Asalamualaikum semua. Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang bernafas dibumi Allah ini.
Dihari yang mulia dan penuh berkat ini aku nak kongsi dengan korang sedikit sebanyak mengenai kempen yang baru diperkenalkan oleh Lembaga Zakat Selangor atau LZS iaitu Zakat@Family kepada semua keluarga muslim di Selangor.
So tanpa membuang masa jomlah kita baca pengenalan dan objektif kempen Zakat@Family ini diwujudkan. Yang penting semuanya demi kebaikkan umat islam itu sendiri.

PENGENALAN ZAKAT@FAMILY
“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.
- Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.
- Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.
- LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.
- Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.
OBJEKTIF KEMPEN ZAKAT@FAMILY
- Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.
- Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
- Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
KAEDAH & TANGGUNGJAWAB
- Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
– Diri Sendiri
– Pasangan
– Tanggungan
– Individu Dibawah Jagaan
- Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.
– Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.
– Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :

Haa rasanya macam dah fahamkan ? Mungkin selama ni kita lupa dan mungkin tak tahu langsung . Tapi lepas dah tahu ni bolehlah mula bincang-bincangkan dengan suami masing-masing bagi yang dah bersuami. Selain dari tu sila rujuk carta diatas.
Nak lebih jelas dengar dulu kupasan topik ni di Video Ini.
Facebook : Zakat Selangor
yang selalu org dengar zakat fitrah..tapi sebenarnya banyak lagi pecahan zakat nie..mcm zakat pendapatan.. kena rajin study sikit bab ni..supaya bertambah ilmu . nice sharing pasal zakatfamily
betul , kalau tak kerana kempen ni memang tak tahu langsung pasal zakat family nih