamat jump rope tu sebab nak kurus atau sebab nak sihat atau sekadar isi masa lapang. Janji semangat nak buat mesti mahu ada.
Jangan pernah hilang semangat untuk melompat walaupun ramai yang merendah-rendahkan usaha korang.
Sebab tu masa lompat aku pakai headphone supaya aku tak dengar kata-kata yang tak sepatutnya.
PELAN PELAN LOMPAT
So sebagai tanda aku serius aku pun dah create IG khas untuk aku rekod aktiviti jump rope aku.
Walaupun kita lompat tak smooth tak lancar tak laju tak bergaya macam orang lain janji kita buat. Pelan pelan pun takper janji lompat. Laju-laju nak pergi mana. Yer dak ?
Instagram : @pelanpelanlompat
SENARAI RUJUKAN ASAS UNTUK BELAJAR JUMP ROPE
Kat sini aku senaraikan juga beberapa group dan invidu yang korang boleh follow untuk belajar cara ukur tali sampailah ke cara melompat yang betul dari yang asas sampailah ke tahap master.
Untuk jumpers dari Malaysia korang boleh follow
Jump Rope Malaysia
Youtube : Jump Rope Malaysia | IG : @jumpropemalaysia
Mohd Zarin
Youtube : MohdZarin dotCom | IG : @mohdzarindotcom
Untuk jumpers oversea pulak aku cuma pilih 2 sahaja. Founder Rush Athletics sendiri dan sorang lagi Alysia Jump Rope
Kalau tak cukup motivasi lagi korang google jerlah sendiri.
Tapi dengan Mohd Zarin korang tak boleh say no sebab dia memang beri aku inspirasi dan juga motivasi untuk mulakan skipping dan buat cabaran untuk diei sendiri.
Entah macamana satu hari tu aku terjumpa video seorang blogger bernama Mohd Zarin dari ZarinDotCom merangkap youtuber yang berkongsi kisah dia buat 2000 jump rope challange setiap hari.
Tapi aku rasa lepas buat exchange komen youtube ker blog (aku tak ingat) baru aku jumpa video dia dengan aktiviti jump rope. Lepas subscribe channel beliau baru jumpa macam-macam video dia yang menarik antaranya cara dia turunkan berat badan dengan hanya buat jump rope. Amazing kan.
Baca : SENAMAN JUMP ROPE MENGUBAH HIDUP
So itu sahaja perkongsian aku buat setakat ini. Harap ia dapat membantu korang yang masih tercari-cari aktiviti baru untuk dilakukan dirumah atau dimana sahaja. Nak siapkan artikel ni pun ambik masa 3 hari jugak weih sebb nak kumpul bahan. Elok draft dah siap ada pulak nak tambah maklumat-maklumat lain.
Selamat ber’jump rope gais !!
Rasa bersemangat semula nak kekal aktif!
InsyaAllah . . . Nina baru jer sembuh dari batuk panjang + asthma.
Dah sihat ni, pasni akan Nina usahakan aktif semula. Caiyok caiyokkk!!
Nina Mirza recently posted…Lega batuk dah baik! Petua Aunty India minum air rebusan Daun..
nak juga sahut cabaran ni. dah la tak lompat tali..dah hilang, anak2 main. nak kena beli yang baru nanti
Bagus artikel ni kak long. Sy dulu rajin gak wat lompat camni mmg badan cepat turun asalkan kte jaga pemakanan tp sekarang dh malas dah hahah
jump rope ni nampak je mudah. buat 1jam tu lembik lutut haha
Skipping or jump rope is the best workout to lose weight. No wonder celebrities like Lee Sung Kyung likes it a lot. Me need to get me one of these ropes so that I can lose weight too and look awesome too. Thank you for this information.
pernah cuba lompat tali ni tapi tak bolehla sebab rasa lutut dan kaki sakit, so sekarang buat senaman basikal statik je
Rawlins dah siap beli skipping rope bagai masa MCO 1.0 tu. Try buat. Dapat la 50 sehari. Pastu lutut bengkak – rupanya ada masalah lutut so takleh lompat. Huwaaaaa
dah lama tak main lompat tali ni. tak tahu sekarang mampu atau tak untuk buat. hehee. dengar2 lompat tali ni bolehbuat hilang berat badan.
Seronoknya la tgk org pandai skipping jump rope ni. Za xleh sbb ada mslh lutut. Perut pun czer mmg x disarankan. All the best ya.
Bagus kak skipping ni. Sekejap je dah burned kalori. Nanti dah konsisten bleh la buat stail bermacam gaya macam coach Zarin. Rilek je swing swing. Hehehee
Ruby recently posted…Hong Leong Bank Melancarkan Kempen Renew Together, Prosper Together
Sometimes i also incorporate jump roping in my weekly workout, its helps to burn more calories.
Sunshine Kelly recently posted…Virtual Lou Sang: Renew and Refresh for An Ox-picious Year with Hong Leong Bank
Rekod Saya kan Kak, mampu lompat selama minit aje hahahaha.. lepas tu semputtt..
Tapi buat jugalah, lantak lee kalau ada jiran duk ngendap kakakakakah…
Sis Lin recently posted…KEMPEN ‘CERAHI KEHIDUPAN’ BERSAMA TOP BANTU 420 PELAJAR ORANG ASLI HASIL SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA
Bagus tips ni. Thank you sharing kak. Ada tali skipping kat rumah tu. Kena cari kerajinan nak melompat. Hihi
Haritu ada lompat jugak pastu malas pastu lupa dah nak buat hahaha. Lompat dalam rumah je sebab segn nak buat kat luar. Cantik jugak ea mat dia tu
I baru tahu yang skipping rope ni membakar lebih banyak calories compare to other exercises in an hour.. I selalu ikut sharing abg Zarin jer.. korang berdua jadi our inspiration la lepas ni.. 😛
Dulu sya la org paling hebat dalam jump2 ni..hahaa..Haritu pernh juga buat, allhu mengah..hahaa. Mungkin silap sendii tak exercise dulu..kihkih. Best ni kalau dh pro tengok orang jump banyak gaya
After reading your sharing here, I am gonna resume my skipping rope exercise. have stopped for sometime now, need good sweat daily after working from home & sitting down a lots in the past few months 🙂 cheers, siennylovesdrawing
omg biar betul! i never knew jumping rope burns the most calories per hour. i am definitely going to choose jumping rope over other kind of exercise when i do my weekend activities now!
Keep it up kak long. huda pun baru kembali aktif melompat tahun ni. yeay, jom kita melompat lebih tinggi!
Huda Halid recently posted…Alhamdulillah, Huda Dah Jadi Shopee Ambasaddor
Sekarang ni kita tengok dah makin menjadi pilihan lak untuk senaman lopat tali atau tali skiping ni hehehehe kita jer tak pernah nak cuba lagi wakakak tengok ramai yang berjaya hurmmm bila nak mulakan ni….