Bismillahirahmanirohim ,
Tak sabar sungguh yer korang nak tahu apa yang terjadi pada aku kat airport Dubai . Aku pun tak sabar jugak nak cerita . Berdebar-debar jantung aku nak ulang tayang apa yang terjadi pada aku dan dd pada 22/11/2017 .
Setelah melalui penerbangan selama 6 jam dalam kapal terbang Emirates . Hati aku dah mula gembira . Lambaian kota Madinah semakin dekat dan hanya berbaki 2 jam jika fly dari Dubai . Jangkaan tiba di Madinah yang tercetak di boarding pass pun dah tahu iaitu pukul 4:30 petang . Kalau diikutkan aku akan transit 2 jam di Dubai sebelum berlepas ke Madinah .

land of Dubai…
Tepat jam 1:26 petang waktu Dubai baru kapal betul-betul berhenti di terminal . Ambik masa nak tunggu penumpang depan dan penumpang seat mahal jalan dulu barulah penumpang seat economy punya giliran .

sabar menanti giliran keluar
Airport Paling Senyap Sunyi Di Dunia
Sampai kat satu lorong aku nampak papan tanda bertulis lebih kurang macam ni “lapangan terbang Dubai adalah sebuah lapangan terbang yang sunyi dan tiada pengumuman penerbangan dibuat”
Tapi ada satu petugas yang mengarahkan kemana penumpang transit perlu pergi . Keluar jer dari situ aku nampak petugas mengarahan semua penumpang yang baru keluar pergi ke arah kiri . Maka aku dan dd pun berlari -lari bersama penumpang yang lain untuk mengejar kapal terbang masing-masing .
Setiap petugas airport yang aku jumpa aku tanya ke mana arah aku kena pergi dan diorang akan tunjuk isyarat terus lagi kedepan .

jauh nak kena jalan keluar
Walaupun dah tak larat nak berlari dengan ketiak dah berpeluh tapi aku ngan dd kena gigih cari dulu dimana kaunter check in untuk ke Madinah . Sampai ke hujung terminal aku dan dd dah buntu . Tapi takper , aku ngan dd kena pastikan dulu kat gate mana kitorang kena pergi then baru boleh berehat .
Aku tengok kat billboard flight dan cari nombor kapal . Lama merenung tapi takder pulak flight aku tu dalam senarai . DD kata mungkin sebab flight kita lama lagi so nombor flight belum masuk billboard . So aku pun ok .
Masaalahnya sekarang nak cari gate keluar pun tak jumpa . Haru….
Habislah Aku !!
Tanya orang , diorang tunjuk sana , tanya orang lain lagi , diorang tunjuk sini . Aku pulak dah tak larat nak jalan sebab dah lapar . Air minum pun dah habis . Naik turun lif ngan eskalator tah berapa kali aku pun dah tak tahu . Kepala aku dah pening ngan sistem airport diorang . Tu tak termasuk naik turun lif yang takder butang .
Lepas ke hulu hilir dalam airport macam orang giler akhirnya baru jumpa kaunter yang dipanggil conecction desk . Hati mula lega . Minta petugas kaunter semak boarding pass dimana gate untuk flight ke Madinah berlepas .

tempat dah betul tapi tak nampak connection desk …rupanya
Lepas dia ketuk-ketuk papan kekunci,ini yang dia jawab :
“Sorry ! your flight is gone .”
Aku tanya dia balik “apa …? my flight gone ?
Dan dia jawab lagi “this flight khalas !!”
Aku ngan dd berpandangan . Tak terkata . Aku tanya lagi dengan muka tak berupa dan rasa tak percaya , tapi dia suruh kitorang ke kaunter ticketing sebelah untuk beli tiket lain . Walaupun berat hati tapi aku pergi jugak ke kaunter sebelah .
Petugas kaunter tiket tu cek boarding pass kitorang . Sambil tu aku terangkan yang kaunter sebelah kata flight dah terbang sedangkan kitorang baru jer sampai dan belum pun masa untuk check in .
Masa tu aku harap sangat diorang salah tengok . Lagipun dari KLIA waktu berlepas kitorang pun ada delay dalam 15 minit dari jadual .
Petugas kaunter tulis sesuatu kat boarding pass kitorang , pastu dia cakap “bagitahu kat kaunter sebelah yang tadi flight mendarat pukul 1:26 petang” pastu aku tengok kat boarding pass , check in gate pukul 1:35pm , pastu gate closed 2:00 pm .

orang yang kat kaunter tiket tu yang catit waktu flight sampai 13:26
Pergi balik kat kaunter connection desk tapi aku tak tengok kat kaunter mana aku berdiri dan bertanya . Sebab aku ngan dd daam keadaan yang maha kelam kabut , gabra sebab terlepas flight dan tak tahu apa yang aku kena buat .
Boarding pass aku serahkan pada kaunter untuk tindakan diorang yang selanjutnya .
Dalam masa yang sama tangan aku tak lepas dari cuba untuk login wifi free kat airport tapi tak pulak nak masuk-masuk . Aku kena dapatkan internet secepatnya sebab aku nak hubungi Encik Rasyid iaitu wakil travel EPL yang menguruskan perjalanan aku dan dd untuk tanya apa yang aku kena buat .
Last-last dd buatkan baru masuk . Mungkin aku dalam keadaan yang tertekan sangat jadi buat apa semua serba tak kena .
Dapat jer wifi aku terus wasap Encik Rasyid dan bagitahu apa yang telah terjadi pada flight kitorang . Selepas tahu maka beristighfarlah kami sebanyak-banyaknya pada hari itu .
Encik Rasyid minta aku bertenang dan tunggu apa tindakan airlines memandangkan dia dah cek yang penerbangan ada sedikit delay dan aku sebagai penumpang tak bersalah kerana ditinggalkan kapal .
Tapi mana mungkin aku nak percaya yang airlines akan mengaku buat salah . Mungkin sebolehnya dia nak salahkan penumpang sebab terhegeh-hegeh sampai terlepas flight .
Aku Bagaikan Pengemis
Tiba-tiba petugas kaunter bernama Agatha pandang aku dan tanya “what do you want ? “ aku pun jawablah yang aku nak tahu macamana tiket aku sekarang . Dia tinggikan suara dan tanya aku lagi banyak kali what do you want ? why you here ? dan apatah lagi dia merepek . Last-last aku diam dari berbahas dengan dia dan aku hanya kata OK dan aku berundur dari kaunter .
Masa tu aku rasa nak nangis dah , aku duduk jauh dari kaunter macam pengemis . Air mata aku dah menitik-nitik dah . Aku dah berhiba hati , teringat keluarga kat Malaysia . Tapi aku tak mampu nak bagitahu kat keluarga aku yang aku tengah kesusahan di negara orang .

aku duduk jauh dari kaunter lepas kena marah dengan Agatha
Aku tak mampu nak updet status FB minta bantuan kawan-kawan . Tekak aku terus tawar , perut aku berhenti berbunyi minta diisi . Aku pandang dd di kaunter dari kejauhan . Aku berdoa merendah diri semoga Allah bantu aku dan dd keluar dari situasi yang sukar .
Dalam mencuri pandang , dd senyum pada aku minta aku bersabar . Lama berdiri dan menanti tapi sia-sia , petugas kaunter bernama Agatha yang marah aku tadi suruh dd datang balik ke kaunter selepas 1 jam sebab diorang nak pergi berehat . Keluar jer Agatha aku nampak perut dia tengah sarat mengandung .
Terus aku sejuk hati dan maafkan Agatha . Bagi aku perempuang mengandung memang penuh dengan emosi walaupun aku tak buat salah apapun pada dia .
Sementara nak tunggu 1 jam aku ngan dd ambik keputusan untuk solat dulu memandangkan dah masuk waktu zohor dan nak hampir asar . Dalam surau pun aku rasa akulah jemaah yang paling sedih sekali . Aku hanya mampu tengok jemaah negara lain dah bersiap-siap memakai ihram sedangkan aku masih STJ , status tak jelas .
Lepas solat aku masih bermenung memikir . Alquran yang aku pegang aku cuma baca surah Al Waqiah ulang-ulang ayat 1 hingga 3 . Aku yakin Allah ada aturanNya tapi oleh kerana terlalu surprise sampai aku tak boleh nak pikir apa akan jadi seterusnya .

mampukah aku ?
Dalam sedih aku ditegur jemaah Pakistan , dia tanya aku nak pergi umrah ker ? aku kata haah . Aku tanya dia balik adakah dia nak pergi umrah juga dan dia pun kata haah . Dia tanya aku pergi dengan siapa ? aku kata aku berdua dengan suami pastu aku tanya dia balik yang sama dan dia pun jawab yang dia juga berdua dengan suami .
Selepas tu aku ngan dia ucap selamat , senyum dan berpisah .
Selepas dia pergi hati aku kembali suram .
Serah Segalanya Pada Allah SWT
Memang aku serah bulat-bulat pada Allah untuk menentukan kemana hala tuju aku . Aku tahu apa yang Allah nak tunjuk pada aku . Aku sabar tapi dalam masa yang sama aku menangis meminta dan memohon semoga Allah berikan aku kasih sayang yang aku tak pernah sangka .
Dalam aku menahan kesedihan emosi aku terima call dari kawan aku kat Malaysia . Tapi mungkin kelemahan signal maka call dari dia aku tak dapat angkat . Tapi ok jugak sebab malulah kalau dia dengar srott srett hidung aku yang tengah ciwek .
Dia tanya aku apa yang terjadi , aku pun tak tahu camner dia boleh agak ada benda yang tak berapa elok tengah jadi pada aku . Antara sebab aku tak hubungi sesiapa dan umumkan apa yang terjadi ialah sebab aku tak nak orang lain susah hati dengan kesusahan aku .
Lagipun camner diorang nak tolong aku yang beribu KM jauhnya . Silap haribulan aku lagi terbeban dengan rasa sedih diorang terhadap aku .
Mood aku memang dah kelaut mati .
DD pimpin tangan aku yang nak melangkah balik ke kaunter dengan berat . Walaupun aku sangat haus tapi botol air aku dah kosong . DD tadah air minuman percuma kat bilik air . Dapatlah aku teguk untuk hilangkan rasa haus .
Sementara dd cuba dapatkan pengesahan kembali di kaunter . Kawan aku pulak usaha wasap aku berterusan , mungkin dia cuba tenangkan aku dari kejauhan . Tak sampai beberapa minit wasap dia minta aku hubungi kawannya yang bekerja di kedutaan Malaysia di Dubai .

orang kedutaan Malaysia kat Dubai
Orang tengah blur macam aku memang tak membantah disuruh buat apapun . Dia nak aku explain apa yang tengah berlaku supaya kalau terjadi apa-apa perkara diluar jangkaan paling tidak aku tahu apa nak dibuat . Time tu hati aku dah mula ada sedikit harapan untuk selamat dari terus terkandas di lapangan terbang Dubai .
Dalam pada tu juga tak henti-henti kawan aku tadi wasap minta aku jaga passport , jaga boarding pass , jangan merayau , suruh makan minum untuk isi perut dan updet pada dia apa yang berlaku .
Walaupun dia jauh dari aku tapi aku dapat rasa sikap peduli dia pada aku pada hari tu . Memang dia pernah kata yang dia anggap aku macam ahli keluarga dia sendiri dan memang dia kota apa yang dia kata .
Aku memang tak berharta tapi aku mampu berdoa . Aku sentiasa berdoa pada Allah semoga Alah kurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada dia dan ahli keluarganya .
Ok sambung lagi next episod sebab aku tengah bersedih nak habiskan entry nih .
Nak tahu apa cerita sebelumnya ? sila baca entry dibawah :
Allahu Akbar..kte baca pun sedih..tak tau la camne kak long hadapi saat itu ketika itu..Alhamdulillah segalanya dah selesai..tp seriously memang kte pun akan down kalo hadapi keadaan camtu
syahdu kak.. barulah saya faham effort ‘kawan’ akk tu. sambung lg pls
Sedihnya… kalau lin kt tempat akak pun lon down. Untung ada abg dd yg lebih tenangkan…
Sebaknya baca kak dila.. alhamddh dipermudahkan balik sini semula. Tk sabar nk baca yang lain :’)
Allahu… sebak baca kisah akak.. mujur abang DD pun tenang masih boleh senyum. Kalau moha entahlaaa
Alhamdulillah, akhirnya semua selamat. Kalau saya pun kecut perut kalau tertinggal flight mcm ni
Ujian Allah kan. Tapi habis daya pun mesti kita lost juga. Tapi Allah tetap ada 🙂
Touching plak baca ni. Syukur ada kawan yg mcm keluarga, dan untung kak long ada suami yg cool mcm dd. Alhamdulillah…
Allahu hebat nya dugaan kak Long dan DD
Tak sabar next story
Allahuakbar… Dugaan yang tak disangka².
Bila baca entry ni terasa diri saya pulak yang berada dalam situasi tu.. 🙁
beratnya dugaan akak dan suami..
Allahu…klau sy jd akak pon sy down kak…
Alaa bersambung pulak. Kita dah menghayati dah ni. Esok sambung ehh…nak tau ending. Sedih pulak kita baca
ehhh lupa pulak nak letak siap2 link yg lain …..