Assalamualaikum kawan2…..??? Perlukah aku minta maaf pada semua sebab aku dah seminggu skip entry….??? rasanya tak perlu kot…sebab selama aku tak ber’entry….takde plak sapa2yang marah kat aku….jadi tak payahlah aku nak minta maaf tak tentu pasal yerrrr…
Adapun aku minggu lepas berada dalam situasi yang agak sibuk….macam biasalah kalo ada anak2 yang kecik2 lagi….aku kenalah utamakan mereka2 itu dahulu daripada berblog dan berfacebook…..lagi2lah semingg dua lepas sekutu facebook aku iaitu nurul….telah menubuhkan sebuah kumpulan rahsia dalam facebook…..kumpulan rahsia tu hanya untuk kami bertiga sahaja…..dalam kumpulan tu hanya ada Dila ( iaitu aku ) Nurul dan Affa…semenjak tertubuhnya kumpulan tu….pagi2 selepas habis waktu kerja rumah…..waktu rehat yang ada kami semua bersatu didalam group tu…..apalagi beb….gossip2….tapi bukan mengumpat…..kalau boleh jauhkanlah hal2 mengumpat yerrrr…tak baik untuk kesihatan….cerita kami taklah rahsia….ianya lebih pada pertanyaan….cam….”ko buat apa…? anak2 ko kat mana…ko dah masak ke….shopping kat mana best….aku nak beli barang nilah…..ka sini ada sale tau….dan etc etc….”nak ngumpat2 tak sempat…sebab semua lebih sibuk cerita hal2 sendiri…..dan kerana itulah blog aku agak sepi2….kadang aku rasa macam agak bosan bila ber’blog….kenapa yer….apakah blog tidak memberi kepuasan dalam menenangkan fikiran…..kadang2 aku nak jugak blog aku bernyawa macam blog2 orang lain….tapi makin lama aku rasa blog aku semakin terpinggir dan makin lama makin menjauh dengan kehendak hati aku…..padahal dulu aku rasa blog umpama tempat yang paling sesuai untuk aku meletakkan bebanan hati dan perasaan yang kadang2 bercelaru……tapi kini hati ku semakin jauh dan menjauh dengannya….kenapa…????aku tiada jawapannya…..
Ohhh ohhhh….aku tau…aku tau….mungkin sebab entry aku terlalu panjang umpama karangan….atau mungkin sebab entry aku tidak bergambar…atau mungkin sebab template yang tidak menarik….atau kurang promosi….atau tidak berinformasi….aku hanya ada aku dan duniaku…..aku tak pergi ke dunia luar yang lebih luas kerana aku rasa aku tak perlu untuk menghadapinya…..jadiiii apa yang perlu aku beritakan untuk menarik perhatian semua…..sesuatu yang dah basi….sesuatu yang baru tetapi disana sini sama sahaja ceritanya…..fakta atau auta….???? hailahhhh…….aku sedar aku memang tak sekreatif atau sebagus blogger2 lain…..tapi nak buat macamanakan….kalau semua blogger bagus…sapa pulak yang nak jadi tak bagusnya…..sapa yang nak jadi si luncai siapa yang nak jadi pak pandir….takper2….dia bagus biarlah…..dia bagus atas daya usaha dirinya sendiri…..mungkin dah takdir dia akan hidup bersama blognya……aku tak jeles cuma aku rasa aku tak habis usaha…..blog bukanlah keutamaan dalam hidup aku ( adakah ayat2 diatas ini adalah ayat penyedap untuk diri sendiri….??? jawab aku ialah…iaaaa)……
Nak ketawa…ketawalah….aku tak kisah dan aku tak nampak pongggg……dan kalau nak menyampah ponggg aku tak kisah….sebabkan aku pun ada gak menyampah ngan blog orang lain….walaupun dia dan blognya tak pernah langsung buat salah ngan aku dan blog aku…… hehehehehe…..kesimpulannya……walau kita tak buat blog sampah….tapi masih ada yang anggap blok kita cam sampah…..kiranya menyampahlah….dan ada gak yang buat blog menyampah tapi itulah yang orang suka dan puja2…..pelik2 kan pay-ell manusia sekarang ni….
Kalaulah entry aku panjang macam esei…..harap maaf kalau tak suka baca…..blog pilihan aku ialah blog yang banyak tulisan dari gambar….aku suka baca blog orang2 yang banyak tulis….kalau blog yang entrynya pendek2 aku kurengggg suka sikit….bagi aku itu bukan entry tetapi lebih kepada macam nota pendek atau memo…..pendek dan tergantung…..entry aku kalo panjang pun sebab aku tak biasa tulis pendek2 nih……tak reti ahhh…..macam jenis orang tak pikir panjang…..lagipun dulu2kan…masa sekolah2 karangan aku lah yag selalu terbaik cikgu kata…sebab itulah masa last year sekolah darjah enam aku dapat anugerah untuk Bahasa Malaysia Terbaik…..makanya aku tak reti tulis pendek ala2 orang lain….makanya juga aku harap masih ada yang sudi baca entry aku walaupun panjang……
Sekian Terima Kasih
Pulau Pandan Jauh Ketengah
Gunung Daik BercabangTiga
Baca Entry Jangan Setengah
Nanti Tak Paham Apa Yang Nak Dikata….