Hurmm , siyes tak tahu camner nak bereaksi tentang hal ni. Tapi kalau kena kat korang mesti korang pun akan cakap benda yang sama macam apa aku akan nak cakap nih.
Citer dia camni, Jumaat lepas aku ngan kawan aku si Y dan si O gi melepak kat Nasi Lemak tepi PETRON. Benda nak melepak ni kau tak payah nak plan2 sangat, sebab kalau plan mesti tak jadi sebab kita hanya manusia tapi Allah is the best planner.
Lepas semua dah kenyang makan Nasi Lemak PETRON takkan nak balik terus. So plan seterusnya sambung melepak kat McDonalds Putra Heights sekali solat Maghrib kat petrol pump SHELL.
Settle solat kitorang pun berjalan menuju McDonalds. Cadang nak makan ringan2 macam kentang ngan Sundae, plus nak ajar si Y dan O guna apps McD yang bagi aku sangat cool, senang nak redeem dan harga jauh lebih murah berbanding kita order terus kat kaunter tanpa apps.

semua ni beli dengan redeem code kat apps
Tapi bukan itu yang aku nak citer.
So lepas dapat port baik punya. Lalulah seorang staff perempuan McD yang muka dia iras2 pelakon “abang bomba i love you” kata kawan aku si O. Aku yang tak pernah tengo drama pukul 7 tu pun haah kan jerlah.
Kawan aku si O ni acah2 pelancong Uganda pun tanyalah kat staff pompuan tu, “dik ,nak tanya…boleh tak parking kat situ…?” sambil si O tunjuk kereta kuning ala Mr.Bean yang dia park depan surau SHELL kat staff pompuan tu.
Staff pompuan tu jawab “bole kot kak..jangan risau…” lagi apatah dia cakap aku tak berapa nak dengar.
KAU INGAT MCD NI MAMAK ?
Tak semena-mena aku pun buatlah cam McD tu ada share ngan aku. “menu please…” kata aku, pastu kawan katalah “ko ingat sini mamak ?” aku pun balas “gurau jerlah…” sambil gelak2 termasuklah kawan aku si Y dan si O.
Tujuan kitorang jumpa cuma nak happy2 dan gelak2 tanpa sempadan tapi masih ada batasan.
Tetiba staff pompuan McD tu kata “akak nak saya tolong ambik order ker ..?” aku terus jaw drop kot dengar dia cakap camtu.
Aku macam biar betik bhai ? setahu aku McD memang semuanya self service. Kebetulan aku memang baru nak bercadang suh si Y dan si O jer beratur kat kaunter sebab hari tu aku terlalu malas untuk beratur plus dah penat sebab kenyang makan sikmak PETRON.
Aku tanya balik “ehh boleh ker dik..? sebab akak nak redeem pakai apps jer.” Staff pompuan McD tu angguk dan kata “boleh jer kak, kejap yer saya ambil ..” ayat seterusnya aku tak dengar dah, almaklumlah aku kan pekak sebelah kiri.
Tapi jujur aku kata, offer dia tadi tu macam satu anugerah yang terindah pada hari itu. Dan dia offer untuk servis aku dan kawan2 sebelum aku bagitahu yang aku adalah seorang penulis blog.
Maknanya kat sini dia memang seorang pekerja yang ikhlas dengan kerja dia dan gembira dengan apa yang dia buat. ( aku harap sangat kalau manager McD Putra Heights ada terbaca pasal entry ni, aku nak minta dia reward something yang mendatangkan faedah dan berguna untuk staff perempuan ni, sebab dia buat aku rasa lebih seronok nak selalu melepak kat McD Putra Heights dengan rakan sebaya )
Lepas tu dia datang balik bawak buku ambik order, siyes bhai rasa macam lepak mamak versi western yang berekon.
GUNA APP MCD KAN SENANG
Aku memang kalau ke Mcd akan order apa yang aku nak makan guna apps. Dan aku tengok masih ramai pelanggan McD yang tak tahu wujudnya apps McD ni yang mana sebenarnya kalau kita order guna apps harga makanan akan jadi jauh lebih murah. Penjimatan ok penjimatan. Kenapalah korang tak alert pasal natang nih. Haishhh
Cara nak guna apps Mcd ni pun senang jer. Kau install apps McD kat phone dulu, kau dah register semua baru kau pilih option yang tulis OFFER, kau usha2 dulu apa yang kau nak order tapi kau jangan pulak gatal tangan tekan redeem kalau jarak kau dengan kaunter Mcd 1km.
Kau order masa kau dah sampai kat kaunter, dah sampai kaunter baru kau tekan redeem, then akan keluar satu code. Code tu kau tunjuk kat cashier. lepas cashier dan dapat nombor code rahsia tu maka kau bayarlah harga benda yang kau dah order tu. Then tunggu kat tepi sampai nombor resit kau dipanggil.
Ehh panjang lebar pulak aku explen kat korang pasal apps McD, macamlah McD tu bayar aku kalau lepas baca ni korang pun hegeh2 install apps diorang. Aku bagitahu sebab aku nak memudahkan korang jer.
Ok sambung pasal staff tadi. Lepas aku tunjuk code2 yang aku nak redem dan kawan aku si O tah apa jadah kupon yang dia redem pun aku tak tahu, lepas tu si O siap dia bagi duit kat staff pompuan tu untuk bayar bill.
Lepas dapat baki dan resit, opkoslah kau kena bangun nak ambil order tadi kan. Sekali lagi staff pompuan tu offer “takper kak, akak duduk jer biar saya serve..” ahhhhh aku rasa macam nak nangis pulak sebab terharu sangat. Dalam hati aku cuma mampu kata “masyaAllah , amazing sangat rahmatMu kepadaku ya Allah, dalam keadaan aku yang tengah stress ni kau utuskan seseorang yang baik untuk menyantuni aku.”
Dari jauh aku pandang staff pompuan ni dan doakan semoga dia pelihara dari segala kejahatan, dipermudahkan segala urusan dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Gambar kat bawah ni adalah situasi staff ni sedang hantar makanan kat meja kitorang. Gambar curi tapi minta izin harus blur. Atas faktor keselamatan aku tak nak dedahkan nama dan muka budak nih. Tapi manager branch mesti kenal punya kan ?

terbaik service ko dik
Bila aku renung2 balik kenapa budak perempuan ni sanggup offer diri untuk layan aku dan kawan2 aku ? selain dari asbab takdir dan ketentuan dariNya , persekitaran tempat kerja yang sihat dan harmoni akan melahirkan staff seperti budak perempuan ni.
Siyes sangat untung comp yang ada sattff macam budak pompuan nih. Sangat berdedikasi dan cemerlang dalam perkhidmatan walaupun itu bukanlah tugas dia.
Well done dik. Lepas ni jangan serik layan akak ko nih yer.
Terbaiklah adik tu. Mel biasa drive thru jer sbb parking susah..
Baru tau pasal apps tu…. Biasa drive thru jer
Nina Mirza recently posted…Apa itu Slipped Disc ? Bahaya ke…
Tak pernah lagi redeem mcd guna App.. tapi mmg terbaik la dak staff tu sbb offer tlg ambikkan order.. thumbs up!
tbaiklah.. tahniah staff tu..
pekerja cemerlang ni,
ema recently posted…100% ummmmm sedapnya susu fernleaf kotak ni.
I love McDonald’s cheeseburgers! As a child, my parents took me there every Sunday and for me it was the best manifestation of love from my parents.