Terbaca kat laman FB Zakat Selangor pasal kejayaan salah seorang asnaf yang telah berjaya menjana pendapatan dan telah membeli sebuat kereta hasil dari menyertai projek MyBidan. Bagi aku ini salah satu cara atau inisiatif terbaik dari Lembaga Zakat Selangor untuk golongna asnaf bekerja menambah pendapatan sekali gus mengubah ekonomi keluarga.
So, jika korang ada mengenali golongan asnaf seperti ibu tunggal atau mereka yang memerlukan idea untuk menambah pendapatan, apa kata korang sarankan pada mereka untuk sertai Projek MyBidan.
Mana tahu mungkin satu hari nanti mereka pula yang jadi golongan pembayar zakat pula. InsyaAllah.
APA ITU PROJEK MYBIDAN ?
Projek MyBidan merupakan perkhidmatan urutan selepas bersalin yang disediakan bagi salah satu bentuk bantuan kepada asnaf fakir miskin. Projek MyBidan adalah berkenaan ilmu dan kemahiran kaum wanita menguruskan ibu-ibu yang baru bersalin dan juga bayi.
Lebih menarik, peserta yang terpilih menyertai Projek MyBidan akan diajar ilmu berkaitan urutan, sistem kewangan dan teknik pemasaran.
Projek MyBidan ini mudah sahaja. Ia dilaksanakan secara bergerak, pelanggan hanya perlu membuat temujanji dan peserta Projek MyBidan akan datang rumah pelanggan untuk melakukan urutan. Ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelanggan.
Melalui Projek MyBidan ini dapat dapat memberi peluang kepada asnaf mendapatkan pendapatan dan keluar daripada golongan asnaf. Alhamdulillah sehingga kini seramai 35 orang menyertai MyBidan.
BERJAYA BELI KERETA DENGAN MYBIDAN
Inilah antara yang dikongsikan Suliza salah seorang peserta Projek MyBidan, apabila berjaya membeli kereta menggunakan wang hasil daripada MyBidan. Alhamdulillah, satu pencapaian yang luar biasa kan.
Perkongsian kisah mereka ini adalah antara kejayaan usahawan asnaf fakir miskin Zakat Selangor yang menyertai program usahawan MyBidan.
Projek ini masih terbuka kepada asnaf fakir miskin wanita di seluruh Selangor untuk menjadi peserta. Ambil peluang sertai program MyBidan ini, dan ubahlah kehidupan.
Hubungi talian 017 6179135 Ustaz Hisham untuk penyertaan. Terbuka kepada semua asnaf fakir miskin wanita
Bagus program ni. nak rekomen la kat sesiapa yang memerlukan, boleh cari duit lebih
Alhamdulillah, bagus ada program camni. Moga wang zakat kita terus memberi manfaat kepada ramai lagi yg memerlukan.
Mama Kembar Tiga recently posted…Smelly No More Berkesan Ke?
Bagusnya program macam nie.. ibarat orang kata instead of bagi ikan, bagi pancing sekali 🙂
Untung dapat projek Mybidan ni.. bukan sekadar dpat income pendapatan… malahan dapat pahala lagi.. semoga terus sukses.
saps recently posted…SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan 2018
Bagus LZS ni.. sentiasa aktif dalam membantu asnaf