PELAKSANAAN MINGGU KEUSAHAWANAN & PKS 2019 DI NEGERI JOHOR : Salam guyzz , kalau tengah takder buat apa tu eloklah korang luangkan masa sedikit untuk baca entry ini. Untung-untung korang jumpa sesuatu yang bermanfaat yang mungkin korang tengah cari-cari selama ini.
Tapi , kalau pun bukan untuk korang , apa salahnya korang baca dan ambik info-info ini dulu , Kemudian kongsi pada mereka yang memang sedang mengintai secara serius peluang untuk menceburi bidang keusahawanan dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

OBJEKTIF PELAKSANAAN MINGGU KEUSAHAWANAN & PKS 2019
Untuk pengetahuan korang bermula tarikh 13 Julai 2019, Kementerian Pembangunan Usahawan dan SME Corp telah mula melaksanakan Minggu Keusahawanan & PKS 2019 di 6 wilayah terpilih.
Antara objektif utama yang terkandung ialah untuk :
- Mengiktiraf PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara
- Membudayakan keusahawanan
- Sebagai platform untuk menyebarkan maklumat
- Meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS
Bercakap mengenai keusahawanan, teringat masa aku mula buat bisnes sambal tempoyak bersama Kak Laila. Potensi produk untuk pergi lebih jauh tu dah ada. Tapi sebab tak cukup ilmu keusahawanan dan kaedah pemasaran yang betul maka banyak kerugian dari segi bahan mentah terpaksa kami tanggung dan akhirnya kami ambik keputusan untuk menghentikan produk pada akhir tahun lepas.
Mungkin kalau masa tu aku tahu dan aku sertai program keusahawanan PKS seperti ini, pasti Sambal Tempoyak DLaila telah sampai ke peringkat antarabangsa.

Aku harap korang tak akan buat kesilapan yang sama seperti aku. Ini program yang sangat-sangat bagus untuk korang sertai supaya korang dapat banyak input dan sekaligus dapat mempertingkatkan lagi skill dalam perniagaan dan mungkin dapat peluang lagi besar dan hebat dari yang sedia ada.
PROGRAM & AKTIVITI DI SEPANJANG MINGGU KEUSAHAWANAN & PKS 2019

Orang kata barang yang lepas jangan dikenang, jadi apa kata kita ke maklumat yang seterusnya.
Antara sebab lain kenapa korang kena sertai dan sebarkan program seperti ini kepada semua keluraga dan sahabat handai ialah kerana adanya :
- Promosi dan peluang perniagaan (Karnival Jualan/ Pemadanan Perniagaan/ Business Matching / Demo Produk)
- Kesedaran umum (Jejak PKS / Gerai Pameran / Pertandingan)
- Rangkaian perniagaan dan perkongsian maklumat (Pocket Talk / Seminar/ Bengkel/ Kaunter Info / Open Day / Sesi Rangkaian Perniagaan)
- Pembudayaan keusahawanan (Program Belia, Bazaar, Kidd@Preneur)

TENTATIF PROGRAM MINGGU KEUSAHAWANAN DAN PKS 2019 DI DATARAN TANGKAK , JOHOR
Dibawah ini aku kogsikan dengan korang jadual program yang bakal berlangsung di Dataran Tangkak Johor bermula 1 hingga 4 Ogos 2019. So korang dah boleh mula plan awal untuk datang.

Meriah betul aktiviti yang disediakan. Pertandingan baeyblade pun ada. Sesuai untuk semua peringkat umur dari kecil hingga dewasa.

AKTIVITI SEMPENA MINGGU KEUSAHWANAN PKS 2019
Pada yang bercadang nak datang boelhlah merancang dulu , satu keluarga boleh bawak sebab ada macam-macam aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti untuk ibubapa dan anak-anak pun ada juga.
Memang berbaloi datang sambil-sambil kutip pengalaman rakan niaga yang terlibat.



Jumpa disana yer guyzzz!
Bagus tgk ada geng usahawan.un pun.p karnival ini.
such a lovely week…. it’s great to hv usahawan week for all the entrepreneur… let’s join and be a part of this carnival..
memang banyak aktiviti dan program usahawan kat johor ni ya. harap lain kali dier buat kat Kl bolehlah saya singgah dan tengok. Tapi info yang you share pon cukup jelas dan menarik.
Banyaknye aktiviti. Dapat ilmu. Cuci mata pon dapat.:)
Terbaiklah warga Johor. Sentiasa diberi peluang untuk IKS maju. Harap negeri Sabah juga akan selalulah buat program begini, so peniaga kecil macam saya ni boleh ambil manfaat serta networking untuk memajukan lagi perniagaan. Apa pun nice sharing ๐ Menarik gambar-gambar tu semua…
AhmadiKatu recently posted…Broken Link โ Kesannya Terhadap Perkembangan SEO Blog
program gini perlu diikuti oleh negeri lain.
semakin byk program gini perlu diadakan.
meransang ekonomi kecil agar terus berkembang.
tiada yg kecil, mana kan nak ada industri besar, kan.
pendidikan keusahawanan.
kewangan. pengurusan.
semua ni perlu ada dislotkan dlm aktiviti.
wahah banyaknya aktiviti! negeri lain rasanya patut buat jugak event sebegini, barulah maju semua negeri. teringin nak sertai, in shaa Allah suatu hari nnti. ๐ terima kasih share ya
KERAJAAN KENA BERI USAHA SAMA KEPADA IKS TEMPATAN . SEMOGA BISNES MEREKA BERJAYA. BUKAN DI JOHOR SAHAJA TETAPI SELURUH DAERAH DI DALAM MALAYSIA
program macam ni sangat bagus untuk usahawan tempatan.. semoga bisnes mereka senantiasa maju ke hadapan.. Alhamdulillah kerajaan masih ada lagi yang mahu membantu usahawan ni.. suatu hari nanti Insha Allah I nak jual produk juga.. terima kasih kongsi puan..
Bagus adanya program sebegini, memberi peluang kepada mereka yang minat berniaga tapi tak tahu macam mana nak lebih maju kedepan dan mengembangkan perniagaan mereka. Moga mereka yang sertai program sebegini lebih maju jaya
Banyaknya aktiviti yang dianjurkan di tangkak ni. Artis2 pun ada. Kena bayar nak join ke? Yela sebab benda keusahawanan ni selalu nak join, ada je bayarannya. Lagi beberapa hari je ni nak start, harap2 sempat la join. Jumpa di sana yuk
Beruntungnya rakyat Johor. Bagus program sebegini untuk bakal usahawan. Pendedahan macam ni akan memberi ruang buat mereka terus maju. Negeri lain pun patut ada. Good luck buat bakal. Usahawan
Kak long, jommmm
Nina Mirza recently posted…Ku Kembali lagi! Ohhh.. Klinik Pergigian Erfa | Klinik Gigi BEST kat KL
elok program yg mcm gini… ada bnyk benefit… bertuah sgt rakyat johor tau.. siapa yg bakal usahawan tu bolehlah gunakan semua kelbihan yg ada ni.. boleh bentuk diri dan usaha bersama yg lain.. moga bisnes makin maju dan sis percaya lepas ni tentu akan ada lebih bnyk usahawan2 muda yang akan muncul dgn produk yg pelbagai
macam-macam ada ni..kene pergi ni orang johor..rugi kalau tak pergi..banyak ilmu dan cara ni untuk merek ayang suka berniaga..
Wah banyak aktiviti yg dianjurkan sempena minggu keusahawanan. Banyak yg kita boleh manfaatkan daripada aktiviti seperti ini
Bestnya join minggu keusahawanan macam ni. Emi suka betul join event2 mcm ni. Inisiatif yg bagus dari pihak penganjur.
Bagus sangat bila kerajaan negeri sangat-sangat supportive membantu rakyat terutamanya dalam bidang keusahwanan. Lagipun bidang perniagaan ni memang sangat diperlukan oleh setiap orang. Tahniah!
Bagus program mcm ni.. Secara xlgsg kenLkan iks2 tu kan.. Kita suka pi program mcm ni sebab selalu byk promo.. Hahahah
Wah bagus program ni.. Untuk mana2 yg ada perusahaan kecil & sederhana ni perlu tahu tentatif program ni.. Rugi sgt kalau kita tak kesini.. Lagipun buat kt tangkak kan.. Kalau kelapangan boleh pergi ni
Banyak aktiviti menarik, bagus untuk sesiapa yang baruยฒ nak berjinak dalam bidang keusahawanan.
Bagus ada program macam ni. Saya pun dah lama teringin nak masuk dunia perniagaan. cuma mungkin belum sampai masanya lagi.