Macamana aku boleh dijangkiti virus covid19 ? Jawapannya aku tak tahu. Ramai yang patuh SOP semua akan kata diorang sendiri tak tahu dapat dari mana. Ironinya perasaan akan dijangkiti virus covid19 ni macam aku dah dapat rasakan akan hadir dalam hidup aku juga walaupun tanpa diundang.

Oleh kerana varian terbaru covid19 boleh tersebar melalui airbone jadi sesiapa sahaja boleh dijangkiti walaupun tak ada kontak rapat dan ia dinamakan sebagai kluster Sporadik.

Sebab tu aku tidak pernah persoalkan “kenapa aku yang kena..?” apatah lagi nak menyalahkan sesiapa. Kalau korang perasan aku sendiri macam dah dapat gerak hati yang lama kelamaan aku juga akan dijangkiti virus covid19.
Tapi aku sentiasa percaya yang Allah tu maha adil dan juga maha penyayang. Tiap-tiap kejadian pasti ada hikmahnya itupun jika kita berfikir. Allah yang akan pilih siapakah dikalangan hambanya yang dia kehendaki untuk diuji dengan penyakit ini. Di turunkan penyakit pasti bersama dengan penawarnya. Cuma kita kenalah usaha dan ikhtiar untuk mencari dan mencuba.

Fasa Pertama Jangkitan
Seingat aku, 2 ke 3 hari sebelum tu lagi aku syak aku positif ialah bila aku badan aku mula bagi signal tak sihat seperti sakit pinggang (macam nak kena kencing kotor) , lepas tu aku demam sekejap dalam sehari semalam jer. Masa tidur pun aku siap meracau. Itu DD yang katalah. Sebab dia yang jaga aku masa malam tu. Aku tidur pun pakai stokin dan sweater sebab nak bagi badan berpeluh.
Esoknya aku ok. Tapi still rasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh kat bahagian sendi terutamanya bahagian belakang pinggang. Oleh sebab pada mulanya aku syak aku kena kencing kotor sebab tu aku cepat-cepat minum Ural.
Lepas tu aku mula batuk dan selesema. Masa tu aku memang fikir benda normal aku jadi sakit disebabkan perubahan cuaca dari sejuk ke panas. Masa tu tak silap aku memang cuaca adakalanya macam nak hujan tapi lebih kepada panas terik.
Dalam tempoh tu DD pun dah mula tak sihat. Padahal dia baru jer buat PCR swab test dan result yang keluar masa 15/5/2021 kata negatif. Tapi dia tetap diminta untuk kena kuarantinkan diri sehingga 18/5/2021 then baru boleh masuk kerja.
19/5/2021 Rabu
DD mula demam on dan off. Dalam sehari tu adalah hingga 4 kali tiba-tiba dia demam. Lepas makan ubat dalam 3 ke 4 jam ok pastu demam balik.
Memang aku tak cukup tidur sebab jaga dia. Aku kena pastikan dia berpeluh balik dan sejuk. Tampal cool fever’lah , lap satu badan dengan air sejuk semua. Then dia pun ok.
20/5/2021 Khamis
Dia masuk kerja. Masa kat tempat kerja dia bagitahu aku yang dia demam balik dan aku suruh dia balik cepat.
Malamnya dia demam on off balik. Aku cakap pergilah jumpa doktor. Pergi klinik dapat ubat dan doktor kata dia demam urat. Aku pun rasa lega kalau itu apa yang doktor kata.
21/5/2021 Jumaat
Esoknya dia tak pergi kerja tapi masih lagi demam on off sepanjang hari. Malamnya aku baca mesej yang kawan sekerjanya hantar. Katanya seorang kawan kerja dia dah disahkan positif covid19 so diorang tak bagi DD datang kerja. Aku reply kata yang DD memang tengah demam dan aku pun memang tak bagi dia masuk kerja.
22/5/2021 Sabtu
Petang lepas Zohor DD mintak aku hantar dia pergi KK Batu 14. Tapi dah tutup. So aku cuba bawa DD ke UTC Shah Alam tapi dah juga tutup juga.
So aku kata dengan DD kita pergi hospital jerlah yer. Dia kata ok jer dan aku kata alang-alang nak pergi hospital kita bawak mak sekali sebab mak pun dah 2 ke 3 hari demam on off jadi boleh minta doc periksa sekali. Balik rumah solat Asar dan terus aku bawak mak dan DD ke Hospital Serdang. Walaupun masa tu aku dah start batuk, selesema dan sakit-sakit sendi tapi entah kenapa aku rasa aku kuat untuk handle DD dan mak.
Waktu masuk kereta tu aku sempat spray setering dan tangan dengan sanitizer yang berbau Lavender.
Sampai Hospital Serdang aku turunkan mak dan DD dekat bahagian Kecemasan. Tapi before aku datang Hospital aku memang dah call diorang dulu tanya tentang situasi yang sepatutnya aku kena lakukan. Lepas yang jawab kata suruh ke emergency jer terus, aku pun ok.
Dekat hospital mak dan DD diletak kat bahagian green zone. Lepas ambik darah semua, doc kata kemungkinan DD kena Denggi sebab result platlet darahnya ada sedikit rendah. Lepas tu mak dengan DD kena buat PCR swab test. Selesai swab test baru boleh balik. Ikutkan masa yang diperuntukkan dekat hospital boleh tahan lama. Dari pukul 5 petang hingga pukul 10:00 malam baru selesai.
Masa ni mak pun dah lapar dan sejuk. Mujurlah adik beradik dekat dan mintak carikan makanan dan hantarkan baju sejuk sebab masa tu tak tahu pukul berapa selesai.

Aku teguk air kosong jer pun ok tapi takkan nak biarkan mak lapar. Kat Kedai dalam hospital pun cuma ada jual mi segera dan sandwich yang aku tahu memang mak tak akan makan. DD pulak banyak duduk dekat luar hospital sebab dia kata kat dalam sejuk sangat. Aku kesian tengok dia sebab memang dia tak larat sangat.

Sampai rumah lepas dah solat dan makan semua. Aku nak sapu belakang DD dengan minyak angin sebab dia kata dia sakit-sakit badan.
Start malam tu’lah aku perasan yang aku dah mula hilang deria bau. Aku cuba bau dalam-dalam minyak angin yang aku pegang. Malangnya aku tak dapat bau apa-apa. Dekat dan kuat macamana pun kau letak mintak angin ker minyak wangi ker kat hidung tetap tiada bau.
Walaupun begitu condition badan aku waktu masih tetap stabil cuma batuk dan selesema jer. Mungkin sebab aku nampak DD yang sangat lemah jadi aku rasa aku perlu untuk jadi kuat.
Ini bukan kali pertama DD jatuh sakit dan memang biasanya aku memang paksa diri jadi kuat untuk dia.
Esoknya DD kata yang doktor suruh datang hospital lagi untuk ambik darah. Aku pun ok mungkin betul DD kena Denggi sebab DD tak selesema tapi ada batuk. Dalam pada masa yang sama aku dah mula rasa tak sedap hati sebab aku dah hilang deria bau. Aku yakin sangat yang aku sudah dijangkiti virus covid 19. Cumanya waktu tu aku masih mampu bertahan.
23/5/2021 Ahad
Lepas Zohor aku hantar DD ke hospital. Waktu tu aku dah mula rasa letih. Aku cakap dengan DD yang aku nak rehat dalam kereta jer. Jam 4 petang DD bagitahu yang keputusan PCR swab test dia positif covid 19.
Menggigil kejap aku. Aku call DD tapi dia suruh aku balik dulu sebab dah tak boleh jumpa. Aku yang baru bekejar nak ke zone kecemasan macam dah tak rasa macam kaki dah jejak ke tanah. Nafas aku dah mula tak betul. Aku cepat-cepat call kawan baik aku. Aku tahu waktu-waktu kecemasan macam ni dia jer yang boleh tenangkan aku. Dan memang betul hanya dia jer boleh redakan rasa panik aku ketika itu. Lepas aku bertenang barulah aku boleh drive balik dengan selamat.
Tapi sebelum balik aku cuba berunding dengan kaunter kecemasan Hopsital untuk minta buat ujiar swab test PCR dekat situ. Aku jelaskan pada MA yang bertugas yang aku dah jadi kontak rapat kepada DD dan aku juga sudah mula bergejala.
Malangnya jawapan yang aku dapat adalah seperti ini. “Puan balik dulu dan esok Puan pergi jer dekat KK Batu 14 untuk buat swab test dekat sana…” Aku cuba jelaskan lagi yang aku dah bergejala seperti batuk, selesema, sakit sendi dan juga hilang deria bau. Sebolehnya aku mahu segera buat PCR Swab Test di Hospital sebab aku tengok khemah swab test disitu sedang kosong dan aku rasa lagi cepat aku tahu keputusan lagi cepat aku boleh bertindak atau buat apa-apa yang sepatutnya.
Waktu itu walaupun tanpa buat swab test tapi aku amat yakin 100% yang aku dah positif covid19 diebabkan gejala yang paling ketara iaitu hilang deria bau. Selama aku selesema, batuk, sakit demam belum pernah lagi aku mengalami kejadian hilang deria bau sepenuhnya. Sekalipun selesema sekuat manapun deria bau tetap akan ada dan tak akan hilang 100%.
Oleh kerana permintaan aku untuk buat swab test di Hospital ditolak, aku pun balik. Aku fikir tak apalah mungkin memang sudah begitu peraturan Hospital.
Sampai jer rumah setiap setengah jam aku akan wasap dan call DD tanya macamana ? Apa yang doktor akan lakukan selepas dia disahkan positif covid19 ? Tapi katanya dia tengah tunggu keputusan xray pula. Kalau takder apa diaakan dibernarkan pulang malam tu juga. So dia minta aku standby untuk ambik dia bila-bila masa jer nanti. Walaupun hati aku memang dah mula rasa tak sedap tapi aku cuba untuk kekal tenang.
Punca Aku Panic Attack
Dekat 10:30 malam DD hantar mesej yang buat aku terus kena panic attack. Walhal sebelum tu aku sangat-sangat tenang. Tapi lepas kawan aku letak phone aku terus terfikirkan keadaan DD. Paru-paru bleeding bukanlah perkara kecil. Bagi aku ia sangat-sangat besar, bahaya dan berisiko tinggi.

Sambil kemas barang DD sambil terbayang macam-macam. Lagilah sejarah kematian pesakit covid19 mesti ada penyakit kencing manis , darah tinggi dan masalah paru-paru. Aku betul-betul macam tak keruan sangat waktu. Aku dah tak boleh tenang. Nafas aku naik turun sangat laju, aku berpeluh-peluh , jantung aku berdegup sangat kencang. Aku mula batuk tak berhenti.
Masuk kereta aku bertambah panik. Aku bukak tingkap dan tiba-tiba aku mula berfikir kalau aku terus memandu jugak mesti aku yang nanti bermasalah. Aku keluar kereta dan tarik nafas dan kata “tenang saidila tenang…” .
Aku istigfar banyak-banyak duduk dan bernafas dengan perlahan-lahan. Aku sedar jika aku panik aku sendiri nanti yang susah.
Aku masuk dalam rumah duduk, basuh muka, minum air dan bertenang dekat 5 minit jugak. Aku fikir perkara-perkara yang membahagiakan aku. Dekat 15 ke 20 minit juga aku ambik masa untuk betul-betul bertenang. Waktu masa tu pun dah pukul 11 malam. Nak minta tolong orang lain ajak teman pun aku rasa macam tak patut. Mak dengan anak-anak aku pun dah tidur masa tu. Diorang pun tak tahu aku keluar.
Masa drive pun aku bukak tingkap supaya aku dapat sedut udara dari luar.
Welcome To The War Zone
Sampai hospital terus aku serahkan barang dekat DD yang dah berada dalam ruangan pesakit covid. Tak dapat nak peluk , cium dan salam. Berada dalam wad covid itu bermakna kau sedang melangkah masuk ke war zone. Waktu tu suka atau tidak kau tetap kena battle dengan musuh yang kau tak nampak tapi ada. Kalau kau kuat dan kau menang kau akan boleh cepat-cepat keluar dari situ tapi kalau kau lemah tak kuat kau akan ke stage antara hidup dan mati.

Menyedari akan hakikat tersebut serta merta ia menjadikan aku mental koyak. Walaupun hati aku sangat-sangat bimbang akan keadaan dirinya tapi entah kenapa aku boleh tunjuk muka paling cool dengan dia.
Masa tu aku dah tak tahu samada nak yakin dia akan balik kepada aku atau aku kena bersedia untuk reda yang dia akan dipanggil balik kepada penciptanya.
Keluar dari kawasan hospital aku call kawan aku. Dia melayan aku bercakap hampir 1 jam lamanya. Waktu tu aku rasa aku perlu seseorang untuk teman aku berbual supaya perhatian aku boleh beralaih walaupun hanya untuk sebentar.
Tapi percayalah masa tu walaupun jasad aku dirumah tapi jiwa aku dah melayang ke Hospital. Pejam jer mata air mata aku akan mengalir secara tiba-tiba. Macam-macam perasaan datang mengusik hati aku sampailah akhirnya keadaan kesihatan aku sendiri terjejas dari masa ke semasa.
Menulis ini pun hati aku tiba-tiba naik sebak. Sebab tu aku betul-betul ambil masa untuk berkongsi dengan korang semua. Mungkin juga bagi korang cerita aku ni dah basi sebab aku simpan terlalu lama, tapi bagi aku ianya tetap bagaikan semalam baru terjadi.
Buat masa sekarang cukuplah sampai disini dahulu. InsyaAllah aku akan sambung lagi jika keadaan aku mengizinkan. Ini pun makan hari nak siapkan.
Aku nak sangat kongsi dengan korang macamana rasa sakitnya virus covid19 mengganas dalam badan aku, macamana aku battle dengan perasaan dan sakit dalam masa yang sama, how struggle aku cuba untuk bertahan dan macamana aku boleh sampai ke tahap putus asa untuk sembuh dan hanya menunggu masa nyawa ditarik bila-bila masa dan hikmah yang aku dapat disebaliknya.
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle
Allahu..baru tau kak long kena. Alhamdulillah sekarang dah ok. Sekarang memang kena lebih precaution dan lebih redha kan? Dulu yg kena org tak kenal n org jauh now byk yg kena ialah org dekat dgn kita. Apa pun moga kakong sentiasa sihat ye.
Stay strong Dilla. Luahkan pada seseorang yang dipercayai untuk kurangkan tekanan. Akak tahu Dilla akan tetap kuat untuk keluarga tersayang. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Kite pun baru je habis kuarantin positif Covid. Tak tau nak cakap maca mana perasaan. Cuma kena demam on off dan ceri beri. Alhamdulillah takde sesak napas semua. Tp dalam hati ni masih lagi takut betul ke aku dah sihat ni. Huhu. Mmg kn berjaga2 tp kalau nak kena macam mana kan. Tambah pula dah airborne salah 1 cr jangkitan. Semoga kita semua dijauhkan dr musibah ni.
Allahu. Moga dipermudahkan urusan sekeluarga ye. Kena sentiasa berfikiran positif agar cepat sembuh dan kembali kepada keluarga. Jangan down ye, nanti susah ubat nak serasi. Moga diberikan kesembuhan dengan segera
Rawlins GLAMq recently posted…The Conjuring: The Devil Made Me Do It [Movie Review]
Allahu..seram sejuk baca paru2 bleeding tu, kalau saya pun sure panic jugak. moga Allah pelihara kita semua aamiin
Baru tahu kisah sis… Yelah kdg kita ni xtau jangkit dr mana kan… Tengok2 je dh merabak laju je.. Moga terus kuat dan kembali sihat ya sis…
[…] Baca : Pengalaman Dijangkiti Virus Covid19 […]
Nad baca satu persatu, dapat rasa perasaan tu. Risau, serba tak kena semua ada. Tapi nak taknak kita kene kuat untuk orang lain juga. Tak sabar nak baca seetrusnya..
Hopefully diberikan kesembuhan buat semua ya! Inilah yang kita risaukan walaupun we dah do our best follow segala SOP…thankfully dibenarkan work from home since awal2 PKP lagi tahun lepas, kurang sikit risiko since tak perlu commute to work dengan public transport..
Ya Allah bagi kekuatan kepada meraka yang terjangkit dengan Covid dan juga berikan kesihatan pada mereka untuk terus hidup… Takut bila dengar kawan-kawan kena jangkitan kita nak bantu tak ada apa yang boleh cuma mendoakan sahaja moga terus sihat…
Mahamahu recently posted…IT’S SIXPACK Terbaharu Daripada Aik Cheong Coffee Untuk Sekeluarga
Betul Kak, ramai kawan saya yang kena semua tak tau dr mana punca.. tapi alhamdulilah akak sekeluarga dapat tempoh semua fasa hingga sihat dan bebas dari Covid.. Saya doakan moga akak terus sihat ya.. jaga diri akak..
Sis Lin recently posted…SULTAN JOHOR MENGINGATKAN RAKYAT JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN GOLONGAN ANTI-VAKSIN
MasyaAllah sis, moga selamat dan baik-baik semuanya ya. Perkongsian yang bagus, saya jadikan sebagai panduan sebab mak saya sekarang ni pun baru shj kebah demam tapi katanya deria bau tak ada. Agak risau sebab kami berlainan daerah walaupun dekat. La ni tengah pantau juga dia dari semasa ke semasa, harap-harap ok…
Thanks god that now you are safe and back home already. Covid is real my mom and sister also affected by covid in april, its really a struggle.
Sunshine Kelly recently posted…TABASCO® Sriracha Sauce In Malaysia
Tak terkata! Serious rasa nak pelok kak long.. Alhamdulillah syukur kak long dah lepasi casa yang penuh dengan cabaran. Doa kan kak long kembali sihat seperti sediakala. Keep strong! Hugsss …
Semoga semuanya ok, sis. Gerun saya baca. Sebab setakat ni belum ada lagi mana2 kenalan saya yg positif. Yg kontak rapat ada la. Apa pun kita kena terus berjaga2. Dgn jumlah kes yg semakin meningkat terutama di Selangor ni, kita boleh nampak yg virus tu semakin dekat dgn kita.
Hope all is fine with you and your family now. Take care and stay safe.
Allahu.. Take care ya kak… Mmg risau skrg ni… Sebab kadar jangkitan tu skrg ni tinggi
Semoga Allah memberikan kekutan untuk menghadapi cubaan ini. Semoga Allha memberikan perlindungan dan kesembuhan.
Amin.
Saiful recently posted…Cabutan Al-Awfar Bank Islam Sebagai Tabung Kecemasan.
ohh dear, happy to note that you’re well now from it. Do take best care always & thanks so much for sharing this informative story here. cheers, siennylovesdrawing
Takziah dan Alhamdullilah sis sebab berjaya harungi ujian ni. Bila baca pengalaman orang yang kena ni, macam-macam perasaan saya dapat.
Zayani Zulkiffli recently posted…Cara Nak Semak & Buang Broken Link Pada Blogspot
[…] Baca : Pengalaman Dijangkiti Virus Covid19 […]
[…] Baca : Pengalaman Dijangkiti Virus Covid19 […]
[…] tak risaulah sangat pasal diri aku sebab aku masih imun terhadap serangan covid19, tapi aku risaukan mereka yang lain-lain yang masih belum dijangkiti, yang antibodi lemah, yang ada […]
[…] seorang yang dah pernah merasa sakitnya serangan virus covid19 yang sebenar, jadi kesan sampingan dari vaksin ni aku masih boleh […]
[…] seorang yang dah pernah merasa sakitnya serangan covid19 , aku akan keluar jika kes semakin menurun dan seluruh ahli keluarga aku sudah menerima vaksin. […]
[…] Baca : Pengalaman Dijangkiti Covid-19 […]