Hai korang ? tengah buat apa tu ? aku ni masih tak tido lagi , insomnia ler katakan . Cuma kali ni agak bermanfaat sikit sebab siangnya aku bertungkus lumus menyiapkan bahan -bahan untuk open house OSEM FAMILY PUCHONG .
Sampai naik kepejeng kaki berdiri lama sangat .

selfie seketul dengan iphone yang dah OK
Tu tak termasuk keluar masuk rumah sampai khemah sebab ada jer benda yang nak kena ambik . Man power pulak tak berapa nak hado sebab masing-masing ada hal dan tak kurang yang kena bekerja .
Sungguh begitu , akhirnya semua dapat diselesaikan dengan jayanya . **yeahhhh
Penat ! Tapi….
Penat tu jangan sebutlah , tapi kerana inilah…inilah yang sentiasa merapatkan hubungan saudara kitorang semua sesama adik beradik , ipar duai dan anak-anak saudara .
Dah lebih 5 tahun tradisi open house secara berjemaah dilaksanakan . Jimat kos dan paling penting meriah dengan kehadiran para tetamu jemputan .

kalau dulu tak boleh harap , sekarang inilah man power osem family puchong
Setiap tahun juga kehadiran tetamu semakin meningkat , nak kata kawan aku ramai datang tak jugak . Cuma sekarang anak2 buah dah ramai yang besar dan ada kawan masing-masing .
Tetamu Pun Terkejut
Untuk yang first time datang open house aku mesti terkejut dan tanya “kenduri apa nih ? kenduri khawin ker ?” dan tak kurang jugak ada yang patah balik walaupun dah sampai sebab bimbang salah rumah .

ni semua kosong tengah cari calon yang sesuai
Tapi mana yang dah pernah datang , open house rumah aku memang acara tahunan yang diorang nanti-nantikan . Sorang dua kawan aku pernah kata dengan aku macam nih “walaupun aku terima 10 jemputan lebih awal tapi kalau jemputan ko yang adalah jemputan terakhir , aku pasti pilih rumah ko dan akan datang ke rumah ko” .

contoh menantu rajin
Serius aku cukup trerharu , bukan nak bermegah sebab majlis besar tapi inilah salah satu cara aku dan keluarga dapat berkumpul , bekerjasam susah dan senang , nak bersedekah dan merapatkan perhubungan jauh dan dekat .

calon menantu sapalah ni yer ?
Pelbagai Hidangan
Yang ni paling pening dan setiap kali pun aku mesti serahkan urusan menu pada abang dan kakak aku . Aku cuma tolong menyibuk .

jauh mari dari batu pahat

terbaik bhai…limited
Bak kata abang ngah aku , “mak usu tu senyap jer time meeting tapi masa hari kejadian mak usulah yang paling bizi buat itu ini arah itu ini “ aku cuma cakap …“well ..you know me bro …” hahahahaha cisss , betul pulak…

kuih koci mak
Aku diam time meeting sebab aku nak semuanya berjalan dengan lancar . Lagipun benda takder depan mata , dah ada baru boleh sembang , yer dak ?

kepala buat lemang sendiri
Kadang apa yang di meeting pun tak terlaksana masa hari kejadian , contohnya masa meeting katanya daging ngan paru nak masak rendang . Sekali hari ni terus jadi masak palembang atau masam manis , tapi jadinya macam masak kicap .
Ahhh sudah , nak makan pun tak syok , akhirnya aku repair daging paru tu biar jadi sedap dan sesuai nak dimakan dengan lemang . Barulah ngam rasanya dan sedap dimakan .
Bukanlah nak puji diri sendiri tapi kalau aku tak puas hati memang aku akan bebel sepanjang hari tu . Diorang memang tak boleh tahan kalau aku dah pet pot pet pot .
Keluarga Yang Membahagiakan Aku
Walaupun diorang semua abang2 dan kakak2 tapi diorang takderlah pernah sembur2 aku kalau aku punya cakap kadang macam nak ajak gaduh .

kawan gadoh ….
Diorang pun tahu cara cakap aku memang kasar tapi sebenarnya aku takder niat nak kasar apatah lagi kurang ajar . Dan kasar aku bagi diorang semua hanya gurauan .
Bagi aku dioranglah kesempurnaan hidup aku , cuma aku tak pandai nak lafazkan dan tunjuk aku sayang diorang dengan sepenuh hati aku .

kakak dan anak buah tersayang
Mak selalu pesan dengan aku supaya kekalkan keharmonian keluarga , sekalipun air dicincang tidak akan pernah putus .

semoga keluarga ini akan tetap bersama hingga ke syurga
Aku bersyukur sangat sebab Allah berikan “mereka” kepada aku . Sebuah keluarga besar yang sangat-sangat susah untuk dimiliki pada zaman sekarang .
Sebak saya baca entry ni… Sebab saya tahu kisah silam akak. Bersyukur akak dapat ‘keluarga’ sekrang yang sgt supportive,yang sentiasa ada bersama akak. Bahagia je muka adik-adik tu saya tengok.. Well done kak dila! Semoga rezeki akak semakin bertambah dan sentiasa mendapat rahmat dari Nya
alhamdulillah DP….memang wajib bersyukur sangat ….tu pentingnya utamakan hubungan kekeluargaan…
jangan nak menang jer …sesekali kena mengalah juga asalkan keharmonian dapat dipelihara ….