PENGALAMAN MELAWAT KAPAL TENTERA LAUT JEPUN, JAPANESE MARITIME SELF DEFENCE FORCE (JMSDF) – JS IZUMO & JS MURASAME : Pada tarikh 26 Mei 2019 aku dan 4 rakan blogger iaitu Afiq, Ayue , Jean & Fareez berkesempatan datang awal pagi bagi memenuhi undangan dan melihat sendiri ketibaan Kapal Tentera Laut Japan Maritime Self Defence (JMSDF) iaitu JS IZUMO (DDG183 Helicopter Destroyer) & JS MURASAME (DD 101 Class Destroyer) merapat ke Bousted Cruise Centre (BCC) buat kali pertama dan kali kedua buat Japanese Maritime Self Defence Force semasa pameran LIMA di Langkawi 2019 dengan JS ASAGIRI’s pada bulan Mac yang lepas.

Kedua kapal ini akan berlabuh di Bousted Cruise Centre , Pelabuhan Klang sehingga 29 Mei 2019. Ianya bertujuan bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara Japanese Maritime Seldf Defence Force (JMSDF) dan Royal Malaysian Navy (RMN) , sekaligus menganjurkan simposium mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR).

Ketibaan mereka pada hari itu juga diraikan dengan penut hormat oleh Timbalan Panglima Tentera Laut Laksaman Madya Datuk Khairul Bin Yahya yang menyambut Panglima Komander Flotilla 1 Laksamana Hiroshi Egawa dan seluruh delegasinya.

Dalam ucapannya, Naib Laksamana Datuk Khairul Anuar berkata kapal JMSDF melawat Malaysia hampir setiap tahun dan lawatan tersebut akan terus meningkatkan hubungan antara Jepun dan Malaysia.

Beliau juga merakamkan penghargaan atas layanan yang diberikan kepada kapal KD LEKIU semasa panggilan pelabuhannya ke Pangkalan Tentera Laut Kure di Hiroshima untuk tujuan ulang bekal.

untuk ko dik dapat duit raya dari Panglima Komander Flotilla 1 Laksamana Hiroshi Egawa
setiap ketibaan disambut meriah dengan pancaragam dari TLDM

Naib Laksamana Muda Hiroshi Egawa dijadualkan membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Laut Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany dan Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi Bin Hj Mohd Zuki.

Untuk kapal JS IZUMO dan JS MURASAME, mereka akan mengadakan lawatan ke National Hydrography Centre (NHC) dan KD LEKIU, kapal tuan rumah RMN untuk panggilan pelabuhan pada kali ini.

DATA KETERANGAN KAPAL

JS IZUMO (DDH183 HELICOPTER DESTROYER)
Displacement : 19,950t
Lenght : 248.0m
Width : 38.0m

JS IZUMO (DDH183 HELICOPTER DESTROYER)

JS MURASAME (DD 101 CLASS DESTROYER)
Displacement : 4,550t
Lenght : 151.0m
Width : 17.4m

JS MURASAME (DD 101 CLASS DESTROYER)

PELUANG BESAR

Sebagai orang awam, bagi aku ini satu peluang yang sangat besar dapat melawat kedalam kapal terbesar milik JMSDF.

Terima kasih pada Lt Kdr Siti Salina Binti Johari atas jemputan istimewa ini

AKTIVITI LAWATAN DI DALAM KAPAL

Memang seronok dan mencabar fizikal apabila kena memanjat dan menuruni tangga kecil untuk pergi dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Pada hari itu media yang terlibat juga berpeluang melawat beberapa tempat penting dalam kapal seperti bilik kecemasan , pusat kawalan kapal dan deck teratas dimana 5 helikopter dapat ditempatkan pada satu masa yang sama.

JS IZUMO (DDG183 Helicopter Destroyer) juga adalah sebuah kapal terbaru milik JMSDF yang lengkap dengan sistem kawalan yang canggih berbanding kapal lain.

nebes nak masuk kapal terbesar milik JMSDF
hari ni kita bergambar dengan bendera Jepun , esok2 kita pulak pergi jejak negara Jepun
bersama dengan wakil pelajar Jepun di Malaysia
saya kapten anda pada hari ini
segak bergaya

Sememangnya ini satu peluang dan pengalaman terhebat untuk seorang penulis blog kecil seperti aku kerana dapat menerokai sendiri sebuah kapal milik tentera Jepun yang cukup besar dan gah lengkap dengan teknologi kawalan yang canggih selama mereka berada dilautan untuk tujuan keselamatan perairan negara.

Categorized in: