Oh yer lupa pulak aku nak bagitahu yang entry Ini adalah kesinambungan dari entry yang tajuk dia sengaja aku letak panjang2 iaitu : CHECKLIST & PENGALAMAN PERTAMA KALI KE HATYAI MENAIKI ETS SAMBIL MAKAN NASI LEMAK PAK ROSLAN DALAM TRAIN
Baca komen2 kat situ macam ramai pulak minta aku sambung , ehh korang ni baca jer dahlahh, siap rekues bagai. Terasa retis pulak aku dibuat korang. Hahahahahaha
Tapi serius aaa , aku rindu giler kot dengan diorang semua. Bila ko dah pernah travel sama-sama, benda ni akan buat hubungan kita jadi dua jer , samada semakin rapat atau semakin jauh. Nampaknya kami semua semakin mendekat dan rapat. Tapi akan datang tak siapa yang tahu. So selagi masih ada peluang bersama hargailah setiap saat yang ada.Gittewww
Kat mana eh nak mula ?
RASA MACAM DIPERMAINKAN IMIGRESEN ?
Haa ok dah dapat. Kenapa aku rasa dipermainkan pihak imigresen ? nak tahu korang kenalah baca.
Lepas sarapan kan kitorang semua dah ready tunggu kat platform 2, Dengan barisan dah panjang sampai ke belakang siap ada yang potong barisan dan kena maki , maka datanglan abam imi Malaysia ni bagitahu dengan suara kuat giler, “siapa yang travel ramai2 tu sila berpecah , sorang beli tiket train klasik , yang lain pergi tunggu kat paltform 1 sebelah sana untuk proses imi thailand…”

Selepas pengumuman dari abam imi,maka berteraburlah sekalian orang membahagi tugas siapa yang pergi beli tiket dan siapa yang kena menunggu di ruang imi Thailand. Aku dengan Nani ambik keputusan beratur nak beli tiket train klasik , Nina dan YB pulak beratur kat ruang nak masuk imi.
Aku pikir memula oh bagusnya , memudahkan kerja. Takderlah semua beratur semata nak beli tiket jam 9 pagi tapi sampai ke 9:30 pun kaunter tiket tak bukak2 lagi.
Dah beratur tiba2 dengar pengumuman lagi dari abam imi lagi, kali ni dia suruh kawan yang tunggu kat imi thailand tadi ambik white card dan isi butiran dengan syarat diorang ada pasport kita.
Ahh sudah , pasport semua kat aku pulak tu, dah aku kena kelam kabut meredah barisan nak mencari Nina dan YB untuk serahkan pasport untuk isi white card. White card ni kiranya arrival card dan wajib isi. Tanpa white card tu jangan harap boleh lepas dan masuk ke Thailand.

Ingatkan urgentlah sangat , rupanya sampai Nani dah siap beli tiket dan meredah sesaknya nak berkumpul dengan kitorang, imi Thailand tak buka lagi.

Aku ni dahlah pakai jubah warna hitam, opkoslah ‘tiak dah berkicap dibuatnya. Mujur bau badan masih maintain Sabaya , kalau keluar bau ala2 bawang bonyok mampos aku kena tolak ngan orang kat rel keretapi.

Lepas imi Thailand bukak kaunter , siapa yang takder white card kenalah berlari ke kaunter dapatkan white card. Dah ambik kenalah isi dengan betul. Dah isi beratur lagi untuk pengesahan dan beratur lagi untuk naik train klasik.
Yang aku rasa macam dipermainkan sangat ni ialah bila kau keluar pintu sana dan kau masuk pintu sini dan tempat kau keluar masuk tu adalah tempat yang sama kau berdiri dan beratur dari pagi.
RASA SERIK NAIK TRAIN KLASIK DARI PADANG BESAR KE HATYAI
Sampai sekarang aku bile teringat mesti aku nak gelak sebab sampai camni punya haibat nak masuk Thailand dengan train klasik.
Aku faham tempat tu kecik dan tak adalah teruk mana pun. Cuma bagi first timer cam aku nih agak stress jugaklah. Dahlah semua tak on time. Tu yang buat otak aku lagi serabut dengan sistem diorang.

Dan ini yang last , ingatkan bila dah nak naik train tu dapat seat semua nanti terus jalan. Rupanya kena tunggu lagi , bukan 10 minit bukan 20 minit dan bukan 30 minit. Tapi 1 jam lebih jugak, rupanya bukan tunggu tiket yang ada seat habis dijual , tiket takder seat pun diorang jual jugak.

Train jalan betul2 bila dah penuh dengan orang duduk dan berdiri. Tepuk dahi aku dibuatnya walaupun kitorang semua boleh duduk dengan selesa dalam train.

Bila train dah mula bergerak perlahan melepasi paltform padang besar barulah hati rasa berbunga -bunga. Feeling nustang pun yer ditambah dengan bunyi roda train bergesel dengan rel memang akan timbul satu perasaan syukur dan lega dan gembira dan juga teruja.


Pemandangan desa diluar jendela dengan tiupan angin dan cuaca yang cantik buat kau rasa bahagia.
Tapi sayang , kedamaian dan kebahagiaan itu hanya sementara bila sekali lagi train klasik diberhentikan betul2 ditengah jalan bagi memeberi laluan kepada train lain. Bukan 10 minit tau train berhenti. Kalau turun pastu buat photoshoot sambil berguling pun train tak jalan lagi. Dekat 1 jam stop barulah train kembali bergerak meneruskan perjalanan sehingga ke Hatyai Junction.

WELCOME TO HATYAI JUNCTION
Ok dah tamat ! aku pun penat , next time aku cerita lagi yer, itupun kalau korang support aku dengan komen “nak baca lagi” sambil tekan seketul dua iklan yang ada dalam blog aku.

Pokoknya kat sini aku nak bagitahu dan bagi cadangan kat korang.Kalau korang bercadang nak naik train klasik ni sebaiknya naik masa waktu balik sahaja. Kalau korang naik ETS dan ETS korang sampai 5:30 pagi kat padang besar macam kitorang aku nasihatkan korang terus jerlah naik van untuk masuk ke Hatyai. Lebih2 lagi kalau dalam trip korang tu ada orang tua dan budak kecil.

Serius letih bhai ! pengalaman naik train klasik ke Hatyai sangat menguji kesabaran sebab cuaca panas dan berdiri beratur tu sangat meletihkan. Dahlah aku sebenarnya dah lebih 24 jam tak tidur. Kepala dah ting tong , tu yang video pun merepek-repek.
Letih tapi semangat, sebab aku dah makan banyak masa breakfast tadi, kalau tak mau pengsan sebab banyak guna tenaga semata nak naik train klasik dari Padang Besar ke Hatyai Junction.

Tapi pengalaman balik naik train klasik dari Hatyai ke Padang Besar pulak sangat best sebab perjalanan sangat smooth walaupun tak dapat seat sebab lambat beli tiket.
If korang nak details pasala trip baik iti dan bajet korang boleh baca kat blog Yb Shehan & Mama Kembar 3 dulu. Blog Nina Mirza tengah ada problem, kang blog dia dah ok baru aku tambah link lain.

Ok itu sahaja perkongsian aku. Sekian macehhh.
Pengalaman yang best tapi cukup lah sekali hahahaha. Nak repeat hatyai tapi pi naik van plak jom…
Haaa lekaih sambung lagi kisah trip hatyai kita, nak baca niiii
Mama Kembar Tiga recently posted…Yang Ku Perlu Hanyalah Lip Balm Nuur…Bibir Lembap dan Cantik Ja…
Yup, Pengalaman paling syiokkkk. Rindunya…. Jom travel lagi
Seronok baca pengamalan akak waima rasa macam kenapa banyak betul dugaan? Asyik delay sahaja. bukan seminit dua tapi sampai dekat sejam. Memang berkicaplah. Tapi atlast memang best kan kak bila dah on journey. View pon cantik je. Terbaik kak. Perkongsian yang menarik. Nak baca lagi puhlissss ~
Alahai complicated nya. Baru ingat nak pergi jugak naik train jugak nak rasa adventure tapi kalau dah gini. Susah hati lak nak naik train.
Tragis juga ya pengalaman korang semua. Saya pernah naik sekali. Tu pun ada tak sampai 6 orang dalam train ni. Smooth juga la perjalanan. Tak sampai 45 minit dh sampai Hatyai.
amirnawawi recently posted…Mencuba Hydra Oxy Glow C di Dr Medispa & Wellness
Rawlins pula sejenis yang tak tahan menunggu – memang restless kalau lelama menunggu nie. Rawlins dapat bayangkan dah macam train kat India yang penuh dengan manusia dan haiwan kan. Haha. Thanks sharing. Waiting for your next sharing.
Great experience comes with great challenges. Agak tak teratur dan tak jelas untuk naik train klasik nie drpd pihak mereka tp once dapat naik feeling dia best sbb dpt tgok view yg menarik dan pengalaman yg xdpt dilupakan
Wow…banyaknya orang kan? Memang klasik lar kereta api ini. Macam tak cukup selesa kan kerana panas dan sebagainya. Tapi pasti merupakan pengalaman yang istimewa. 🙂
Tekkaus recently posted…Taman Connaught Pasar Malam-A Night Market of Food Paradise
Satu pengalaman yang best ni..kalau sis pun mesti nak cuba gak ni, bawak anak sekali, ya lah…diaorg mana pernah naik train macam ni..so biar dia merasa naik train klasik ni..:D
Wah!!! Kak memang gigih, train klasik ni memang selalu full and omg it takes a long time to reach. However you get to enjoy the outskirt scenery and also relax.
Sunshine Kelly recently posted…A Choice To Revitalize & Rejuvenate My Look
Belum ada pengalaman naik tren ke Hatnyai. Teringin jugak buat trip ke hatnyai dengan kawan2. Macam syok je, sana banyak makanan best kan?
Selalu dgr psl isu imigresen kalau gi Thailand. kena hati2 kan. Best ya dapat naik train mcm ni. Teringat zaman naik train KTM lama-lama. Skrg semua ETS je kalau g utara ni.
Mmg kena ada kesabaran yg sangat tinggi kan. Tapi seronok pg ngan kengkawan. Takde lah stresss bunyi anak merungut dll haha
Tak pernah jejak kaki kat Hatyai heheh teringin sangat tengok pengalaman walaupun naik train ia satu yang baru kat tempat orang memang menarik dan seronok best lain daripada negara sendiri….. Itu yang membuat kita menghargai apa yang negara kita ada dan kita sayang pada negara kita…
oh wow it’s such a long journey. lucky you are patient person. If I were you I think I got no mood to take pictures already haha. but there is a lot of ppl there
Lecehnta naik train ni byk sangat ligaments, kak rasa naik bas lg selamat