Alhamdulillah , ambil berkat bulan Syaaban. Biasanya bulan ni aku banyak kehilangan, tapi aku sentiasa percaya jika kita YAKIN dengan REZEKI itu datang dari-Nya, tiba masa ia pasti akan sampai tepat ke tangan kita juga.

Begitulah apa yang terjadi pada aku hari ini. Tak pernah berani untuk bermimpi memegang , mencuba apatah lagi sehingga dapat memiliki sendiri handbag yang berharga ratusan inikan pula yang mencecah ribuan ringgit. Cumanya rasa teringin tu adalah jugak.

Jujur kata aku sangat bersyukur ke hadrat illahi atas rezeki yang tidak disangka-sangka. Maksudnya aku tak tahu pun hari ini aku akan berpeluang pulang ke rumah dengan handbag berjenama, original dan berharga ribuan ringgit.

Asalnya aku tengok jer kawan blogger aku Umminani updet yang dia dah beli pelbagai jenis handbag kat Butik Sellection. Start dari situ aku macam tertanya -tanya dalam hati “best sangat ker shopping handbag kat situ ? Tapi kalau tak best takkanlah dia asyik updet repeat beli kat situ…”

Today Is The Day

Hari ini Sabtu , so pakat dengan Umminani , Nina , Tati dan Ben untuk datang ke Butik Sellection di Wangsa Melawati.

Korang nak datang sini korang just Waze atau Google sahaja “Sellection Boutique” . Nanti keluarlah direction dia.

Aku ni dahlah tak biasa dan kurang pandai nak memilih handbag branded yang sesuai dengan aku. So bila ada kawan-kawan satu kepala teman bolehlah sorang sikit racun aku handbag mana yang ok dan tak ok dengan aku punya style yang sukakan gaya yang simple tapi menyerlah.

Mujur aku tak lupa bawa orang paling penting iaitu Suhaidi Jairi yang bukan datang sebagai teman tapi merangkap menteri sumber kewangan aku since dua kosong kosong tiga.

Yerlah kan , kang dah berkenan sapa pulak nak bayar kalau bukan dia. Ehehehehe

Dek kerana bulan ni masih bulan kelahiran aku jadi aku manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Time ni jerlah kau boleh mengada-ngada minta layanan extra bagai queen dengan pakej premium. Gitteww !

Sebelum sampai ke Butik Sellection , 2 ke 3 hari sebelum tu aku dah ushar dulu bag jenama apa yang aku nak dan jenis macamana yang aku suka. Aku ingatkan cukuplah setakat tengok katalog online jer. Itupun pun dah rambang mata sis. Sampai ke butik hilang terus aku punya Istiqamah yang aku bawa dari rumah. Adeh !

Oh yer ! Aku pun sentiasa follow FB live diorang yang dibuat setiap hari. Kat FB live tu bestnya kadang-kadang ada sesi unboxing handbag yang baru-baru dan info-info terkini pasal keistimewaan dan ciri-ciri sesebuah handbag yang berkualiti. If nasib baik mungkin ada pengumuman-pengumuman khas seperti special offer dari founder’nya sendiri.

Kenapa Aku Pilih Untuk Membeli Di Sellection ?

Antara sebab aku pilih untuk membeli dekat Sellection ialah disebabkan TRUST. Trust ni ialah kepercayaan yang kita tak perlukan sesiapa untuk dapatkan penjelasan lanjut.

Untuk pengetahuan semua, Sellection telah di inspirasikan oleh Puan Nor Rafidah Khairudin dan suaminya Tuan Abdul Hadi Wisman. Beliau juga lebih di kenali sebagai PS Handbag Berjenama dari luar negara dan antara PS terawal membawa masuk handbag-handbag berjenama yang original ke Malaysia.

Bukan mudah nak dapat pakai title TRUSTED SELLER ni untuk bertahun-tahun lamanya.

Bagitu juga dengan semua handbag yang kini ada di Butik Sellection. Baik jenama Coach , MK , Kate Spade , Fossil dan lain-lagi semuanya dapat dipastikan ianya ORIGINAL!

Bagi orang yang kurang arif tentang ketulenan sesebuah handbag berjenama memang akan mudah tertipu kalau tiada ilmu dan kepakaran mengesan ketulenan sesebuah produk dan jika membeli ditempat yang salah.

Untuk mengelak dari menyesal dikemudian hari sebab terbeli handbag fake, makanya aku memilih Butik Sellection yang memang berpengalaman dan tak perlu untuk diraguinya tahap kepercayaanya.

BACA : 7 Tips Untuk Tahu Beg Original VS Fake

Staff Sellection Banyak Membantu Pelanggan

One thing yang aku perasan masa aku berjalan kesana kesini dalam butik , staff Sellection akan tegur kita dengan ramah mesra dan memberi pendapat yang bagus mengenai pilihan aku.

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama aku masuk butik handbag untuk membeli , jadi mestilah aku agak blur-blur itik tak tahu nak pilih jenis beg yang sesuai dengan gaya aku. So diorang pun tanya aku kerja apa dan aku perlukan beg untuk situasi yang macamana.

Lepas aku explen terus diorang usulkan beberapa jenis handbag yang sesuai dengan gaya aku tapi masih ikut spec yang aku nak dan paling penting harga mampu milik.

So itulah kisah macamana diorang sangat-sangat membantu aku membuat pilihan terakhir. Kalau tak kerana diorang tolong memang pukul 7 petang pun aku masih ada kat situ, silap-silap tolong tutupkan kedai sekali gamaknya. Ekekekeke

Amacam ? ok sangat kan ?

Tapi korang nak tahu jugak ker apa pilihan handbag original berjenama aku yang pertama !

Jeng jeng jeng …!!!

Sori gais aku tak nak reveal sekarang. Korang just tunggu jer next entry yer sebab kalau ada masa lapang esok aku nak buat video unboxing Handbag Branded Pertamaku . Gitteww !

Oh yerr lupa nak habaq kat korang, tapi ini just another option yer. Masa aku tengah dalam dilema nak pilih yang mana staff Sellection sempat bisik kat aku , “kalau Puan bekenan dengan beg ni Puan boleh jer buat bayar ansuran 3 kali , bayar first deposit dari harganya dah boleh terus boleh bawak beg balik..”

Aku macam “wow ! mudah..”. Terus DD jeling aku dengan penuh makna. Ehehehehe

Cara dia korang boleh tengok di https://ansuran.sellection.com/

Sementara itu apa kata korang cuci-cuci mata dulu tengok koleksi-koleksi handbag berjenama yang original masuk setiap minggu di Butik Sellection.

Manalah tahu kot ada rancangan nak beli handbag untuk bawak pi raya nanti ker. #ehh

Boutique Sellection
No 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Phone : 60341420000

Website : https://sellection.com
Facebook : Branded Handbags by Rafidah
Instagram : https://www.instagram.com/sellectioncom/
Email : sellection@casengomail.com

Selamat menjamu mata !

Categorized in: