Hari tu aku ada terbaca kes seorang ibu terlupa anak yang berada dalam kereta selama 4 jam dan akhirnya berkesudahan dengan maut. Kalau ikutkan logik memang peliklah macam mana ada makbapak boleh tertinggal dan terlupa anak yang masih berada dalam kereta.
Tapi bagi yang beragama islam dan yang mengaku beriman dengan qada dan qadar cuba baca ini :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
“Di mana saja kamu berada, kematian pasti akan mendapati kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” (An-Nisa`: 78)
Kematian kita tak ada kena mengena dengan apa agamamu , apa bangsamu dan apa pangkatmu didunia. Cara kematian kita juga adalah berbeza-beza. Ada yang begitu dan ada yang begini. Sihat juga bukanlah tiket untuk terlepas dari kematian.
Banyak komen-komen dari netizen yang tak boleh terima “ketidaksengajaan” si ibu dan minta jangan terlalu cepat serah pada qada dan qadar. Tak kurang juga ada netizen minta si ibu dihukum dan diambil tindakkan undang-undang kerana ada akta kanak-kanak boleh sabitkan si ibu bersalah.
Aku yang hanya mampu membaca komen-komen netizen dengan nafas yang berat.Tenat sungguh pemikiran netizen ni, bukan semua benda boleh selesai dan dicegah dengan undang-undang.
Baiklah ! sebenarnya lama jugak aku sorokkan perkara ni dari pengetahuan orang lain.
Setahun lepas kejadian yang sama telah berlaku pada aku . Kalau aku ingatkan balik memang beristighfarlah aku jawabnya.Waktu tu pagi , aku sekeluarga bergegas ke KLIA untuk menghantar anak buah yang akan bertolak ke Mesir.
Semua anak-anak aku ikut tapi dalam keadaan diorang masih mamai sebab terpaksa bangun awal pagi. Sampai kat balai pelepasan dd turunkan aku dan anak-anak dan baru dia turun ke parking. Yang tak turun hanya babang sebab dia tidur kat belakang . Sebelum turun sempat aku pesan dengan dd supaya kejutkan babang yang tengah tidur. Dan dd pun kata ok .
Dalam 1 jam lebih dekat 2 jam aku duduk kat airport sehingga tiba waktu anak buah aku check in . Selesai check in semua barulah boleh balik.
Tiba-tiba Cinta tanya aku “mama , babang mana ?” aku cakaplah yang babang turun dengan ayah tadi . Cinta sambung “tapi Cinta nampak ayah jer tak nampak babang”
Mata aku terus melilau cari dimana babang . Ehh dia tak turun sekali ker tadi ? Aku cuma syak tak nampak dia sebab mungkin dia tengah main troli dengan sepupunya yang lain seperti kebiasaan bila datang airport.
Aku tanya dd “bang …mana darwisy ? abang tak bawak dia turunsekali ker ? dengar jer aku tanya macamtu terus dd tepuk dahi cakap “allahuakbar ! dia masih kat kereta “ dan terus dd berlari tinggalkan aku sebab nak bekejar ke kereta.
Korang tahu tak perasaan aku masa tu macamana ?
Lutut aku terus longgar , tapak tangan aku berpeluh dalam kesejukkan. Membayangkan anak aku yang terlupa dikejutkan dalam kereta selama 2 jam di parking basement !
Masa tu aku nak lari tapi aku tak berdaya ,aku cuma doa ya allah selamatkanlah anakku ! ya allah peliharalah anakku ! ya allah lindungilah anakku ! Aku cuma ulang-ulang itu sahaja. Waktu tu aku tahu tak ada sesiapa yang mampu selamatkan anak aku kecuali ALLAH Taala. Aku serah segalanya untuk Allah tentukan.
Mak pun dah tak keruan dan mula menamgis mengenangkan cucu yang tertinggal dalam kereta selama 2 jam .
Dalam menahan rasa sesaknak bernafas aku tanam juga rasa redha andai terjadi sesuatu yang tak diingini. Dada aku rasa sesak rasa berat nak bernafas macam nak putus nyawa pun ada waktu tu .
Aku terduduk di tepi tiang dengan harapan dd akan membawa anak aku. Telefon berdering , dd call aku dan bagitahu yang babang masih tidur sewaktu dia sampai.
Masa tu Allah jer tahu betapa leganya perasaan aku. Hanya ada syukur dan syukur . Selepas tu aku nampak dd bawak babang yang dalam keadaan masih mengantuk dan tak faham kenapa aku beria peluk cium dia macam dah lama tak jumpa. Dia sendiri tak tahu apa yang dah berlaku.
Bila aku turun jer ke parking basement , aduii berkuap rasa kawasan tu macam tak cukup udara.
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang berkuasa diatas segalanya. Hanya Allah yang mampu melupakan dan mengingatkan kita pada sesuatu. Dan sesuatu itu tidak akan terjadi dengan izinnya baik yang baik ataupun yang buruk.
Aku dan dd mengambil iktibar dari kejadian hari itu dan berkata
“agaknya , beginilah yang terjadi bila Allah tarik ingatan ibubapa terhadap anak-anak..kita ni baru ALLAH lupakan ingatan terhadap babang selama 2 jam pun dah menggeletar macam nak putus nyawa , bagaimana pula dengan yang sehingga anaknya sempat untuk meninggal..?”
Bayangkan eh , padahal tak sampai 10 minit pun aku pesan kat dd pasal babang yan tengah tidur. Allah tutup ingatan dia bila dia dah sampai parking basement.
Percayalah yang ALLAH lebih mengetahui , tak ada ibubapa sengaja nak biarkan anak dalam kereta sehingga berjam-jam lamanya tanpa udara dan apatah lagi hingga menyebabkan kematian.
Sungguh aku faham perasaan si ibu yang diuji itu kerana satu ketika dulu aku juga pernah diuji dengan perkara yang sama. Bezanya Allah masih melindunginya dan ALLah juga tahu yang aku belum mampu menerima ujian seperti itu.
Pada yang Allah belum uji dengan ujian lupa jangan terlalu yakin dan mendabik dada berkata “aku takkan lupa benda-benda penting camni” walhal tak sampai sekelip mata Allah boleh tarik balik ingatan kita. Jaga-jaga haaaa !
Kepada si ibu dan ahli keluarganya aku ucapakan takziah dan tahniah. Takziah atas kehilangan si comel didunia dan tahniah kerana si comel kamu kini sedang berlari lari di dalam taman syurga dan akan menanti kehadiran kalian dipintu syurga.
La Tahzan , semoga Allah sentiasa bersama keluargamu.
benda yang tak sengaja lupa ni memang tak boleh dijangka. kalau dah lupa, memang totally lupa.
saya pernah lupa tutup api dapur yang akhirnya periuk hitam legam lepas 3 jam tinggalkan atas dapur. mujur apinya kecik. keadaan masa baru sedar pun di luar rumah, mengucap panjang.
Benda tu kalau tak jadi dekat orang tu memang senang dia nak menghentam, tapi siapalah dia untuk menghukumkan. Ambik jelah ikhtibar dari apa yang berlaku, moga kita dilindungi dari perkara sebegini!
btui. klau nak tutup pandangan, mcm2 leh jadi.. haish. mntk simpang
Yup, tak jadi kat diri sendiri maka boleh lah cakap mcm mcm. Haishh mintak dijauhkanlah perkara macam ni dr jadi kat kita.
bila teringat sedih, tapi jangan salahkan ibunya sebab diri kita belum tentu lagi macamana.
minta dijauhkan kalau boleh