Mula2 aku nak kata….lamaaa gilerrrrrr aku tak hapdate blog ni mungkin ada yg cam menyampah sebab asal bukak blog aku jer citer yg sama asal bukak blog aku jer story basi…..draft bersusun tapi belum semua siap sedia untuk dipublish….kadang aku pun rasa…kenapa aku rasa cam susah jer nak siapkan entry walaupun satu….aku marah pada diri aku sendiri sebab banyak menghabiskan masa membaca blog org2 lain sampai blog aku terabai….geram sungguh aku pada diri aku sendiri yg selalu tertarik dengan entry org lain sehingga blog aku terbengkalai lagi dan lagi….sampai bilakah keadaan ini akan berlanjutan….??

Tapi sebenarnya bukan benda tak hapdate dah lama yg aku nak cer kat sini tapi cerita pasal peruntukkan kewangan untuk persekolah yg akan datang…..sila luangkan masa sedikit membacanya yer…. cikit pun jadilah…

Minggu ni dan minggu2 yg lepas2 aku tak pergi mana2 pun…memula ada macam merancang nak bercuti ke Melaka…tapi aku pikir2 lagi….tahun depan 2012 yg bakal menjelma ni….3 orang anak aku akan masuk sekolah…2org pra sorang naik darjah 2….yuran dan kelengkapan untuk pra lebih mahal untuk yg nak naik darjah 2….selaku mama dan perancang kewangan daerah rumahtangga sendiri aku banyak buat pemotongan bajet…bajet perlancongan dihapuskan…bajet pakaian baru juga dihapuskan….dan bajet2 yg kurang sesuai juga dimansuhkan secara berperingkat….

Untuk 2 org yg nak masuk pra…bajetnya Rm1000 sahaja…termasuk semua keperluan pakaian dan yuran….untuk kakak yg nak masuk darjah 2….bajet untuk kasut sekolah dan yuran…tiada bajet untuk pakaian ataupun beg….walaupun pada mulanya dibangkang oleh emak kerana tidak menyediakan peruntukkan untuk sepasang baju sekolah baru untuk kakak….tapi setelah aku terangkan bahawa semua pakaiannya masih muat dan elok jadi aku rasa tak perlu membazir untuk membelinya…beg sekolah yg lama pun masih kuat untuk menampung berat buku2 yg bakal dibawa kesekolah nanti…lagipun kakak dah bersetuju untuk tidak memilik pakaian baru kecuali kasut sekolah yg memang tak boleh dipakai….kasut yg hanya beharga Rm10 masih boleh bertahan selama hampir setahun bersekolah…jadinya kali ni kasut sekolah kakak akan dibelikan dengan kualiti yg lebih baik….

Aku dan inchik dd sebenarnya mampu dan sangat2 mampu nak belikan pakaian seragam sekolah baru untuk kakak…tetapi aku ingin anak2 aku belajar berjimat dan bersifat sederhana….aku terangkan pada mak yg membangkang tindakan aku untuk tidak memebelikan kakak pakaian seragam sekolah baru kerana aku ingin mendidiknya untuk terima seadanya dan bersyukur dengan apa yg ada….pernah satu hari aku tanya padanya…masa tu semua sepupu2nya dah keluar untuk membeli pakaian sekolah baru…

Aku : kakak nak baju sekolah baru ker…??
Anak  Aku : baju kakak masih muat tak mama…??? 

Aku tanya dia tapi dia tanya aku balik….

Aku : baju kakak masih muat dan elok….mama tanya jer sebab manalah tahu kakak pun nak baju baru…
Anak Aku : kalau baju kakak masih muat tak payahlah beli….kakak ingat dah tak muat…kakak tak kisah pun 

Dia cuma tanya muat ke tak….dia tak tanya masih elok ke tak….meminta jauh sekali….

Touching betul jawapan anak aku ni….ni yg aku rasa cam nak belikan sepasang dua baju seragam untuknya jer nihhh…tapi aku kena kuat….inilah masanya aku nak didik anak2 aku ngan sifat2 sederhana….bersederhana dalam segala aspek….

Semoga anak2 aku akan jadi anak2 yg soleh dan solehah….amin