Asalamualaikum semua ! mesti korang dah rindu nak dengar pengalaman aku bermusafir kan kan kan ? Ingat tak yang hari tu aku ada kongsikan dengan korang kan cara-cara nak memohon lesen ataupun permit memandu antarabangsa.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada travel agency terbabit.
Memang tak ada dalam senarai impian langsung yang aku akan memandu dinegara orang dengan pemanduan disebelah kiri. Aku tahu itu berlaku kerana Allah sangat permudahkan urusan aku dan menjaga aku serta kepercayaan serta sokongan padu dari dd dan kawan-kawan juga membuat aku jadi berani untuk melakukan semua itu.
Kalau ikutkan ini bukan kali pertama aku memandu dinegara luar sebab sebelum ni aku dah ada pengalaman memandu di Melbourne. Tapi oleh kerana trafik di Melbourne sama seperti di Malaysia jadi aku anggap ianya sama seperti memandu di Malaysia. Berbeza sungguh dengan Korea kerana pemanduannya disebelah kiri.
Hari pertama sampai ke Pulau Jeju aku dah diberi tugas berat. Tujuannya satu supaya aku biasa dengan trafik dan cara pemanduan disitu dan tugas ini juga bakal aku pikul sendirian untuk trip-trip yang akan datang.

Pada mulanya aku ambik masa tang agak lama untuk memulakan perjalanan. Makumlah aluran trafik sangat2 berbeza. Aku kena perhatikan arus dahulu sebelum aku memusibg setering kereta. Silap masuk mau kena hon kena marah atau mungkin kemalangaan. Mana nak tengok trafik mana nak jagabhad laju dan mana nak tengok GPS lagi. Tu tak camlur selang berapa minit ada spped camera dan tanda had laju.
Untuk pengetahuan korang juga. Speed limit di Pulau Jeju hanyalah 80kmj , diulang 80kmj sahaja dan tak akan lebih. Yup memang ada jer yang memandu lebih dari speed limit tapi lantaklah sana. Aku tak nak ambik risiko sehingga kena saman nanti.
Its okay untuk korang drive pelan-pelan tetaoi kalau ada tempat yang tak boleh memoting then korang sangat sliw adalah bagusnya korang keteoj sikit untuk bagi kenderaan lain memotong.
Kat sana aku jaranglah kena hon , kalau kena pun sebab aku disuruh jalan oleh kereta belakang sebab aku berhenti kat lampu merah dan tak tahu samada nak kena berhenti atau kena jalan. So konpiusss gaiss.
Hari pertama kedua jer aku kena camtu , maklumlah sebab tak biasa. Masuk hari ketiga Alhamdulillah aku dah tahu mana nak stop mana nak jalan dan kat mana nak u-turn. Itupun nasib ada founder yang dah pernah memandu di Pulau Jeju. So berbekalkan tips dan tunjuk ajar dari beliau aku dapat memahirkan diri memandu di Pulau Jeju.
PULAU YANG PENUH DENGAN SPEED CAMERA
Dan aku perasan yang di Pulau Jeju terdapat banyak speed camera yang fungsinya sama macam AES dinegara kita. So berhati-hatilah yer. Pernah aku terserempak dengan polis yang sedang menjalankan operasi speed trap di highway.
Satu jer tips aku pegang dari founder , kalau tersalah jalan jangan risau dan jangan panik. Jalan jer terus kedepan nanti GPS akan reroute.
Dan tips tu aku pegang sampailah hari ke 8 memandu di Pulau Jeju.
Terus terang kalau nak bandingkan antara pengalaman memandu kat Jeju dan Melbourne, aku lebih enjoy memandu kat Jeju. Pertama sebab jalan dia taklah sibuk tapi taklah sunyi dan paling penting jalannya tak gelap gelita macam kat Melbourne walaupun dah masuk malam.
So gaiss itu sahajalah pengalaman aku musafir di Pulau Jeju. InsyaAllah lepas ni aku nak share tempat-tempat menarik dan cantik yang wajib lawat kalau datang ke Pulau Jeju.
Jumpa lagi gaisss !
Comments