Alhamdulillah , pada tarikh ini genap sudah 14 tahun ulang tahun perkhawinan aku dan dd .
Jom ulang tayang balik memori hari kejadian .
Aku mula kenal dengan DD masa bulan Ramadhan . Tahun berapa aku memang dah tak ingat .
Masa tu aku berniaga kat Klang . Dia lalu kat kawasan kedai aku . So aku tanyalah dia nak cari apa2 , mungkin dia tengah cari persiapan untuk hari raya ker kan ? manalah aku tahu .. cuma asal ada orang lalu mesti aku tanya , “encik nak cari apa ? boleh saya tolong ?”
Waktu tu mungkin dia rasa aku cute kot maka dia pun singgah berenti dan acah2 belek butang baju melayu kat situ .
Kebetulan juga ada panggilan phone masuk , dia mungkin nak menunjuk dengan aku yang dia ada phone canggih .
Nak dijadikan cerita ringtone aku ngan dia bunyinya sama . Tu yang dia perasan ingat phone di yang bunyi sambil nak berlagaklah tu dengan aku .
Padahalnya aku tahu bunyi tu datang dari phone aku . Cuma sengaja aku tak angkat sebab time ada customer memang aku tak layan phone .
Masa dia keluarkan handset dia aku memng dah mencebik sebab menyampah . Tapi aku sendiri pun boleh tahan gak kerek . Aku kasi dia chance dia tunjuk handset underwater dia dulu pastu aku cakap “sorry awak , phone saya yang bunyi” sambil keluarkan phone Sony Ericsson T28 aku .
Zaman tu handset Sony Ericsson T28 adalah antara handset paling nipis dan paling mahal , waktu tu sapa ada dia memang boleh kata dia kaya dan bergaya .
Dia cakap ngan aku ( masa dah kapel ) yang dia rasa tercabar bila aku keluarkan phone dan dia pun rasa aku jenis awek berlagak tapi comel ( ekekekeke )
Dek kerana nak cover malu maka dia pun mintak nombor phone aku .
Dalam hati aku kata , taktik basi sangat budak ni guna . Sebabnya majoriti lelaki yang datang membeli kat kedai aku mesti nak mintak nombor phone pastu nak datang rumah dengan alasan raya.
Aku ok jer , jemput jer diorang semua datang rumah masa keluarga angkat aku buat open house . DD pun tak terkecuali .
Mencari Bakal Imam
Habis Ramadhan tibalah bulan Syawal . Raya keempat keluarga angkat aku buat open house , maka ramailah bakal2 pilihan pakwe aku datang termasuklah DD .
Tapi DD datang agak lewat petang sebab dia baru balik kerja dan terus bergegas datang dari Puchong nak datang rumah aku kat Klang .
Masuk waktu Maghrib semua calon2 pakwe yang aku jemput masih duduk bersembang dan makan2 . Dalam hati aku macam aikk diorang nih , buat pekak jer ker ?
Tapi DD sorang jer yang datang jumpa aku dan minta izin nak pergi masjid yang tak jauh dari rumah aku pastu nak terus balik katanya .
Masa dia datang pun aku bukan layan dia sangat dan aku tak kisah dia nak stay lama atau nak balik cepat .
Lepas aku kata OK , aku suruh dia jumpa dengan bapak angkat aku dulu sebelum dia balik . Aku cakap kat bapak angkat aku yang kawan aku nak gi masjid solat dan terus balik .
Masa tu bapak angkat aku lumpuh tak boleh cakap . Tapi aku faham apa yang dia nak . Dia suruh aku bentang sejadah kat ruang tamu dan suruh DD solat kat rumah jer .
DD pun ok jer , aku perati jer dia solat , tiba2 hati aku macam ada rasa sesuatu . Macam “kuch2 hota hai “ .
Aku apalagi , terus target dia untuk masuk dalam senarai kawan istimewa aku . Lepas dia habis solat baru aku layan dia baik2 dan aku cakap yang aku nak terus kawan dengan dia .
Aku tak tahulah dia happy ker tak bila aku cakap camtu . Tapi yang nyata calon2 pakwe lain semua bakal kecewa .
Diorang tanya aku , aku suka ker dengan budak tu maksud diorang DD sebab diorang nampak aku layan DD baik2 jer .
Aku bagi jawapan selamat . Aku cakap korang nak kawan dengan aku kawanlah tapi korang tak boleh halang aku nak kawan dengan orang lain .
Lepas tu aku dan DD mula berbalas SMS .
Satu hari tu dia ajak aku tengok wayang . Lepas aku cakap OK
Tiba-tiba….
.
.
.
.
.
Hubungan kitorang terputus , jawapan nak pergi tengok wayang pun tegantung .
Sebulan 2 bulan aku tunggu SMS dia tapi dia tak reply . Nombor pulak tak dapat dihubungi .
Aku pun pikir , mungkin dia sengaja nak test aku . Dia cuma nak jadikan aku sebagai game . Sebab aku pernah kena game ngan pakwe lama aku .
Dia cabar kawan baik dia yang tengah balik bercuti dari Jordan mengorat aku . Kawan dia ingat nak main2 kan perasaan aku tapi akhirnya kawan dia jatuh cinta dengan aku . Lepas tu dia mintak pakwe aku clash ngan aku sebab dia nak aku jadi awek dia .
Last2 aku tinggalkan dua2 sekali sebab aku dapat tahu yang pakwe aku ada bet rm500 ker 1k ngan kawan dia kalau aku jatuh cinta dengan kawan dia .
Habis cuti kawan pakwe aku pun balik Jordan tapi tak dapat tumpukan perhatian dalam pelajaran sebab asyik teringatkan aku . Sampai mak dia terpaksa jumpa aku minta aku tinggalkan anak dia .
Aku dah tinggalkan anak dia pun dia tetap tak boleh fokus belajar . Akhirnya dia minta berenti belajar . Mak bapak dia kecewa dengan keputusan anaknya , tapi aku nak buat apa , bukan salah aku pun .
Sebab tu aku malas nak kawan dengan student . Baik yang belajar kat Mesir pun sama aku terpaksa tinggalkan diorang sebab aku nak diorang fokus pada pelajaran diorang .
Ehh ramai pulak pakwe aku . Ehehehehe .
Sambung balik yang pasal DD .
Masa aku terputus hubungan dengan dia selama 2 bulan , rasa-rasa aku nak mereput ker tunggu dia ? jawapan dia NEVER !
Lamaran Yang Ditolak
Aku susun calon-calon yang ada , termasuk sorang pakwe bangsa Cina yang dah bersedia nak masuk Islam asalkan aku sudi dan setuju nak jadi isteri dia . Dia dah pilih nama Islam dan dia bagitahu yang dia dah tak sentuh arak dan tak makan babi sejak dia kawan dengan aku .
Aku tolak lamaran dia sebab aku rasa aku tak layak nak bimbing dia sedangkan aku sendiri mencari seseorang yang boleh mebimbing aku ke jalan yang diredhai Allah . Masa tu aku lost contact ngan DD aku dapat 4 lamaran sekaligus . Tapi aku tangguh jawapan . 1 Lamaran dari cina , 3 lagi dari melayu .
3 pakwe melayu aku tu semua ada rupa dan kerjaya , tapi ada yang perangai diorang yang tak berkenan . 2 daripadanya jenis cemburu buta . Ada yang hampir nak bertumbuk dengan DD pun pernah sebab dia nampak DD yang datang ambik aku balik kerja .
Tapi masa tu aku dah clash ngan dia pun sebab dia pernah tolak aku sampai jatuh sebab cemburu giler , tak boleh tengok aku cakap dan kawan ngan lelaki lain mulalah datang giler babi cemburu . Aku plak memang pantang dan tak suka lelaki yang suka hati letak tangan kat perempuan .
Walaupun dia minta maaf dan janji tak buat lagi tapi bagi aku , sekali kau dah mula letak tangan kat aku , mesti akan ada kali kedua ketiga dan seterusnya .
Dan aku tak semudah itu boleh maafkan apatah lagi nak percayaa biarpun muka kau kacak nak mampos .
Masa aku kapel dengan dia memang banyak pompuan yang heartbreak sebab ramai kawan sekerja dengan dia nak dia jadi pakwe diorang .
Ehh lantaklah ….hahahaha , kisah pulak aku cerita pasal diorang yang dah jadi sejarah . Kalau aku teruskan juga hubungan aku dengan dia , aku rasa bukan jadi drama Andainya Takdir lagi dah ni , tapi jadi drama Kalau Dah Bodoh Tak Kemana . Ahahahahaha
Ok sambung balik !
Andainya Takdir
Satu hari tu telah ditakdirkan yang aku dapat SMS dari DD balik , nak kata suka taklah jugak , nak kata tak suka pun yer jugak . Alasan dia 2 bulan tak contact sebab phone dia rosak . Akupun percaya jerlah .
Aku pun ada terfikir , kenapa selepas 2 bulan ? aku rasa mesti dia berusaha jugak nak dapatkan no phone aku balik . So sejak tu dia dengan aku sambung balik hubungan yang terputus dan kitorang pun mula rajin call dan SMS .
Jap ehhh ..nanti aku sambung balik …panjang nih tau..aku malas nak buat by part sebab sudahnya nanti tak buat jugak .
Apakah korang masih sanggup tunggu dan nak baca ? tanya jerr …
( selepas beberapa jam )
Sambung kat next entry ….ekekekeke
Tak sabar nak tunggu episod seterusnya…
Hati rasa sesuatu..Kuch Kuch Hota Hai gituu.. so sweet laaa kak long .. Heppy aniberseri2 yang ke 14 kak long.. moga kekal hingga ke jannah..
Rqmqinya pakwe hahaha.. alhamdulillah jumpa yg terbaik utk jadi suami ye
huhuu, bagus mula-mula kenal dah put inside yang nak kerana Alllah swt, bagus.. syukur,sebb tu rumah tangga bahagia sampai kini.
Fuhhh tak sabar tunggu next episod.
Anyway Happy Anniversary Dila, moga hubungan kekal hingga hujung nyawa.
kak dilaaaa, please sambung cepat. IQ yang baca lambat ni pun tertunggu2 next entry. syok baca cerita kak dila ni.
Seronok juga baca kisah percintaan zaman muda2 muda dulu… Hehehe..
Tahniah! Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 14… Semoga kekal setia bersama hingga ke Jannah..
Choiiii tgh syok baca dia suh tunggu next entry plak hahaha. Cepat laaa kak long oiii…macam tunggu drama bersiri plak hahahaha
Alhamdulillah….semoga berbahagia hingga ke syurga =)
wey panjang gila. tapi x bosan baca. hahahahahaa
pergh banyaknya paka..haahha..